Aslm, terlupa pula mama nak review satu hotel ni kat Melaka. Mama pilih 96 Boutique Hotel masa ke Melaka sebab nak hotel yang dekat dengan bandar, harga pun tak terlalu mahal. Nak cari yang simple tapi selesa, senang nak keluar masuk bila jalan-jalan. Review 96 Boutique Hotel Melaka. Mama stay kat sini 2 kali tau iaitu pada 7/12/24 dgn Feb 2025. Review 96 Boutique Hotel Melaka
Review 96 Boutique Hotel Melaka
Kisah Sedih
Sebenarnya semasa pertama kali mama stay adalah disebabkan berlaku kisah sedih. Mama ada undangan kenduri kahwin di Melaka. Mama terjumpa hotel ni secara tak sengaja. Pada awalnya mama book hotel lain tapi mama terpaksa cancel dan minta refund beberapa minit lepas check in. Dah le minta deposit lebih mahal dari harga bilik (dah bayar), pastu byk syarat, contohnya kalau kotor kena denda sekian RM, kalau rosak, denda sekian RM. Bila check in tgk katil patah sebelah. Uish, tak sedap hati dah. macam saje nak scam cari duit lebih. Terus mama call booking dan complaint. Mujur dapat balik refund walau ambil masa la. Semasa nak setel dgn booking kami dah keluar hotel dan terus cari hotel lain. Byk hotel yg x dpt book sebab dah petang, so kami kena cari manual. Akhirnya terjumpa hotel ni. Book di Agoda. Itu la ceritanya.
Serius tak sangka kami dapat bilik comel ni. Macam2 gambar kami berdua ambil kat sini. Bayangkan kalau ada anak kecil tentu diorg suka.
Deluxe Queen Room
Ini bilik yang mama duduk buat pertama kali.
Senarai Bilik & Harga di 96 Boutique Hotel Melaka
- Deluxe Queen untuk 2 pax RM123+
- Bilik Executive King (No window) boleh duduk 4 orang RM193+
Kemudahan Lengkap dan Suasana Yang Tenang
Kali Kedua Stay Sini
Bilik Executive King (No window)
Jadi lah untuk bermalam anak beranak.
Ringkasannya
Staff Yang Mesra dan Layanan Terbaik: Hotel ni nampak simple je tapi staff dia mesra. Check-in cepat, senyum je walaupun ramai guest.
Lokasi Memang Strategik: Lokasi hotel ni betul-betul strategic, senang sangat nak pergi ke mana-mana. Paling best, AEON Mall Melaka hanya dalam jarak berjalan kaki dari hotel.
Paling Best, Checkout Pukul 3 Petang: Ini antara kemudahan yang paling mama suka. Sempat la nak zuhur dulu sebelum checkout.
Suasana : Suasana hotel tenang, bukan jenis bising. Sesuai untuk family atau couple yang nak stay bajet tapi still selesa.
Maklumat 96 Boutique Hotel Melaka
Alamat: No 1, Jalan 3, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
Phone: 013-444 0577


















Wahhh.. boleh masuk dalam list jika ke Melaka.
ReplyDeleteBoleh la Kak SA try stay sini..menarik bilik dia...cute sangat....
ReplyDeletemacam dekat ngan aeon bandaraya jew ... tak pernah stayed sini lagiii
ReplyDelete