Natura Hotel Johor Bahru - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, October 10, 2017

Natura Hotel Johor Bahru

Assalamualaikum semua.. last week mama ke JB sebab oergi berjimba Di Legoland Malaysia. Mama tak sempat lagi nak tepek cerita Legoland Tu. Tapi harini mama nak cerita tentang hotel Yang Kami stay iaitu Natura Hotel Johor Bahru. Memandangkan intension Kami adalah untuk tidur saja makan tak perlulah mama nak book hotel Yang 5 bintang. Tak berbaloi sebab check in pun Malam. So, setelah buat research makan mama pun pilih Natura Hotel Johor Bahru Yang mama book melalui Agoda.

Mama pilih Natura Hotel Johor Bahru ni sebab kebanyakkannya good reviews Dari sesiapa Yang pernah stay sini. Selain Tu, jaraknya cuma 6.6km je Dari Legoland. So takdelah penat nemandu Kan.


Masa Kami check in Malam Hari. So ni pemandangan waktu Malam.

Natura hotel Di waktu Siang.

Ni bilik Yang mama duduk. Family Room cuma RM 150++ je boleh duduk 4orang. Biliknya takdelah luas sangat tapi selesa juga pada mama.

Dari segi complimentaries Dari hotel mama memang puas hati. Siap disediakan kettle, air mineral, kopi 3-in-1 Dan creamer Dalam bilik. Padahal water dispenser coway Yang Ada air sejuk Dan air panas depan bilik kami aje.

Bukan Tu saja, Ada juga shower cap, berus gigi Dan ubat Gigi disediakan tau. 

TV Dalam bilik ni Ada siaran TV singapore juga. Astro xde. 

Sempat ambil gambar Di tingkat satu. Cantik tempat ni dihias.

Overall, memang puas Hati duduk sini. Persekitan hotel Dan bilik sangat bersih dan wangi. Tempat ni pun very convenient. Pak guard very friendly. Staff pun ok muka Ada senyum Dan very helpful. WiFi Yang disediakan juga laju tau. 

Selain Tu, Walking distance je ada banyak kedai makan. Banyak pilihan pula. Depan hotel sendiri pun Ada kedai makan ala Indonesia  yang menjual  nasi ayam penyet, bakso dll. Selain Tu Ada juga 2-3 kedai siam disamping kedai makanan kelantan. Semua walking distance aje tau.

Paling mama suka Ada kedai Dobi DIY juga. So dapatlah Kami basuh baju semuanya sebelum  balik. Sampai rumah dah tak payah mendobi dah. Baju pun wangi sangat sebab kedai Dobi Tu dah sediakan pewangi Dan sabun semasa membaauh Tu.. tak payah beli sabun.

Mama recommend sangat hotel ni. Ni adalah alamat Natura Hotel Johor Bahru:
15, Jalan Nusaria 6/4, Taman Nusantara,
81550 Gelang Patah, Johor, Malaysia

No telefon +6075090511

17 comments:

  1. review yang menarik dan santai..

    seronok pulak nak baca nie

    ReplyDelete
  2. ok jugak kan, tak jauh dari legoland dan nampak selesa. thanks share

    ReplyDelete
  3. menarik....kena simpan info mana tau kalau tetiba terjejak kaki kat jb

    ReplyDelete
  4. Menarik dan santai je baca review tentang hotel ni

    ReplyDelete
  5. wah...bestnya...harga pun ok sangat2

    ReplyDelete
  6. hi. assalamualaikum. 1st time landing here.
    tq for sharing. maklumat berguna ni.
    aida lom pernah ke legoland tau.
    tunggu izzat besar skit.
    member pernah gi. anak kekecik mcm tak berbaloi katanyer :-)

    ReplyDelete
  7. kalau untuk tidur rehatkan badan, hotel ni kira selesa sangat dah mama..comel plak tengok 4 set toiletries yg dipack tu.

    ReplyDelete
  8. Bolehlah masuk dlm list hotel ni MP, manalah tahu nak ke Legoland sok sok kan...
    Ha a kalau ada laundry mmg senang kan MP. Senang hatilah bila balik baju dah bersih.

    ReplyDelete
  9. Utk harga mcm tu dgn keadaan bilik yg luas, berbaloi sgt tu kak. Complimentaries pun ada. Bagus sgt dah ni.

    ReplyDelete
  10. wah !! asal la tak jumpa entri ni sebelum g JB haritu.. hee~

    ReplyDelete
  11. boleh tahan harga pun murah kak... nampak barang keperluan pun semua ada, nmpak mcm hotel baru

    ReplyDelete
  12. antara ciri2 yg menepati piawaian hotel terbaik wpn bkn 7 bintang punya hotel... ;-)

    ReplyDelete
  13. Nampak cantik dan berbaloi dengan harga

    ReplyDelete
  14. Mmg berbaloi hotel ni. Cantik sebab rasanya baru setahun dibina. Harganya sgt berpatutan dgn complimentaries yg ada

    ReplyDelete

Words of wisdom