Puteri Harbour Tempat Best Ambil Gambar di Johor Bahru - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Thursday, February 7, 2019

Puteri Harbour Tempat Best Ambil Gambar di Johor Bahru

Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru. Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas, mama dan adik beradik telah bercuti ke Johor Bahru. Memang simple dan sweet aje percutian last minute kami ni. Ala-ala percutian bandar saje. Alang-alang semua balik kampung (kecuali seorang adik mama yang nurse di PPUM) maka eloklah kami bercuti bersama-sama. Ye lah kan bila mak dan ayah dah takde ni memang lain. So, kami carilah aktiviti untuk merapatkan lagi hubungan kami. Hari sebelum tu kami dah pergi melawat dan menziarah makcik-makcik kami dah. So, raya cina takde buat apa maka berjalan lah kami ke JB.. Destinasi pertama kami adalah di Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru. Jom tengok antara gambar yang kami ambil. 

Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru
Sukanya tengok bot-bot ni

Puteri Harbour ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Puteri Harbour Indoor ThemePark yang ada Hello Kitty dan Thomas Town tu. Tempat ni cantik sangat dan kalau malam happening juga dengan lampu-lampu. Tapi kena ignore sikit sebab ada pub di tepi tempat parking bot ni huhuu.

Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru
Thanks to clear blue sky cantik sangat gambar

Paling mama suka dengan tempat ni adalah suasana yang tenteram dan nampak elit. Kalau malam-malam kadang-kadang boleh nampak mat saleh jogging. Orang pun tak ramai. Sebenarnya mama ada duduk di Teega Residence semasa hujung tahun lepas (entry tak siap lagi kihkih sori mama kan selalu buat entry basi). Dari situ lah kami nak repeat lagi JB. Tapi kali ni mama tak duduk Teega kerana ada masalah teknikal. Mama duk jauh sikit dari Puteri Harbour. Mama ke sini untuk ambil gambar aje lah.. 

Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru
Masa untuk bergambar beramai-ramai

Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru
Kat buluh ni kalau kena dengan caranya mmg cantik gambar jadinya.. mama yang tak reti nak bergambar sgt pun nampak cantik gambar ni


Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru
Turn bergambar bertiga pula

Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru
Tangan bentuk love.. sesuai kalau bergambar berdua kan

Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru
Tapi bergambar bertiga ok jugak kan


Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru
Tak dapat dipastikan ni bentuk apa tapi cantik ambil gambar kat sini

Puteri Harbour Tempat Best Ambik Gambar di Johor Bahru
Close up sikit.. cakk


Not bad kan tempat ni untuk kita ambil gambar kenangan dengan family. Cantik sangat. Ada beberapa arca yg kami tak ambil gambar. Tempat ni open dan tiada bayaran masuk pun. Boleh nampak Singapura yang hanya di seberang Selat Johor. Di bawah ni adalah alamat Puteri Harbour. Ia berdekatan dengan Puteri Harbour Marina tempat International Ferry Station..

Puteri Harbour

79100 Nusajaya, Johor

13 comments:

  1. Haritu satu family pegi JB for a few days tapi sayangnya tak pegi pun Puteri Harbour. Maknanya dia suruh datang lagi lah tu hahaha

    ReplyDelete
  2. akak dah sampai sini 2 tahun lepas..mmg berposing sakan kat kawasan bot tu tapi kat area buluh masa tu tak ada lagi...nampak gaya kena repeat la..hehe

    ReplyDelete
  3. Seronok tengok bonding mama dengan adik beradik. Moga terus utuh.

    Ala-ala kat overseas kan tempat ni kan...

    ReplyDelete
  4. Cantiknya.. Boleh bubuh dalam tempat nak pergi ini..

    ReplyDelete
  5. Cantik kak, insyaallah kami nk bw NK2 juga ke Puteri Harbour. Pi Hello Kitty dan Thomas

    ReplyDelete
  6. cantik betul kualiti gambar tu..

    mesti guna telefon yang mahal kan..

    ReplyDelete
  7. Antara tempat wajib singgah di JB. Tp better dtg petang atau pg kan kak. Kalau tak, bermandi peluh Dan sedia utk di tanned kan. Hehe

    ReplyDelete
  8. menarik tp jauh nak pergi JB
    tunggu cuti2 malaysia la nampkanya
    hahaha

    ReplyDelete
  9. teringin nak ke JB cuma jaraknya jauh sgt dari Kelantan. nampaknya mama enjoyed the trip!

    ReplyDelete
  10. Sesiapa yg x penah pergi boleh la singgah kalau ke jb

    ReplyDelete
  11. woah.. CT suka kawasan2 ala ala marina ni. suka tengok kapal2 cemtu susun lawa2.
    nak naik ongkos tadak hehe tengok jele. tak pernah sampai sana lagi.. kalo sampai kita terjah =D

    ReplyDelete
  12. wah.
    lama dulu aida pernah ke sini.
    bwk anak2 ke hello kitty.
    next journey ke JB, boleh singgah :)

    ReplyDelete

Words of wisdom