Kontraktor Rumah Klang, Bina Banglo Berkualiti Dengan Nas Nuri Construction - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 1, 2021

Kontraktor Rumah Klang, Bina Banglo Berkualiti Dengan Nas Nuri Construction

Kontraktor Rumah Klang, Bina Banglo Berkualiti Dengan Nas Nuri Construction

Bila sebut Klang mesti ramai yang akan teringat Pelabuhan Klang, sebuah pelabuhan utama kapal berlabuh di Selangor. Tapi sebenarnya Klang lebih dari tempat kapal berlabuh je tau. Klang adalah bandar di Raja dan merupakan antara bandar tertua di Malaysia yang wujud sejak 2000 tahun dulu lagi di zaman kerajaan Majapahit. Kerana itulah ramai yang tinggal dan membina rumah di bandar di Raja ni. Bagi yang mencari kontraktor bina rumah yang bagus di kawasan Klang Selangor mama nak kenalkan dengan Kontraktor Rumah Klang, Bina Banglo Berkualiti Dengan Nas Nuri Construction.




Cantik kan interior design ni. Selain dari membina rumah, Nas Nuri ada menyediakan perkhidmatan ID bagi pelanggan yang membina banglo bersama mereka


Latar Belakang Nas Nuri Construction

Berikut adalah sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan Nas Nuri Construction. Syarikat ni adalah antara kontraktor rumah yang berpengalaman membina rumah di Klang Selangor. Buat pengetahuan korang, NAS Nuri Construction Sdn Bhd mula beroperasi sejak tahun 1996 dengan nama N.A.S Nuri Enterprise diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman dan ditukar kepada nama sekarang pada penghujung 2009.  Sejak tahun 2009, NAS Nuri Construction Sdn Bhd menumpukan kepada binaan rumah banglo milik persendirian. Sehingga kini, NAS Nuri Construction Sdn Bhd telah terlibat dalam lebih 100 kerja membina kediaman dan juga renovasi. Berikut adalah antara sebab mengapa Nas Nuri menjadi kontraktor pilihan di daerah Klang

Kontraktor berdaftar CIDB G5

Kontraktor yang di percayai kerana berdaftar dengan CIDB. Maka, tak perlu lah risau projek terbengkalau atau perkara tak diingini berlaku. NAS Nuri Construction Sdn Bhd merupakan syarikat yang berdaftar dengan CIDB gred G5 (bagi kerja binaan bawah RM 5 juta) dengan modal dibenarkan RM 500 000.00. 

Banyak Pengalaman Dalam Pembinaan Rumah

Pengalaman Nas Nuri memang banyak. Sehingga sekarang 100 banglo telah dibina. Setiap binaan ada 3 tahun warranty untuk Struktur dan 1 tahun warranty untun kemasan.

Hanya mengambil 15 slot projek setahun

Dalam setahun, Nas Nuri hanya mengambil 15 slot saja, maka dari sini kita boleh tahu bahawa Nas Nuri bukanlah syarikat kontraktor yang mementingkan keuntungan. Mereka lebih mementingkan kualiti. Selaion itu khidmat servis selepas jualan juga disediakan.

Rekabentuk dalaman disediakan dengan kos menarik

Selepas rumah siap, tentu sekali kita teringin memberikan sentuhan terbaik untuk rekabentuk dalaman rumah, kan. Korang jangan risau, Nas Nuri ada sediakan rekabentuk dalaman dengan kos yang menarik. So, bila masuk rumah cuma cuci kaki saja kan. 


Klang, Kawasan Strategik Bina Rumah

Sebagai salah seorang yang ada membeli rumah di kawasan Klang, mama sendiri rasa Klang adalah daerah strategik untuk membina rumah. Terdapat banyak tanah lot yang dijual dengan harga yang berpatutan. Tentu sekali lebih puas hati jika dapat bina banglo idaman di tanah sendiri.

Berikut adalah antara sebab mengapa Klang menjadi tempat tumpuan membina tumah.

1) Harga Yang Berpatutan

Harga tanah dan rumah di Klang alah lebih mampu milik berbanding dengan rumah di Shah Alam yang rata-rata adalah sangat mahal. Oleh kerana kedudukan Klang terletak bersebelahan dengan Shah Alam, maka ramai yang membeli rumah di kawasan ni.

2) Lokasi Strategik bagi Yang bekerja di KL dan PJ

Klang yang terletak berhampiran Petaling Jaya dan Kuala Lumpur yang padat. Namun begitu keadaan di Klang masih boleh katakan aman dan kurang sibuk. Mama dah pernah merasa duduk dan bekerja di area Subang Jaya, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Memang berbeza dengan Klang dari segi trafik yang tak seteruk di 3 tempat tu. 

3) Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan

Terdapat banyak kemudahan dan prasarana di Klang. Selain dari berdekatan dengan bank, sekolah dan masjid, terdapat pelbagai hospital dan pusat perubatan. Selain dari hospital kerajaan, terdapat banyak juga hospital swasta dengan pelbagai kepakaran. Selain itu, terdapat banyak kompleks membeli-belah seperti AEON Bukit Tinggi, AEON Bukit Raja, Centro Mall, GM Klang, dll. 

Tempat makanan juga adalah heaven kat area Klang ni. Harga pun murah. Selain dari makanan Melayu, Cina dan India, makanan laut guna sangat popular kat Klang especially di kawasan pantai dan pulau-pulau berhampiran Pelabuhan Klang 

4) Kawasan Berhampiran LRT3

Projek LRT3 yang sedang berjalan sekarang ini akan menghubungkan Bandar Utama sehingga ke Klang. Jadi, lokasi berhampiran dengan stesen LRT3 adalah lokasi yang paling strategik untuk bina dan beli rumah.

Ni mama senaraikan LRT3 Station. Bolehlah kalau korang nak beli rumah atau buat investment rumah dari sekarang;

Bandar Utama - Kayu Ara - BU 11 - Tropicana - Dataran Prima - Kelana Indah - Glenmarie - Temasya - Persiaran Kerjaya - Malawati - Persiaran Hisamuddin - Bandar Anggerik - Seksyen 2 - UiTM - Seksyen 7 - Lebuh Keluli - Bukit Raja - Pasar Besar Klang - Jalan Meru - Klang - Taman Selatan - Sri Andalas - Bukit Tinggi - Batu Nilam - Bandar Botanik - Johan Setia

5) Harga Tanah Lot Lebih Murah

Harga Rumah Semakin Mahal, Tanah Lot Lebih Popular. Korang setuju tak statement mama ni. Sebagai penduduk Shah Alam, memang harga rumah di sini hanya mampu tengok bagi mama yang berpendapatan sederhana je ni. Harga melambung tinggi. Rumah teres paling murah pun menjangkau RM400,000. Mahal sangat . Kerana itulah semakin ramai yang membeli tanah lot di daerah Klang kerana harga yang lebih murah. Dengan harga RM60,000 korang boleh beli tanah lot dan mendirikan banglo sendiri di atas tanah tu. Berbaloi kan. Cuma korang kena pandai cari kontraktor yang boleh dipercayai saja untuk dirikan rumah korang tu. 

Berkenan juga di hati ni kalau bina rumah sendiri di tanah lot. Bolehlah anak cucu bermain di sekeliling kawasan rumah. Puas hati kan. Kalau diberi kesempatan, teringin juga nak beli tanah dan bina banglo sendiri dalam masa setahun dua ni.


Mengapa Nas Nuri Construction Kontraktor Terbaik Bina Rumah di Klang Selangor

Pengalaman Luas Membina Banglo di Daerah Klang

Setiap daerah ditadbir oleh majlis perbandaran yang berlainan. Kos permohonan untuk sijil CCC yang melibatkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) lebih tinggi dan memakan masa sehingga 2 tahun berbanding kawasan lain di Selangor. Kerana itulah membina banglo di tanah sendiri adalah pilihan paling tepat jika ingin membina rumah di Klang. Rumah dapat dibina tanpa kelulusan MPK. Namun begitu, jika nak buat submission juga sebenarnya tiada masalah cuma kena ada tambahan kos sebab bayarannya agak mahal.

Cara paling mudah sekiranya berhasrat bina banglo di atas tanah sendiri adalah dengan melantik kontraktor binaan rumah yang mempunyai banyak pengalaman menguruskan pembinaan di Klang. Menggunakan pembiayaan tunai ataupun personal loan lebih senang berbanding pembiayaan bank atau lppsa (gomen). 

Kerana itu ah amat penting memilih kontraktor bina rumah yang berpengalaman untuk berurusan dengan MPK untuk pembinaan rumah menggunakan pembiayaan bank atau LPPSA seperti Nas Nuri.


Portfolio Nas Nuri Construction Sdn Bhd - Banglo di Klang

Hasil binaan Nas Nuri ternyata memang cantik dan design pun nampak elegan dan moden. Berikut adalah antara banglo yang di bina oleh Nas Nuri di kawasan Klang Selangor. Please note, harga tertera adalah mengikut pasaran pada waktu dibina:



