Legoland Theme Park Malaysia - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, November 22, 2017

Legoland Theme Park Malaysia

Sebelum masuk ke Legoland Theme Park Malaysia,Kami pergi ke Legoland Waterpark Malaysia dulu. Boleh baca  tentang Legoland Waterpark Malaysia Di sini-> http://www.mamapipie.com/2017/10/legoland-waterpark-malaysia.html. Kat situ mama Ada letak sekali harga  tiket masuk ke Legoland Waterpark/ theme park  Dan combo ticket. Bolehlah ke link Tu kalau nak tau. Kali nak mama nak cerita berkenaan Legoland Themepark Malaysia Pula.

Dalam entry Legoland sebelum ni, mama terlupa nak bagitau tentang parking Di Legoland. Mula-mula Kami ingat nak parking Di carpark Legoland Yang disediakan. Dulu carpark ni free tapi sekarang kena bayar tau. RM10 per entry. Tetapi memandangkan jarak antara carpark Legoland Dan Themepark Legoland nampak jauh maka Kami tak jadi nak park situ. Atuk syafi dah tak larat nak jalan jauh2 sangat sebab dia Kan Ada masalah jantung.

So, Kami park Di Medina iaitu shopping complex bebetul sebelah Legoland. Park kat situ pun murah cuma RM4 per entry untuk weekend. Nak berjalan ke Legoland pun tak terasa jauh sebab banyak kedai-kedai Di Kiri kanan walkway Tu. Kalau penat boleh rehat Dan Ada bumbung so takdelah jalan tengah panas Kan.

Selepas mandi-manda Di Waterpark Legoland Tu memasing pun dah lapar banget. Biasalah adat berendam Kan haha.. so Kami pun pergi makan burger king Yang terletak betul-betul Di pintu masuk Legoland Themepark. Jadinya jimat lah sikit sebab kalau beli makanan Dalam Legoland memang Mahal lah Kan.

Bergambar dulu sebelum masuk dalam

Atuk mat dgn Syafi Di samping kek Lego 5th Brick-versary yg cantik sangat. Sekejap aje Legoland Malaysia dan 5 tahun. Dah boleh masuk sekolah tadika ni dah


Syafi jumpa balik ikan jaws ni selepas 3 tahun haha..Boleh tengok gambar-gambar kami di http://www.mamapipie.com/2014/02/kitaorang-dah-sampai-legoland.html masa kunjungan 3 tahun lepas.
Syafi dgn ikan jaws 3 tahun lepas. Apa perbezaannya? Sendiri tengok ye


Tgh tunggu Legoland Express. Walaupun tunggu beberapa minit tapi berbaloi sebab dapat round  Legoland. Consider kami yang bawa orang tua ni memang sesuai lah naik train macam ni

Sorilah mama nak join main ni. Mama dah le gayat. So, mainlah dua beranak ni banyak round juga tu. Main sampai puas hati diorang tu haha

Tempat tarikan baru iaitu Lego Ninjago World. Sebelum ni masa kami pergi dulu xde. Best juga masuk Dalam ni. Ada ride tembak-tembak virtual 4D dalam tu. Canggih sungguh!

Punyalah best main tembak2 sampai gambar pun jadi macam ni, Beriya mama nak menembak musuh ninjago Yang jahat kononnya.

Syafi masa tengok 4d di Lego Studio tahun  2017 ni
Ni Syafi masa di Lego Studio tengah tgk 4d movie 3 tahun lepas. Haha macam banyak perbezaan aje si syafi dalam masa 3 tahun ni kan. Makin bulat dia


Nenek Lego yang kami jumpa tahun 2017 ni

Ni nenek Lego 3 tahun lepas. X berbbeza pun kan. Tak nampak tua pun dia haha



Pemandangan.dari atas ala2 eye on Melaka Tu..Tak silap namanya Observation Tower. cantik Dan best boleh tgk pemandangan Keseluruhan Legoland Dari atas.


