Dinner di Banafee Village Johor Bahru - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Saturday, April 6, 2019

Dinner di Banafee Village Johor Bahru

Semasa mama stay di Pulai Spring, malam tu adik ipar mama ajak Dinner di Banafee Village Johor Bahru. Dulu dia duduk di JB so dia kata kat sini OK. Antara kedai makan yang best dan selalu dibuka di JB. Senang nak kunjungi especially di waktu malam. So kami pun Dinner di Banafee Village Johor Bahru malam tu..







Baca juga travelog kami ke Johor Bahru di sini

Mudah nak dapat parking walaupun tempat ni di tengah bandar JB. Ada staf akan bantu untuk kita parking. 

Ni antara menu yang mama order.. Masa ni tengah lapar so makan nasi la kite.. Ni Nasi Goreng USA ayah Syafi. Daging dia liat sikit.. kuah dia pun Rasa biasa2 je Ada blackpaper 

Kuey Teow Goreng. Sedap juga rasanya

Air yang mama order Ni katanya special.. Banafee Special Juice ni rasanya seperti campuran epal + laici je

Nasi goreng ayam kunyit. Masin pula ayamnya tu

Selain dari menu di atas mama Ada Rasa juga maskan lain. Contohnya Cheese naan Dan ayam tandoori. Ayam tandoori sedap.. lembut tapi pedas gile haha.. Sup tulang merah dia pun sedap

Ramai orang sambut birthday Kat sini sebab dia Ada jual kek Dan bila kek dihantar ke meja nanti org yg buat live band tu a nyanyi Lagu birthday. Sempat jug kami sambut birthday abg Riri Kat sini

Antara menu di Banafee Village






Secara overall, makan kat sini dari tastenya adalah biasa-biasa je berdasarkan menu yang mama order dan rasa. Mungkin ada menu yang rasanya lebih sedap juga. Mungkin kami salah order menu yg kureng. Korang kena survey dulu signature dish dia apa. Servis agak perlahan mungkin sebab ramai orang kut.. Harga di sini agak mahal juga. Tapi ada banyak pilihan makanan tau.. macam-macam makanan ada dari Malay cuisine, Thai cuisine, Chinese cuisine, Western cuisine, Arab cuisine dan pelbagai desert. Masa mama dinner ada live band yang suara mereka memang lah sedap... 

Kalau korang nak try ke sini boleh ikut alamat ni..

Banafee Village Johor Bahru

Alamat: 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir,
Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari 24 jam
Telefon: 07-333 3377

10 comments:

  1. Lama sangat tak ke JB PC..balik kampung je..tapi ke Bandar JB tidak..sesekali boleh jalan-jalan ni..kena minta tolong makcik pakcik..sepupu-sepupu yang duduk di JB ni mana tempat makan yang best.

    ReplyDelete
  2. benafe banar seri alam, pasir gudang pon sedap

    ReplyDelete
  3. nampak best. harga pun boleh tahan jugak

    ReplyDelete
  4. Selamat menjamu selera.
    Bolehlah singgah nanti.

    ReplyDelete
  5. tengah kumpul material nak JJCM ke selatan. boleh masuk list =D

    ReplyDelete
  6. Portion kelihatan agak kecil tapi ambien looks nice n cosy

    ReplyDelete
  7. Deko kedai nampak menarik juga ya Adda.. ada banyak menu pilihan kat sini. Kalau ke Johor boleh lah cuba nanti..

    ReplyDelete
  8. kedai nampak selesa, masakan pun well present.

    ReplyDelete
  9. harga not bad.. Mungkin ramai tu yang masakan agak kurang memuaskan ye mamapp..

    ReplyDelete
  10. kita duduk JB da lebih 10 tahun, tak pernah lagi datang sini..hahahahahahhaha

    ReplyDelete

Words of wisdom