1 unit banglo dibina di Klang (Standard + spec ).. Kos keseluruhan anggaran RM 600k termasuk kerja infra & kerja tanah seperti keperluan MPK, binaan tembok penahan, wainscoating, pagar & grill .. Saiz binaan rumah: anggaran 2700kps (binaan comply CCC)
Spesifikasi:
• Kemasan lantai bertile (pilihan mengikut klien).. tile dinding penuh bagi bilik air dan dapur.
• Bata bagi dinding digunakan jenis bata merah dengan wire mesh dan di skim coating.
• Struktur reinforced concrete(ikut structure drawing), Ketinggian dalam rumah (lantai-siling) 10.5Ka
• Kuda-kuda (truss) jenis zincalumn
• Bumbung jenis genting monier elabana
• Siling jenis plaster ceiling dengan cornish (pemasangan oleh specialist ceiling plaster)
• Tingkap jenis aluminium NB
• Pintu bilik dan bilik air jenis solid decorative (alatan kunci brand St Guchi/Greset) (pintu dipasang oleh specialist). Alatan tandas jenama mocha/sorento (dipasang oleh specialist)
• Cat luar jenis tahan cuaca dan dalam rumah jenis Nippon Matex dengan sealer istimewa(jenama Nippon dan setara).
• Longkang dan kakilima keliling rumah
• Rawatan anai-anai specialist
• Waranti kemasan 12bulan dan struktur binaan rumah 36bulan





Cantik kan banglo satu tingkat ni. Nampak selesa untuk seisi keluarga. Banglo ni dibina di Bt4, Klang (Standard spec). Kos keseluruhan anggaran RM 260k (harga termasuk 6% GST).Saiz binaan rumah: anggaran 1800kps (binaan tunai).



Banglo ini berkeluasan 1780kps++ dengan tinggi bahagian dalam: dari lantai ke siling rumah 10.5 ka/3.2m

Spesifikasi:
1. Bata digunakan bata merah
2. Tile keseluruhan rumah termasuk bilik air dan atas kabinet dapur fully tiles dan table top.
3. Siling jenis plaster ceiling dengan cornish.
4. genting jenis simen jenama monier beserta aluminium foil.
5. cat luar jenis tahan cuaca dan dalam jenis emulsion biasa (jenama Nippon dan setara).
6. Tingkap jenis aluminium casement.
7. Struktur reinforced concrete.
8. Pintu jenis solid door keseluruhan rumah.
9. Termasuk dengan wiring point, dan piping serta alatan tandas.  
Waranti: 1 tahun kemasan, 3 tahun struktur bangunan.



Gambar banglo.yang sedang dalam pembimaan.. Belum siap pun nampak cantik dah rumah ni kan. Banglo ni pin antara banglo yang dibina Nas Nuri di Klang, Selangor..



Terdapat banyak lagi contoh banglo hasil binaan Nas Nuri. Kalau nak tengok bolehlah lawati website  atau FB Nas Nuri seperti mama tulis di bawah ye.


Maklumat Lanjut Berkenaan Nas Nuri

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan membina banglo atau pelan rumah untuk kawasan Klang dan Shah Alam, korang boleh hubungi Nas Nuri melalui details di bawah. Digalakkan untuk mengunjungi website Nas Nuri kat situ ada banyak tips dan ilmu perumahan yang boleh kita ketahui.




NAS NURI CONSTRUCTION SDN BHD
Alamat: No. 26-2F (2nd floor), Jalan Setia Perdana AY U13/AY, 40170 Shah Alam, Selangor.
No Telefon Office: 03-33597852 Sales: 019-3487372
Facebook : FB Nas Nuri


19 comments:

  1. seronoknya tgk umah cantik2
    hanya mampu tgk memang tak mampu nak miliki

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan dulu takpe tak kena bayar cik nor.. mcm mama hihi

      Delete
  2. Dulu masa kecil ada pak sedara tinggal di Klang. Kampung, hadapan rumah betul-betul ada rel keretapi.. Tapi kampung tu pun dah lama tiada, diambil kerajaan untuk pembangunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow mesti dah membangun tempat tu skrg kan

      Delete
  3. Replies
    1. kan.. cantik dan kemas. mmg berpengalaman

      Delete
  4. berangan nak cari tanah dan buat rumah macam ni..

    ReplyDelete
  5. Setuju mama, beli tanah lagi murah dari rumah dah siap. Lagi best boleh plan nak buat rumah stail macamana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. asal ada tanya start buat kecil dulu xpe

      Delete
  6. bestnye ada rumah sndiri.. berangan kejap.. hehe

    ReplyDelete
  7. Abang Man dah ada rumah sendiri kat kampung, ingat nanti nak juga tambah sikit mana yang patut. Senang kalau balik kampung boleh berehat kat rumah sendiri sebab satu laman dengan mertua ja pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah untungnya rumah sebelah dgn mertua.. seronok gebang petang2 kat tangga nanti kak

      Delete
  8. Seronok kalau ada tanah sendiri. Then design ikut design rumah impian yang kita nak. Yang penting kena pilih kontraktor rumah yang boleh dipercayai dan boleh ikut apa yang kita nak. Cantik hasil binaan Nas Nuri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju 200% fiza. paling penting cari kontraktor yg boleh dipercayai

      Delete
  9. Menariklah design rumah dia... one day kalau ada rezeki bolehlah guna khidmat Nas Nuri nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, saya tlg doakan semoga tercapai hasrat bonde

      Delete
  10. tgk gmbr je dah tahu hasil kerja mrk memuaskan����

    ReplyDelete

Words of wisdom