Keseluruhannya memang puas hati kami anak-beranak di Legoland Theme Park Malaysia. Cuma masa tu kena proper plan sebab terlalu luas kawasannya dan terlalu banyak aktiviti nak buat dalam ni. Bahagian permainan syafi dengan ayah dia yang banyak main. mama dan atuk mat dah duduk kepenatan. Yang tak bestnya gambar dalam handphone ayah syafi corrupted la pula sebab SDcard dia tetiba bermasalah lepas beberapa hari balik dari Legoland.

Tarikan baru di sana adalah Lego Star Wars Miniland. Seronok 2 beranak tu kat situ sebab mereka berdua memang peminat star wars. Mama je tak boleh masuk dgn star wars haha.. Tapi sayang gambar diorang kat situ dah xde. Hmm.. ada alasan untuk ke sana lagi ni.. haha..

Ni antara bahagian menarik yang perlu korang explore dalam Legoland. Setiap bahagian ni ada bermacam lagi permainan dan aktiviti menarik kat situ tau. Fuh, memang penuh aktiviti bila masuk sini.
  • Lego Technic - banyak game dan rides yang menarik
  • Lego Kingdom - Ada ride juga. Ambil gambar sini cantik sebab dalam castle
  • Imagination - kat sini utk naik Lego Express , ada lego studio, musical fountain etc
  • Miniland - Tempat yang best untuk tengok bangunan-bangunan di Malaysia dan Asia yang dibina menggunakan Lego
  • Lego Ninjago World - Cantik ambil gambar sebab ala-ala dalam dunia ninja dan ada 4D ride yang macam mama cerita atas tu
  • Land of Adventure - Ada Lost Adventure, Paroah Revenge, Dino Island, Dino Island, etc. Tempat yang best juga naik rides kat sini
Kepada sesiapa yang belum ke Legoland, pergilah untuk merasai semua pengalaman menyeronokkan di situ. Tak rugi u ols. Cuma kat sini mama nak bagitau kepada yang ada anak tinggi 100cm ke bawah mungkin akan rasa rugi sedikit sebab dah bayar mahal-mahal tapi ada permainan yang anak tak boleh main permainan kerana beberapa permainan dalam ni ada height restriction tau.  So, sesiapa yang nak ke Legoland mama syorkan survey dulu permainana apa yang anak boleh main sesuai dgn umurnya.

15 comments:

  1. Suka betul LZ baca tentang pengalaman blogger ke Legoland..
    Rasa seronok sama..

    ReplyDelete
  2. entah bila la dapat pegi cn.hehe.. bestkan bawak anak jalan cn.

    Jemput join GA :)
    https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html

    ReplyDelete
  3. belum berkesempatan lagi nak ke sini...tggu bdk2 ni besar la sikit hihi...

    ReplyDelete
  4. pasti seronok
    bisa mandi dan tengok film 3D

    ReplyDelete
  5. Jauh kalau nak pi, main kat SUnway Lagoon sini je lah gayanya, haha

    http://hanysapek.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. nik ada pergi masa tu legoland baru buat ....jadi x berapa banyaklah yg ada...sekarang mcm2 dah ada

    ReplyDelete
  7. bestnya.. aku lum pernah gi sekali pun lagi.. insyaAllah tunggu anak2 besar sikit

    ReplyDelete
  8. anak2.kita.sukaaaaa sgt.ninjago.world..tp.ntah bila.mampu nak gi.lg..kekekee..yg water park jekla insyaAllah mama usahakan..sbb lom.sempaat nk masuk.lg kan..😅

    ReplyDelete
  9. Krna menabung dari skang sbb nak bawak anak anak dtg sini

    ReplyDelete
  10. Kena menabung dari sekarang nanti nak bawak anak anak. Kesian dorg teringin nak pergi

    ReplyDelete
  11. nenek legoland awet muda.hehe. tapi Syafi nampak beza sangat dengan 3 tahun lepas

    ReplyDelete
  12. Saya pun dah dua kali pergi Legoland. Tapi tak masuk lagi Legoland Waterpark... tu kena plan lainlah..

    ReplyDelete
  13. Best Legoland Kan. Kalau Ada peluang lagi memang mama nak pergi lagi. Syafi sejak masuk darjah 2 memang badan dia start Naik sampaikan sekarang hihii

    ReplyDelete

Words of wisdom