Melawat Galeri Darurat Bukit Kepong dan Pusara Pejuang Bukit Kepong - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, July 4, 2018

Melawat Galeri Darurat Bukit Kepong dan Pusara Pejuang Bukit Kepong

Sebelum bulan Ramadhan yang lalu telah Melawat Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar, Johor. Dah lama si Syafi teringin sangat nak pergi ke sana tapi mama selalunya tak nak pergi sebab dari Muar memang agak jauh juga kalau nak ke Bukit Kepong. Makan masa dalam satu jam juga lah. Bila mama google area Bukit Kepong tu tak banyak tarikan yang menarik so rasa macam tak berbaloi pula kalau pergi sana untuk Melawat Galeri Darurat Bukit Kepong saja, kan. Tapi rupanya tafsiran mama silap. Memang berbaloi sebenarnya bila ke sana..

Galeri Darurat Bukit Kepong ni baru juga dibuka iaitu pada 24 Februari 2017. Yang bestnya bayaran masuk adalah percuma.. FREE aje tau tak payah bayar apa-apa pun. Pengajaran dan perasaan selepas Melawat Galeri Darurat Bukit Kepong memang priceless.. Korang patut datang ke sini.. Ada 2 tempat maam rekemen kalau nak ke Bukit Kepong, Muar iaitu pergi Melawat Galeri Darurat Bukit Kepong ni dan jangan lupa makan Mee Bandung Udang Galah di Zie Resepi (nanti mama akan buat post ni nanti). Orang Bukit Kepong kalau ada tempat menarik lain kat sini bagitau lah ye..

Pemandangan bangunan Galeri Darurat Bukit Kepong. Masih lagi baru dan bangunan masih dalam keadaan baik. Dibina di atas tapak balai polis sebenar dan terletak di tepi sungai. Sama macam dalam movie Bukit Kepong tu.

Di luar Galeri Darurat Bukit Kepong ni ada kenderaan polis seperti kapal, kereta kebal.



Galeri ini turut menghimpunkan berita dan sejarah perjuangan pejuang negara kita dari zaman perang dan darurat di Malaysia sehinggalah masa kini. Banyak info menarik yang kita dapati dari sini, bukan saja tentang sejarah Bukit Kepong saja tau tetapi meliputi seluruh negara.


Sangat menginsafkan dan kagum bila mama membaca tentang semangat perjuangan dan sayangkan negara berdasarkan peristiwa Bukit Kepong ini. Sedih juga melihat gambar-gambar mangsa dimana ada yang terbakar hangus dan keadaan mereka yang menyayatkan hati.. Alfatiha buat semua mangsa yang terkorban.. Semoga syahid buat mereka.



Sedih sangat bilo masuk panggung...tayang keadaan satu keluarga semasa peristiwa bukit kepong ini diserang.... Syafi tengok banyak round pula cerita ni. Mama pula yang sebak.

Antara bahan-bahan sejarah yang dipamerkan adalah artifak yang ditemui dari tapak balai Bukit Kepong, senjata, bilik lokap, keadaan berek penginapan anggota berkelamin dan bujang dan dapur. Terdapat juga peninggalan peralatan-peralatan yang pernah digunakan oleh pihak komunis di sini.

Kami juga ada melawat pusara pejuang Bukit Kepong yang terletak di seberang jalan Galeri Bukit Kepong. Ada rasa terharu dan berterima kasih atas perjuangan mereka..

Inilah senarai pejuang yang terkorban semasa peristiwa ini..

Visit mama ke sini memang menginsafkan dan membuatkan mama rasa bersyukur dengan keamanan yang dikecapi sekarang. So, kepada sesiapa yang nak melawat ke sini boleh ikut alamat di bawah ni ye:

Galeri Darurat Bukit Kepong

Alamat: Jln Muar-Labis, Bukit Kepong, 84600, Johor
Waktu operasi: Selasa-Ahad dari 10AM–6PM. Ditutup hari Isnin. Hari Jumaat pula waktu rehat dari 12-3pm untuk sembahyang Jumaat dan pada waktu ini galeri ditutup tau.
Yuran Masuk: FREE

Sedikit info berkaitan dengan Peristiwa Bukit Kepong yang mama ambil dari En Wiki:

Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:

Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

16 comments:

  1. tak tahu pulak wujud galeri darurat ni. Nanti boleh berjalan ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab baru juga dibuka ramai yg tak tay farhanna

      Delete
  2. terbaek.. bnyk tercatat sejarah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ejulz.. memberikan kita rasa bersyukur dgn keadaan sekarang

      Delete
  3. Kalo ank2 dh sekolah..boleh bw ke sini utk belajar subjek sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga puri.. senang diorang nak faham bila tengok sendiri

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian mama. Setiap kali tengok filem Bukit Kepong setiap kali itulah airmata mengalir. Terharu, sebak, pilu sungguh terkesan dgn pengorbanan & semangat juang para anggota keselamatan & ahli keluarga mereka semua. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. tak rugi klu berkunjung kt sana ye kak.... bgs jgk utk bdk2 sekolah... bkn je blh baca kt buku sejarah tp tgk sekali mesti rasa lebih real kan...

    ReplyDelete
  6. penah tengok movie Bukit Kepong beberapa kali. pengorbanan orang2 generasi terdahulu untuk kesejahteraaan kita skrang.

    ReplyDelete
  7. Dah siap dah ye..masa saya lalu masih dalam construction

    ReplyDelete
  8. tak pernah singgah, nak msk dalam list

    ReplyDelete
  9. membaca entri sedikit sebanyak menginsafkan diri ini juga.

    ReplyDelete
  10. Setiap kali LZ pergi muzium tentera akan timbul perasaan sayu mengenangkan pengorbanan wira2 ini. Galeri Darurat Bukit Kepong masih belum singgah lagi.. Bila baca entri mamapipie ni timbul juga perasaan sayu..

    Al-fatihah kepada semua wira negara yang telah terkorban..

    ReplyDelete
  11. Tak pernah sampai lagi ke Bukit Kepong ni, boleh masuk dalm wish list jugakla..

    ReplyDelete
  12. Belum sempat singgah lagi.
    Nak tenguk jugak galeri ni

    ReplyDelete
  13. Bagus juga kan bawak keluarga ke sini. Macam Muzium Tentera kat PD tu akak bawak anak-anak biar depa tau orang dedulu macam mana sayang dan berkorban kat negara..

    ReplyDelete

Words of wisdom