Memburu Durian Musang King di Bentong Pahang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Wednesday, July 31, 2019

Memburu Durian Musang King di Bentong Pahang

Assalamualaikum.. apa khabar semua.. minta maaf beberapa harini and to be exact sejak jumaat lepas mama tak sempat nak blogwalk ke blog2 korang. Nanti mama balas kunjungan slow2 ye.. semalam misi mama Memburu Durian Musang King di Bentong Pahang membuahkan durian Musang King hehe.. Memburu Durian Musang King di Bentong Pahang.


Macam mana kami Boleh ke Bentong pulak? Sebenarnya mama Ni memang tak cukup rehat Tau.. Jumaat tu Kan adik ipar mama meninggal dunia.. uruskan jenazah sehingga keesokan harinya mama folo balik ke Kampung arwah di Raub. Masa tu dah teringin nak beli Musang King. Memang craving  Musang King dah 2 Minggu. Tapi tetiba ilang selera nak makan. Almaklumlah kan.. ada kematian...

Musang King.. Akhirnya Boleh tidur lena haha..

Masa nak balik ke Shah Alam.. mama Ada berhenti di satu kedai di Ulu Gali. Musang King harga RM 35 sekilo. Err.. Macam Mahal.. so x belilah..

Hari Isnin.. mama sekeluarga pergi ke Terengganu pula untuk ambikk kereta dari Bengkel BKK [Baca Sini]. Alhamdulillah dah setel dah urusan kereta. Cuma Kalau Boleh nak claim insuran kereta orang tu tapi kena tunggu lagi keputusan polis dulu. Kalau tak rugilah NCD mama..

Semalam, Hari selasa baru balikk ke Shah Alam. Sampai Bentong terasa nak Cari Musang King. Alhamdulillah jumpa juga yg murah Dan sedap. 

Gebu gebas genggelam jari bila pegang hihii.. ni sebenarnya kedai pertama mama singgah. Kedai Ni Mahal RM 35 sekilo. Disebabkan takut x jumpa kedai lain maka mama beli sebiji aje.. RM 56 sebiji you. Memang sedap tapi kurang berbaloi sebab satu pangsa cuma ada seulas dua je. Ada satu pangsa kosong huhuu rugi..rugi.. Makan 3 orang dapat lah dalam 2-3 ulas sorang

So, ini pula gerai kedua yang kami singgah. Murah je RM 20 sekilo untuk saiz kecil dan RM25 untuk saiz sederhana besar

Sangat berbaloi.. isi tebal dah tgk lah bijinya Ni haa.. ciput aje.. so mama beli 3 biji yg RM 25 sekilo. Total RM 85
Ni Lah gerainya.. Kalau keluar too Bentong timur dari Kuantan menghala ke KL , Ni gerai kedua sebelah kanan jalan. Gerai yg Mahal tu gerai ke 3 sebelah kanan jalan..

Nomnom..puas ati akhirnya mama dapat makan Musang King. Memang berbeza Musang King berbanding durian kampung dan IOI. Memasing ada keunikan memasing tapi memandangkan sekarang Musang King tengah murah maka inilah masanya untuk melantak Musang King.. Kalau dulu masa mahal baru ambil 4-5 biji harga dah ratus-ratus kan..

15 comments:

  1. ish3 tak sanggup nk tgk kak oi... menggoda sgt

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaa....semalam akak makan durian ioi beli 2 biji je untuk makan...teringin gak musang king tapi mahal kat seremban..sekarang dah naik RM55 per kg...ioi yang akak beli baru RM15 perkg...

    ReplyDelete
  3. pergh..warna tu kemain mengggoda

    ReplyDelete
  4. pergh..warna tu kemain mengggoda

    ReplyDelete
  5. Teringat-ingat sungguh Musang King ni. Memang padu. Saya makan Musang King Raub RM20 sekilo dan tambah pula durian XoXO RM17 sekiloa masa singgah Raub hari Isnin lepas. Memang puas hati sebab sedap, puas makan, sebiji walau kecil tapi ulas banyak sebab rapat-rapat dan murah pula tu.

    Kalau lah Raub tu dekat, tiap-tiap minggu sanggup pergi Raub.. hehehehe.. :)

    ...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya musang king, tengok gambar tu kecur air liur hahahaa...
    Last month time balik kampung adik ipar Mrs. A bawak balik musang king dia beli dari ladang di Raub Pahang. Kalau pergi ladang lagi murah katanya.

    ReplyDelete
  7. Isshh jeles tgk, sini ssh dapat musang king. If ada pun mahal kanmain. Cam beli emas

    ReplyDelete
  8. Kalau nak lagi sedap, carilah durian duri hitam pula.

    ReplyDelete
  9. Betul Mama. Durian musang king sebelum ni mahallll. Time ni la baru dapat merasa hehehe

    ReplyDelete
  10. dpt isi tebal dan biji nyer kesep, memang syurga lah kan.
    sedap. kenyang. paling penting berbaloi.
    last sunday singgah gak makan durian. tapi isi nyer tak brape cantik.
    sib baik sedap lah. tak mengecewakan sgt.

    folo up keputusan kes tu, mamapp. utk claim insuran.
    if dia salah, wajib claim kat dia. jgn bazir ncd kita.

    ReplyDelete
  11. suka durian yg color kuning camni..kalo pucat2 tk suka ...haha..tp mkn ngan pulut la..kalo ratah tk brp sgt

    ReplyDelete
  12. rata2 harga yg sy jumpa RM35 sekilo

    ReplyDelete
  13. Allah.. mengancam sungguh..
    Isi tebal, biji kecik.. memang puas bayar dan makan nie..

    ReplyDelete

Words of wisdom