Mee Bandung Muar, Mee Rebus Hj Wahid Baidali dan Asam pedas yang sedap di Shah Alam - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, August 14, 2017

Mee Bandung Muar, Mee Rebus Hj Wahid Baidali dan Asam pedas yang sedap di Shah Alam

Sesiapa Yang nampak gambar makanan Johor ni Di Instagram mama haritu angkat Tangan!! Haha kalau angkat Tangan pun mama tak nampak Kiki.. mama makan Mee Bandung Muar, Mee Rebus Hj Wahid Baidali dan Asam pedas yang sedap di Shah Alam je haritu. Tak payah nak sibuk balik Johor pun.

Sabtu lepas mama makan Di restoran Passage Di seksyen 9 Shah Alam. Kedai dia selang sebuah kedai dengan Foodsbury je. Kedai ni comel sebab saiznya cuma separuh kedai je tau. Passage ni dah dibuka sejak awal tahun Dan mama pun tak pernah tau sehinggalah Pak mertua mama promote kaw2 kat mama.
Ni alamatnya ye  Hari ahad tutup tau..

Pemandangan Dari depan kedai

Pak mertua mama pun org johor, so bila dia dah rekemen begitu sekali jadinya mama pun haruslah merasa sendiri Kan. Foodhunter la katakann haha.. kitaorang duduk sampai 2 meja tau. Pak mertua dengan bff dia Dan satu meja lagi Kami bertiga. Mama asalnya baru balik kerja sabtu Tu Dan Pak mertua lah Yang call ajak datang sini.


Menu Dan harga Di sini

Mee Bandung muo. Menurut pemilik kedai, perencahnya memang didatangkan khas Dari muo. Memang rasanya sebiji mee Bandung muo, pekat, pedas Dan Ada telur yg kuningnya separuh masak Tu. Adoi sedapnya.. cuma kalau mama yg masak mee ni mama Akan tambah sikit lagi gula sebab selalunya mee Bandung ni Kan manis sikit. Mee Bandung ni mungkin disesuaikan utk org yg x suka terlalu manis. 


Mee rebus hj Wahid baidali. Memang sedap juga. Pekat Dan Terasa keledeknya Tu. Cuma, seperti mee bandung, mama Rasa kurang manis sikit. Kalau tambah lagi sikit gula sure lagi sedap terangkat. Apapun overall mmg puas Hati, nanti nak datang lagi makan mee bandung dgn mee rebus dia. Pak mertua mama jgn cakaplah, dah berkali-kali makan sini tau

 Set Asam pedas. Ada air sirap ais included tau. Berbaloi. Minta maap la set Nasi dgn Asam pedas Tu Macam bergaduh. Jauh duduknya haha..

Close up ikan tenggiri Asam pedas

Pak mertua sampai pindah meja kitaorg nak merasa Asam pedas punya pasal haha. Asam pedas dia memang terbaik. Ayah Syafi pun puji. Cukup Rasa pedas, masam Dan semuanya. Dia memang nak datang lagi makan Asam pedas ni. Terbaik Di Shah alam katanya.

Haha nilah menu anak bujang mama Yang sangat limited seleranya Tu. Dia tak makan pedas langsung. So, mama betul2 berterima kasih pada pemilik kedai Yang sanggup melayan special order Kami ni haha. Memang selera Syafi makan ikan tenggiri yg baru digoreng panas2 Tu. Licin pinggan dia tau.

Apapun memang puas Hati kat sini. Mama definitely will come back. Kebetulan masa mama kat Sana pelanggan Yang Ada semua org johor. Ada yg Dari part jawa,Ada Yang Batu pahat,mama Dari muo.. wow best!!

Pak mertua kata nasi lemak dia pun sedap tapi tengah hari Tu nasi lemak dah habis so tak dapatlah merasa. Soto pun mama tak Rasa lagi. Maybe next time




14 comments:

  1. Owh dekat shah alam ade ye mama mee rebus hj wahid...senanglah nak mkn klu camni kan...lina peminat no 1 makanan johor..yrlah anak jati johor kan...hihi

    ReplyDelete
  2. wah dekat je tu, boleh try nanti bila2, nampak sedap makanannya

    ReplyDelete
  3. Oo.. Lina anak jati Johor juga ye.. kalau ke Sana rogerlah hihi

    ReplyDelete
  4. Saya jerap ke area tu. Minggu lepas saya ke situ ambik kad pengenalan. Tadi ke oesuruhjaya sumoah. Tak oerasan tu.

    ReplyDelete
  5. Ingat dekat muar rupanya Dekat je. Boleh cuba nanti ni kak.

    ReplyDelete
  6. I have tried a few Mee Bandung from different restaurants/stalls. I should say, the best taste ada di kedai bersebelahan dengan restoran Haslam (sorry, I don't remember the restaurant's name). Memang mantap rasanya!

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. Telur dadar anak bujang mama pipie tu buat saya rasa lapar 😀😀😀

    ReplyDelete
  8. Sedapnya asam pedas tu.. Nampak pekat memikat..

    ReplyDelete
  9. Meriah menu atas meja..feveret asben saya tu, mee rebus

    ReplyDelete
  10. Rupanya ramai Kan yg berlegar2 Di Shah alam ni. Ntah2 pernah berlaga bahu tp Kita x kenal. Adam lagilah mama x kenal xpenah letak gambar. Panphila.. restore haslam katmana..
    Telur Dadar Tu mmg sedap sebab baru angkat Dari kuali tau unaizah

    ReplyDelete
  11. Wahhh...jauh pulak tu kalau nak menerai pun. Saya orang Muo, so kalau nak suruh rasa mee bandong dia sama dgn muo punya bolehlah...

    Mmg jarang jumpa mee bandong sedap kat KL ni. Betul betul mee bandong kena manis barulah sedap kan

    ReplyDelete
  12. Mee bandung !!! GV suka mee bandung. Tambah dua tiga kali pun xde. Kedai cam best jew mama. kalu GV gi seksyen 9 nanti, bolehlah singgah kedai ini. hihi.

    ReplyDelete
  13. Awal bulan hari tu SA makan kat Sungai jernih Kajang...makan mee bandung Muar gak...sedap..belakang tesco kajang

    ReplyDelete
  14. syoknya dapat asam pedas yang sedap. Lagi 1 kat Keramat au3. Fiske. ha tu pun sedap

    ReplyDelete

Words of wisdom