Zoo Johor Bahru, Johor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, October 3, 2017

Zoo Johor Bahru, Johor

Assalamualaikum semua. Minggu lepas mama berkesempatan pergi ke Zoo Johor Bahru, Johor. Ni first time mama sampai ke zoo ni tau. Disebabkan si Syafi Yang memang suka sangat pergi zoo, maka mama Dan ayah pun layankan saja. Kalau tak caya tengok entry zoo Zoo-melaka , Pergi-taman-buaya-melaka Dan banyak Kali lagi pergi Ke taman rama-rama etc .  Kami berjalan-jalan Dalam zoo kali ni Dalam keadaan hujan Yang boleh tahan juga la bukan tahap renyai-renyai saja tau. Gigih Kan kitaorang. Alhamdulillah tiada siapa Yang demam. Jom layan gambar Di Zoo Johor Bahru, Johor.

Ops sebelum Tu nak bagitau, entrance masuk ke zoo ni adalah betul2 berdekatan dengan Masjid Sultan Abu Bakar. Jangan jadi macam mama tau. Sebab ikut Waze Last2 sampai ke entrance Istana, tapi malangnya entrance Tu bukan untuk orang awam. Kalau acah-axah anak raja barulah ikut situ ok. Lastly mama Cari masjid Sultan Abu Bakar Dalam Waze baru jumpa. Zoo ni berdekatan dengan muzium diraja Dan juga Istana. Parking Pula Di tepi-tepi jalan tu je. Pepandailah la Cari ye..

Entrance zoo Di sini. Terima kasih la abg2 foreigners Tu bagi laluan Syafi dengan atuk ambil gambar kat sini

Bayaran masuk ke Zoo Johor Bahru. Murah sangat2. Cuma RM 2 untuk dewasa Dan RM 1 untuk kanak2. Waktu operasi Dari 9pagi-6petang. Dibuka setiap hari tau.

Surprisingly walaupun cuma RM 2 je harga tiket tapi Dalam Tu mmg first class punya zoo. Bangga mama dapat pergi zoo tertua Di Malaysia ni. Dibuka pada 1928 Oleh DYMM Sultan Sir Ibrahim ibni almarhum Sultan Abu Bakar. Ketika itu dinamakan Kebun Binatang. Yang bestnya kat sini boleh petting2 lagi haiwan. Ni gambar ayah syafi try nak usap burung Tu sebelum burung Tu nak patuk dia hahaha....

Tempat rusa Dan lembu. Boleh jalan kat atas titian Tu. Rusa pun peramah siap datang kat Kita. Tapi bila tengok takde makanan terus dia blah haha...

Kat sini banyak juga haiwan Yang memang biasanya bila pergi zoo Kita nak tengok seperti Singa, gajah, burung-burung, ular, monyet, chimpanzee, memerang, buaya, badak air, tapir, etc.

Unta pun Ada you...

Kesimpulannya mama mmg recommend korang ke sini sebab zoo ni takdelah luas sangat tapi haiwan-haiwan disini Di tempatkan berdekatan so takdelah penat jalan. Rekabentuk macam zoo dulu2 mmg best je tengok binatang kat sini.. Di luar zoo Dan Di Dalam zoo Pula Ada stalls jual makanan, Dan barang-barang lain. Harganya berpatutan so tak risau lah kelaparan Di sini ye.

Uniknya Zoo Johor ni adalah satu-satunya zoo Yang berada Di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Mungkin sebab Tu lah harga tiket Yang berpatutan.

Alamat zoo Johor Bahru
Jalan Gertak Merah,
80000 Johor Bahru, Johor.

21 comments:

  1. Bestnye, tapi anak saya masih takut lagi... kucing pun diaorang takut.. jenuh nak bawa kat tempat camni, nanti berkepit kan kaki semua.. hihi... bestnya ada unta... teringin nak naik unta....

    ReplyDelete
  2. murah je tiketnya kan....lama xg zoo....panas pastu tak larat nak jalan hihi...

    ReplyDelete
  3. saya dh sampai sini..murah j tiket.puas hati bawak anak..

    ReplyDelete
  4. murahnya tiket zoo situ mama! memang terkejut ni! tiket RM10 pun susah nak dapat kot.

    ReplyDelete
  5. Murahnya kak harga tiket dia. Boleh lah consider g sini bila ke johor nanti.

    ReplyDelete
  6. Wow, kalo kebetulan pegi Johor kena singgah ni, murah betul tiketnya, kalo zoo negara, dewasa he dululah, 8 tahun lepas,tiket dewasa je rm30..sekarang Tak taulah berapa.

    ReplyDelete
  7. Tiger sangat cantik
    berapa harga tiket di sana sekali masuk ya

    ReplyDelete
  8. Berbaloi lah harga tiket masuk zoo ni mama.
    anak-anak dua orang tu sekali pun Annur tak pernah bawa ke zoo. Kesian betul..huhu~

    ReplyDelete
  9. e'in dah lame tak pegi sini.. bile pln nak bawak ecad je, mesti hujan.. huhu

    ReplyDelete
  10. nk tau x zoo negara pun sy x penah smpi pd hal berjiran hahahah

    ReplyDelete
  11. Murahnya tiket dia mama... Kalau dekat maunya bawak anak2 weekend ni pegi zoo ni...

    ReplyDelete
  12. Kami pun selalu pergi sini. Memang best sejak dah lepas renovation ni.

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete
  13. Alahai murahnya ticket. kalau datang sini memang tempat wjib kena letak dalam tentatif program ni

    ReplyDelete
  14. aku memang suka pegi zoo johor adda..

    ReplyDelete
  15. Bagusnya, harga murah, jalan pun x penat. Thanks share mamapp

    ReplyDelete
  16. menariknya... belum sempat lagi pergi sini wpun kg husband di jb... =D insyaallah soon...

    ReplyDelete
  17. orang johor memang ramah. tengok tu, rusa pun mama dah buktikan dia ramah.
    rm 2 tu lebih dari bebaloi.

    saya dah tak nak pergi zoo lagi mama, saya serik. dulu saya masuk zoo negara, lama dah. tengah sedap2 beri gajah makan tiba2 ada gajah kawin. aduh, gajah pulak tu yg kawen. malunya saya dengan orang kat situ. after that no more going to the zoo.

    ReplyDelete
  18. Dah lama tak pegi zoo JDT ni.
    Baru2 ni pegi zoo Melaka. Beza sangat harga tiketnya.

    ReplyDelete
  19. murah rupanya..bole lah bwk anak nnti pegi sana..

    ReplyDelete

Words of wisdom