Dah lama mama nak buat post ni tapi asyik terganggu aje. Dah lama mama nak buat post ni. Untuk rujukan mama juga nanti. Semoga membantu. Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort, Chalet dan Penginapan di Teluk Nipah, Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number.
Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat Pool
Gambar-gambar kebanyakannya mama ambil dari google maps aje, malas nak korek henpon sedangkan mama dah ambil semua gambar ni dulu lagi. malas hihi.. Untuk gambar bilik dan chalet sebenanrnya nampak lagi cantik kalau korang tengok sendiri website diorang. Mama cuma tunjukkan luaran aje.
Lorong Pertama
1. Nipah Mas Chalet
Mama baru je review. Boleh baca kat sini. Betul-betul tepi jalan, terletak di belakang kedai makan. memang hampir dengan pantai.
Sebuah chalet yang menawarkan penginapan yang ringkas di Teluk Nipah. Ringkas tapi cukup pada mama, ada kipas, aircond, tilam selimut, tuala dan bilik air. Jadi lah.. Mama pernah book sini tahun ni.
Jenis Bilik: Ada pelbagai jenis bilik
Kolam Renang/Pool: Tiada.
No. Telefon: +6018-5742871
2. Hornbill Resort Pulau Pangkor
Resort ini sangat dekat dengan pantai dan mempunyai kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Ia juga menawarkan bilik dengan balkoni atau teres peribadi.
Jenis Bilik: Bilik Standard, Bilik Deluxe, dan Bilik Keluarga. Bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, TV, dan peti sejuk.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak.
No. Telefon: +605-6852005
Lorong Kedua
3. Palma Beach Resort
Terletak hampir juga dengan pantau. beberapa langkah aje dah sampai, cuba tengok gambar tu.
Jenis Bilik: Pelbagai jenis bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, TV, dan wifi.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak yang luas dan selesa.
4. Vagary Pangkor
Dah lama mama berangan nak duduk sini sebab cantik. Pilihan penginapan yang sesuai untuk semua jenis pelancong, dari pasangan hingga backpackers.
Jenis Bilik: Pelbagai jenis chalet untuk 2 orang, 4 orang, dan juga untuk backpackers.
Kolam Renang/Pool: Tidak tersedia.
No. Telefon: +6019-3713362
5. Ai Beach Resort
Antara resort yang mendapat rating tinggi dan menawarkan suasana yang menenangkan.
Jenis Bilik: Ada Standard, Triple dan Family Room
Kolam Renang/Pool: Tidak tersedia.
No. Telefon: +6019-9919520
6. Purnama Beach Resort
Resort berhampiran dengan pantai, so tak jauh nak jalan kaki. Resort selesa yang terletak di tepi pantai. Sesuai untuk percutian keluarga. Mempunyai bilik mesyuarat dan kemudahan asas lain.
Jenis Bilik: Tidak dinyatakan secara spesifik tetapi ia mempunyai pelbagai jenis penginapan yang sesuai untuk percutian yang damai.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: +605-6853530
7. Pangkor Palm Bay Resort
Jenis Bilik: Pelbagai pilihan bilik tersedia.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: +605-6855067
8. Intan Beach Resort Pangkor
Jenis Bilik: Pelbagai pilihan bilik dan chalet yang cantik.
Kolam Renang/Pool: Tiada.
No. Telefon: 017-577 1559
9. Sunset View Chalet (Ada Hornbill Feeding)
Mama pernah duduk chalet yg berhampiran Sunset View ni. Mulanya tak perasan ada chalet sebab pintu masuk dia penuh dengan bunga kertas haha. Yang menariknya chalet ni ada buat hornbill feeding tau. Mama pernah tengok dan shate kat youtube. Masa PKP pun dia bagi burung makan, bagus owner dia. Tapi chalet ni agak jauh sikit la kalau nak ke pantai.
Jenis Bilik: Pelbagai pilihan bilik dan chalet yang cantik.
Kolam Renang/Pool: Tiada.
No. Telefon: 05-685 5448
10. Homestay Mak Saadiah
Jenis Bilik: Pelbagai pilihan homestay dan bilik.
Kolam Renang/Pool: Ada..
No. Telefon: 019-932 1669
11. Nipah Guesthouse Pangkor
Jenis Bilik: Chalet, Guesthouse (untuk 6 orang), dan Kotej A-Frame.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang luaran.
No. Telefon: +6017-5069259
Lorong Ketiga
12. Pangkor Island Chalet
Terletak di sebelah restoran mijuen, memang sangat berdekatan dengan pantai.
Chalet yang berkonsepkan penginapan bajet. Menyediakan kemudahan asas seperti set BBQ, seterika, dan buaian bayi.
Jenis Bilik: Bilik chalet dengan 1 katil kelamin dan 2 tilam bujang. Boleh memuatkan sehingga 4 orang.
