Legoland Waterpark Malaysia - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, October 26, 2017

Legoland Waterpark Malaysia

Legoland Waterpark Malaysia. Assalamualaikum semua.. mama nak buat entry tertunggak hari ni. Sori ye mama ni kalau Bab makanan memang cepat je buat post. Tapi kalau bab lain tu tulis kadang-kadang laju kadang-kadang slow la pula. Nampak sangat suka makan Kan haha.. ni mama nak story sikit cerita 3 minggu lepas Di mana Kami pergi ke Legoland Malaysia pada 30 September. Kali ni mama nak cerita dulu pengalaman kami di Legoland Waterpark Malaysia dulu ye.

First of all, mama ingin berterima kasih kepada pihak Legoland Malaysia kerana memberikan peluang bagi Kami berempat ke Legoland. Dapat tiket combo lagi untuk waterpark Dan theme park. Dapat juga mama bawa atuk syafi ke sini. Sejak arwah mak tiada ayah mama memang rajin kalau bab-bab berjalan ni.

Sebenarnya ini adalah Kali kedua mama ke Legoland Malaysia. Kali pertama pergi kat entry ni Kitaorang-dah-sampai-legoland. Cuma kali ini adalah first time mama masuk ke Waterpark Legoland. Dulu masuk theme park saja. Tu pun seharian sampai Malam baru balik. Masa tu cuti tahun baru Cina kitaorang siap tengok pertunjukan bunga api 3D lagi. Boleh nampak lego yg keluar-keluar dari bunga api tu. Woww sangat!




Kepada sesiapa Yang beli tiket combo mama sarankan untuk masuk ke waterpark dulu. Legoland sendiri pun Ada suggest ke waterpark dulu. Sebab waterpark dia takdelah besar sangat 3 jam pun dah cukup rasanya. Melainkan kalau korang nak tengok dua tiga movie sambil berenang kat Lego Wave Pool tu memanglah ambil masa.

Harga tiket Legoland Malaysia bagi pemegang MyKad.

Harga tiket Legoland Malaysia bagi family. Kalau nak untung beli tiket untuk family dimana tiket kanak-kanak adalah FREE. 

Yang bestnya Legoland Waterpark Malaysia berbanding waterpark lain yang mama pernah bergi, Tak payah susah-susah sewa pelampung bagai. Semuanya Ada Di Dalam Tu je. Nak Yang donut Ada Yang donut dua lubang pun Ada haha.. Semuanya FREE tau tak payah bayar satu sen pun.

Sambil berenang Dalam pool ni boleh kutip Lego Yang terapung-rapung sepanjang pool. Boleh sambil2 buat Lego. Nak Mandi Lego pun boleh.. Mama tengok ada budak-budak yang tarik 2-3 pelampung sekali dan letak lego banyak-banyak dalam tu. sukatilanak.. haha



Satu Yang mama puji, lifeguard Yang pihak Legoland Malaysia sediakan ramai tau. Di setiap kawasan memang Ada lifeguard Yang bertugas so kat sini boleh nampak Kan bahawa Legoland Malaysia memang mengutamakan keselamatan pengunjungnya.

Rides Dalam Legoland Waterpark Ada beberapa Yang memang seronok untuk dicuba. Masa Naik ride ni tak dibenarkan bawa handphone maka tak dapatlah mama nak rakan video kitaorg Naik ni. Kalau mcm kat gambang dulu mama siap rakam video lagi. Seronok bila tengok balik video Tu. Antara permainan di Waterpark Legoland Malaysia ialah LEGO slide racers, Wave rider, Splash N Swirl, Tidal Tube, Twin Chasers, Splash Out, Duplo splash Safari, & Red Rush.


Anak sado mama. Kemain seronoknya dia main air. Tapi meragam sikit mula-mula tu sebab tak bawa goggle dia. Nak berenang sambil tgk dalam air katanya

Ni tempat Yang paling Syafi seronok sebab dapat build-a-raft Dan pastu boleh lumba dengan bebudak lain. Hmm.. bapa budak pun Ada join haha.  So ni aktiviti sekeluarga sebenarnya. Jom tengok video Syafi Dan ayah main build a raft


Kalau nak ikutkan Hati memang si Syafi nak duduk lama dalam LEGO wave pool ni tengok movies Lego. Tapi mama dah nyanyi2 suruh keluar sebabnya nak ke theme park Pula. Dua movies juga habis masa berendam dalam ni tau haha..

Apapun Legoland Waterpark memang awesome best. Sesiapa Yang belum pernah datang sini should try. Selepas ini tunggu Pula posting mama tentang Legoland Malaysia Themepark Pula ye. Tunggu..

21 comments:

  1. Dhia dok berzikir nak pi Legoland lagi..katanya masa kecik2 dulu dia tak ingat yang dia dah pi ! adoyaiii hehehe

    ReplyDelete
  2. aaaa rindunya legoland , pergi sehari mmg tak cukup !

    ReplyDelete
  3. Belum ada rezeki nak ke legoland huhu...

    ReplyDelete
  4. Eh, oklah harga tiket kombo tu kan, jimat. Tapi utk berapa org tu.
    Entah bilalah nak sampai, teringin Tak nak bwk anak2 jenjalan

    ReplyDelete
  5. Nak ke legoland memang jauhh sangat. Tapi teringin huhu.
    Cukup lah setakat bawa anak ke bukit merah je hihi

    ReplyDelete
  6. Bestnya kak. Teringin nak masuk legoland. Ana hari tu plan nak ke sini tp cuaca panas sgt. Takut semua tak tahan tu yg x jadi masuk. Tu pun dah sakit2 kepala masa di JB hari tu.

    ReplyDelete
  7. rindunya nak pegi legoland lagi..Seronok berjalan kat dalam tue..

    ReplyDelete
  8. bagi keluarga ramai cam lina ni adoiii...mahal juga ye tiketnyer mama....

    ReplyDelete
  9. mek tak pernah try. mungkin bile ank ank dah besar skit baru dapat pegi kot.

    ReplyDelete
  10. Hishhh jeles nengok, kami entah bila nak sampai ke Legoland ni

    ReplyDelete
  11. bestnya tp kena kumpul duit dulu nak ke sana..

    ReplyDelete
  12. waterpark yang mengasyikkan
    wonderful waterpark

    ReplyDelete
  13. Nampak seronok kat waterpark tu.
    Time Mrs. A pergi dulu waterpark still under construction.
    Bila la nak pergi lagi ni huhhuhu...

    ReplyDelete
  14. Teringin dtg sini bawa anak anak...kena menyimpan jawabnya

    ReplyDelete
  15. Ala....cane dpt tix free tu..share plz....haha....kite ni broken sebab adik janji nak p gambang lepas tu cancel....uwaaa

    ReplyDelete
  16. Syafi ni umur berapaye MP?
    Saya tak sampai lagi MP. Boleh tahan jugak harga tiket tu ye. Kalau sorang boleh tahan lagi, tp dah masuk 4-5 org mcm keluarga saya ni....terus seram haha...
    Entah bilalah dpt bawak anak anak agaknya

    ReplyDelete

Words of wisdom