Review Nipahmas Chalet, Teluk Nipah Pulau Pangkor

Bulan Jun lepas mama buat short trip Pulau Pangkor sebab nak topup stok coklat hihi. Untuk penginapan, Mama pilih Nipahmas Chalet yang terletak di Teluk Nipah. Disebabkan mama book last minute hanya chalet ni je available. Sebab chalet ni paling pertama yang korang akan jumpa bila masuk kawasan Teluk Nipah tu. Dekat sangat dengan pantai Teluk Nipah. Review Nipahmas Chalet, Teluk Nipah Pulau Pangkor


Review Nipahmas Chalet, Teluk Nipah Pulau Pangkor

Bayangkan... baru turun je dari pink van, terus nampak chalet ni. Pantai Teluk Nipah pun dekat sangat, jalan kaki dalam 1 minit pun dah boleh cecah pasir. Tempat makan pun berlambak depan chalet tak payah fikir jauh-jauh nak makan kat mana. Mama suka beakfast kat kedai depan chalet ni. Laman chalet luas so, van pink boleh hantar terus ke sini. Jom tengok gambar.

Semasa mama ke Pangkor tahun lepas, mama pernah tengok bahagian luaran chalet ni tapi mama tak berapa berkenan sebab nampak macam kureng. Tapi rupanya ok juga bila dah book sini.

Tempat reception. Simple aje. Belakang tu Vagary, mama punya wishlist.

Reception

Bilik Doubke or Twin Room Nipahmas Chalet, Teluk Nipah Pulau Pangkor


Ni la bilik kami untuk 3 orang, Simple tapi lengkap juga dengan aircond, TV tapi takde meja atau kerusi

Toilet takde water heater. Ok je pada mama



Harga Bilik Doubke or Twin Room Nipahmas Chalet, Teluk Nipah Pulau Pangkor

RM118+ di Booking. Murah je kan,


Personal Opinion

Secara ringkasnya, Simple, Selesa, dan Berbaloi

Walaupun harga bilik murah, tapi Mama puas hati. Owner on aircond siap-siap sebelum Mama masuk bilik. So, sejuk je bilik bila check in. Bilik tu walaupun basic je, tapi bersih, ada WiFi, dan paling penting aircond dia sejuk. 

Bilik air pun okay je walaupun takde water heater. Tapi sebab cuaca kat Pangkor ni panas suam-suam, mandi air biasa pun rasa segar. Lagipun bilik air jenis wet shower room, so tak kisah sangat la basah-basah sikit.


Layanan Mesra dari Owner & Staff

Mama suka sebab owner dan staff sini memang baik dan sangat membantu. Masa Mama nak ke jeti semula, staff siap tolong callkan pink van dan tunggu sama-sama sampai van datang. Tak semua tempat ada service macam ni tau, especially yang bajet. 


Suasana Tenang, Lokasi Menarik

Kalau korang datang Pangkor untuk relax dan escape kejap dari dunia penuh stres, Teluk Nipah memang sesuai. Area sini agak chill, ramai pelancong tapi tak terlalu crowded. Chalet ni pula ada aura kampung pantai yang tenang je. Malam boleh dengar bunyi ombak, siang boleh jalan kaki ke pantai.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

1 Comments

Words of wisdom

  1. Boleh masuk dalam list nie..tak pernah bermalam di Pulau Pangkor lagi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post