Kolam Renang/Pool: Pool comel di depan chalet.
No. Telefon: +6017-4673477
13. Lyana Villa
14. Ombak Inn Chalet
Jenis Bilik: Chalet dengan balkoni dan bilik-bilik dengan harga berpatutan.
Kolam Renang/Pool: Tiada.
No. Telefon: +605-6855223
15. Suria Beach Resort
Jenis Bilik: Pelbagai jenis bilik, sesetengahnya dilengkapi dengan balkoni.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: +605-6853922
16. Pangkor Bay View Beach Resort
Mama pernah duduk di sini 2 kali. puas hati juga duduk di sini, Baca ni Review Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak
Resort tepi pantai yang sesuai untuk keluarga dan program korporat. Terletak berdekatan dengan tempat makan dan kedai serbaneka. Kat sini ada byk pilihan bilik.
Jenis Bilik: Terdapat bilik-bilik seperti Standard Room, Deluxe Room, dan Family Room.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: +605-6853540
17. Nipah Bay Villa
Mama pernah duduk di sini tapi mama ingat2 lupa sebab masa tu masih study kat U.
Menawarkan penginapan gaya vila yang unik, dilengkapi dengan kemudahan dapur dan ruang tamu di setiap unit.
Jenis Bilik: Vila dan chalet dengan suasana yang tenang dan selesa.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: +6013-7792198 atau +605-6852198
18. Pangkor Palm Bay Resort (resort yg sama dari Lorong 2) Refer no 7
Terletak bersebelahan dengan Pangkor Bay View.
Jenis Bilik: Resort dengan pelbagai jenis bilik jenis chalet. Ada juga pakej menarik.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: 05-685 5067
19. Joe Fisherman Inn
Jenis Bilik: Chalet dengan bilik yang selesa. Banyak pilihan bilik.
Kolam Renang/Pool: Ya. Ada tersedia.
No. Telefon: +605-6851877
20. Pangkor Inn Chalet
Terletak berhadapan dengan Joe Fisherman Inn. Sudah agak jauh dari pantai tapi masih boleh berjalan kak lagi.
Jenis Bilik: Chalet dengan bilik yang selesa. Banyak pilihan bilik.
Kolam Renang/Pool: Ya. Ada tersedia.
No. Telefon: 017-467 3477
21. Nazri Nipah Camp
Terletak sebelah Pangkor Inn Chalet. Lagi jauh dari pantai tapi masih dalam jarak boleh berjalan kaki lagi. Tak berapa mesra wheelchair sebab banyak tangga kat sini.
Jenis Bilik: Pelbagai pilihan termasuk Double, Triple dan Keluarga.
Kolam Renang/Pool: Tiada.
No. Telefon: 011-1142 8907
22. Teratak Nipah Homestay
Terletak berjauhan dari pantai, jauh lagi dari Nazri Nipah Chalet tu.. semput juga kalau nak berjalan kaki. Mama rasa dalam 1 km ada. Tapi kalau ada kenderaan takde masalah.
Homestay ini merupakan pilihan penginapan yang lebih santai dan berkonsepkan rumah. Ia sesuai untuk percutian keluarga atau kumpulan kecil.
Jenis Bilik: Ada byk unit homestay.
Kolam Renang/Pool: Kolam renang yang besar dan selesa.
No. Telefon: +6012-919 5905
Lorong 3 (Lain-lain)
Ada lagi homestay yang lagi kedalam sana seperti di bawah. Tapi sangat jauh untuk berjalan kaki. kena ada kenderaan ye. Malas pula mama nak senaraikan selepas baca review. Korang boleh cari sendiri la ye.
Pangkor Island Homestay
Uwais Homestay & Chalet
Homestay dan chalet untuk keluarga. nampak cantik dan ada banyak bilik. cuma korang kena baca sendiri review dia.Jamaliah Homestay
Simple homestay untuk keluarga.23. Pangkor Nature View House
Jenis Bilik: Bilik Standard King,etc.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang luaran.
No. Telefon: 017-503 9090
Resort Depan Pantai
24. Anjungan Beach Resort & Spa
Resort ini berkonsepkan tropika kontemporari dengan sentuhan maritim. Ciri istimewanya ialah kolam renang luaran berbentuk bot dengan jet spa. Ia juga mempunyai restoran dan Wi-Fi percuma. Terletak di bahagian hujung Teluk Nipah.
Jenis Bilik: Menawarkan pelbagai jenis bilik seperti Bilik Family, Bilik Deluxe Double, Bilik Deluxe Triple dan banyak lagi.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang luaran.
No. Telefon: +605-6851500
Itu saja senarai mama buat kali ni. Ada juga beberapa homestay yang mama tak senaraikan. Jika ada permintaan beritahu la ye.

Tk perkongsiannya.
ReplyDelete