Berjimba di Pusat Rekreasi Pulau Chekas Raub Pahang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Wednesday, November 6, 2019

Berjimba di Pusat Rekreasi Pulau Chekas Raub Pahang

Berjimba di  Pusat Rekreasi Pulau Chekas Raub Pahang. Best betul jadi orang Raub sebab environment kat sini sejuk dan mendamaikan. Paling best ialah sebab ada byk durian musang king murah-murah dijual kat sini.  Almaklumlah Raub kan Bandar Musang King Malaysia. Dalam kesedapan makan durian tu, elok kita selitkan dengan ulam seperti peria untuk kawal paras gula. Kami beberapa kali ke Raub kerana Raub adalah kampung ibu, biras mama. Di kalangan biras dan anak buah kami membahasan diri dengan panggilan seperi Mamadaa (mama), mamalong, ummi nadia dan mummy Zila. Alfatihah buat ibu, adik ipar mama yang meninggal dunia tahun ini di usia 34 tahun semoga rohnya berada dikalangan orang beriman. Kami ke Raub untuk melawat keluarga ibu di sana. Sebelum ni kami telah beberapa kali juga kami pergi kampung ibu ni. Dulu pernah piknik ramai-ramai di Lata Jarum Raub. Best juga tempat tu. .

Sungai yang mendamaikan. Cuaca tengah panas dan badan pun dah melekit.. Memang seronok bila jumpa air ni kan.

Info  Pusat Rekreasi Pulau Chekas Raub






Sini mama selitkan sedikit info tentang Pulau Chekas. Tempat ni adalah pusat rekreasi dan air terjun tau, bukan pulau macam pulau Redang tu. Asal nama Pulau Chekas sebab ada daratan yang terbentuk di tengah laluan air sungai. Laluan air sungai yang terbahagi dua inilah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras. Di sebelah kiri dataran Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu. Pahang ni memang banyak tempat menarik untuk makan angin (Sumber: Ibusyurga)

Syafi bersama-sama dengan sepupu-sepupunya. Tak cukup lagi ni. Sepatutnya ada 10 orang baru lengkap.



Kemudahan di  Pusat Rekreasi Pulau Chekas Raub






Di sini, tak perlu risau sebab ada banyak kemudahan yang disediakan.

Tandas Awam

Terdapat tandas awam & bilik menyalin pakaian disediakan.  

Tandas

Surau

Surau pun ada di sini. Jadinya, mudah lah kalau nak solat di sini. Surau ni tak terlalu besar tapi masih lagi selesa.

Papan Gelungsur Air

Untuk kanak-kanak, terdapat sebuah papan gelunsur seperti gambar tu. Ada 2 yang mama nampak di kawasan ni. Mungkin ada lebih tak pasti pula.

Ruang Berkhemah dan Berkelah 

Antara pondok yang disediakan. Kitaorang tengah makan durian sebenarnya sampai gegar kamera mama sebab tangan tengah kotor tapi sibuk nak ambil gambar juga

Selain dari di atas mama lihat ada juga disediakan pentas mini dan dataran kecil untuk sebarang aktiviti. Kalau nak spend lebih masa, bagus juga cari homestay di pahang yang dekat dengan banyak tempat menarik. Boleh explore sampai puas. (Sumber: Leaazleeya.com)

Aktiviti Mandi Manda


Damainya hati bila lihat alam semulajadi sebegini

Ops censored sikit gambar hihi. Dah memasing tak bawa baju mandi. Inilah jadinya

Punyalah seronok budak-budak ni main air. Asalnya kitaorang ke sini sebab nak makan durian. Beli durian dan makan di sini gitu. Tapi bila dah jumpa air semuanya dah tak boleh tahan. Syafi dengan baju jalan terus terjun air. Sedangkan pada mulanya mama kasi dia rendam kaki aje haha.. Takpelah mama faham. Kanak kanak memang suka berjalan jalan kan. Antara cara nak matangkan anak dengan cepat adalah kerap bawa anak melancong. Jauh berjalan luas pengalaman kan. Tak perlu pergi jauh sampai oversea pun. Selangor & Melaka pun banyak tempat best kan. [Baca pengalaman bermalam di Casa Bonita Hotel]

Serius mama pun teringin nak terjun sekali join derang tapi apakan daya mama tak bawa baju. Memang sejuk sangat air kat sini. Bersih pula tu tau.


Bayaran Masuk ke  Pusat Rekreasi Pulau Chekas Raub Pahang


Harga tiket seperti di bawah:
Dewasa RM 2
Kanak2/pelajar sehingga umur 18 tahun percuma.

Bayaran Deposit Perlu dibayar Jika Bawa Durian

Deposit durian RM 10 ketika membeli tiket. Kita akan diberi plastik bag dan kalau plastik itu dipulangkan semula berserta sampah dpt balik RM 10 kita tu. Bagus juga sistem macam ni. Sambil menjaga environment, boleh juga memudahkan beban pekerja di situ.

Alamat & No Telefon  Pusat Rekreasi Pulau Chekas

Alamat: lot 910, Jalan Dong - Ulu Dong, Kampung Peruas, 27600 Raub, Pahang
Telefon: 019-576 2222

15 comments:

  1. Bestnya main air. Tunggu cuti sekolah nanti bolehlah cari tempat berkelah.

    ReplyDelete
  2. best nya mandi main air macam tu ^_^

    ReplyDelete
  3. seronoknya bermandi mandi, budak2 lah yang paling seronok .... airnya nampak bersih dan cantik betul pemandangan sekitar situ

    ReplyDelete
  4. Peminat air memamng bahaya kalau pergi tempat ada air tak bawak baju hahahaaa... mujur mama berjaya tahan diri ya...

    ReplyDelete
  5. Amboi seronok betul ye kak adda berjimba dengan family. Best sekali sekala berjimba ke tempat macam ni

    ReplyDelete
  6. bestnya. saya duduk temerloh pun tak pernah lagi sampai kawasan ni.

    ReplyDelete
  7. teringin nak mandi sungai spt zaman kanak2 dulu..

    ReplyDelete
  8. Saya suka sungai atau air terjun dari ke laut.. Sejuk je. Bagus pengurusan di situ. Terjaga kebersihanya kalau buat sistem macam ni

    ReplyDelete
  9. yang penting tempat rekreasi air saya suka sangat

    ReplyDelete
  10. bersih kawasannya. Memang seronoklah budak-budak dapat main air

    ReplyDelete
  11. Banyak lg ke duriannye...craving la plak...

    ReplyDelete
  12. Nape papan gelongsor gitu, klu jatuh dlm air mesti sakit muntot...:)

    ReplyDelete
  13. Deposit untuk plastik sampah tu Sha setuju dipraktikkan di semua tempan mandi manda.. barulah masing-masing bertanggungjawab dengan sampah sendiri..

    ReplyDelete

Words of wisdom