Review One Sentral Serviced Residence Johor Bahru - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad



Wednesday, March 6, 2019

Review One Sentral Serviced Residence Johor Bahru

Korang mungkin perasan baru-baru ini mama dan adik beradik bercuti ke JB. Kami menetap di One Sentral Serviced Residence Johor Bahru. So baru sekarang mama sempat nak buat Review One Sentral Serviced Residence Johor Bahru. Sebelum ni mama pernah cerita satu penginapan best di JB juga kan. Boleh baca di sini http://www.mamapipie.com/2019/02/review-teega-residence-suite-waterfront.html. Ni berdekatan juga dengan Legoland tapi beberapa kilometer dari Puteri Harbour.


Pemandangan dari hadapan. Parking boleh park di tepi building tapi takde guard yg jaga. Mama park bebetul di hadapan pintu masuk so rasa confident la sikit.

Pada asalnya mama dah book Teega tapi tetiba ramai pula nak join so mama book sini kerana Kat sini Ada 3 bilik. So, selesa sikitlah bagi kami 7 orang + 2 budak2..

Mama book One Sentral melalui Airbnb Dan dalam description dia Ada cakap largesg swimming pool in jb. Mama lihat swimming pool dia memang luas. Puas si Syafi berenang ke Sana ke Mari. Tapi awas Korang kena pakai swimming suit Tau kalau Tak nanti kena ligan dengan Pak guard dia haha.

Kawasan garden Dan pool. Cantik nak photoshoot Kat sini kan.

Di bawah bangunan Ada dobi layan diri. Seronok bila balik Tak payah nak risau baju x berbasuh.

Jom Kita jengah bilik tidur.. memang selesa Dan bersih bilik tidur di. Siap Ada deco towel tu Dan setiap bilik Ada plushies comel menunggu. Sini Ada unicorn

Ni bilik kedua.. Ada hippo

Ni master bedroom . Ada crocodile hijau yang best sgt untuk dipeluk. Sesuai kalau Ada budak sure suka kan

Sini xde bathtub tapi bilik air dia selesa Dan ada hot shower

Ruang tamu..

Ruang makan.. cantik pinggan2 tu di susun

Dapur cuma Ada kettle Dan microwave saja.. nasib baik mama bawa rice cooker so kami masak Dlm rice cooker saja

Boleh nampak pool Dari bilik no 2.

Masuk bilik je terus main phone.. aduyai my son

Antara sebab mama memilih One Sentral adalah berdasarkan review yang best selain daripada kemudahan yang serba ada seperti gym, jacuzzi (mama xsempat), pool, playground, garden yang cantik. So, memang lengkap lah kalau nak bercuti nak merehatkan fikiran. Sesuai sangat kan..

Pool yang besar dan tak ramai orang.. seronok sangat

Ni pool untuk budak2

Cantik ambil gambar kat aras ni

Ni antara sebab mama pilih One Sentral. Sebab ada chess besar ni. Cantik ambil gambar kat sini tau.


So, kalau korang nak book One Sentral Serviced Residence Johor Bahru ni melalui AirBnb bolehlah cari dari hos Legend ni. Memang puas hati. Host Johny sgt friendly dan sabar melayan kerenah Dan semua pertanyaan  mama hihi..


Ini alamat One Sentral Serviced Residence.

One Sentral Serviced Residence.

B07-05, Lebuhraya Sultan Iskandar,
Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor.
Welcome to One Sentral Serviced Residence.




16 comments:

  1. Replies
    1. wow cepatnya ejulz komen.. tq tau rajin singgah sini.. mmg cantik tempat ni

      Delete
  2. Cantik sangat ni kak.. 😍
    Booking kat airbnb memang best, selalu jugak dapat rumah lengkap macam ni..

    Seronok tengok kolam tu besar sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu husniey akak Makin selesa book dhn Airbnb skrg

      Delete
  3. Kemas dan selesa sangat ianya ni. Memang bestlah dahla view ia cantik

    ReplyDelete
  4. menarik lah! terus terasa macam takda pergi bercuti. rasa macam dok di rumah sendiri ja. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mama duk sini pun mmg x keluar la gamaknya

      Delete
  5. plan nak ke JB juga tis yr, tgh tgk2 tpt pnginapan. Eh..lawa juga hotel ni besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah consider Linda. Nanti Roger akak kalau nak ke JB ye

      Delete
  6. wow lawa..... serius lawa... TQ share..

    ReplyDelete
  7. Cantik area ni kawasan baru kot.
    Memang layan mandi pool tak ramai orang ni hehehe...

    ReplyDelete
  8. suker swimming pool, besau nyer. penat nak berenang ni kan. bilik pun cantik siap dapur bagai

    ReplyDelete
  9. Menariknya.. Sha suka dia bubuh bantal haiwan tu.. Comel.. hahaha..

    ReplyDelete
  10. Nampak menarik and besar space dia! Sesuai untuk family nak ke Johor :)

    ReplyDelete

Words of wisdom