Dinner di Restoran Ikan Bakar Sri Tanjong Bentong Pahang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, December 9, 2019

Dinner di Restoran Ikan Bakar Sri Tanjong Bentong Pahang

Dinner di Restoran Ikan Bakar Sri Tanjong Bentong Pahang. Ingat tak mama pernah cerita homestay best kat sini [ ES Homestay Raub Pahang ] dan pergi ke Pulau Chekas Raub di sini [ Berjimba di Pusat Rekreasi Pulau Chekas Raub Pahang ]. On the way balik ke Shah Alam tu kami telah singgah Dinner di Restoran Ikan Bakar Sri Tanjong Bentong Pahang. Semasa ke sini kami dalam 3 keluarga makan sama-sama kat sini.

Menu Restoran Ikan Bakar Sri Tanjong Bentong Pahang







Ini antara gambar menu yang mama sekeluarga order..

Kerang bakar. Sedapp

Ikan bakar. Kitaorang order ikan jenahak dan ikan kerapu. Ikan kerapu masak 3 rasa

Sotong goreng tepung favourite anak mama

Antara lauk pauk yg kami order malam tu. Tak larat nak ambil gambar semua makanan.. Perut dah kriuk2 dah masa ni

Pandangan dari luar kedai, Crowded juga masa kami ke sini. Memang ramai orang

Pandangan dari dalam kedai.  Korang nampak tak ada tanda harga bagi setiap seafood kat belakng tu

Troli yg dijadikan tempat baby tidur. Kebetulan anak sedara mama tgh lena memang sgt convenience bagi ummi dia nak makan. Ramai juga pengunjung yg bawa baby kecil. Mungkin diorang pun selesa ke sini dengan adanya tempat tidur baby ni..

Ahli rombongan kami

Lepas makan nasi kitaoranv layan aiskrim pula.. semua aiskrim ni sedap tau.. korang kena cuba

Mohon maaf ye mama tepek resit kat sini ye.. bukan apa.. mudah untuk korang dan mama sendiri ;ihat harga dan senarai makanan yg kami beli malam tu. Selain tu ada juga dijual Sata Terengganu kat sini. Mama order sata dan rasanya memang sedap, sama macam yg mama makan di Terengganu dulu.

Ruangan Fotografi di Restoran Ikan Bakar Sri Tanjong Bentong Pahang







Menariknya tempat ni sebab ada port ambil gambar..

Ni be gambar yg sempat mama letak.. seronok budak2 dapat main motor dan bergambar kat sini



Pengalaman di Restoran Ikan Bakar Sri Tanjong Bentong Pahang

Secara keseluruhannya kami sekeluarga puas hati makan kat sini. Harga makanan kat sini adalah standard harga ikan bakar. Layanan pekerja di sini pun bagus.  Setiap permintaan kami untuk tambah lauk, etc dilayan dengan baik. Rasa makanan dia pun tak mengecewakan dan potion pun banyak. Paling convenience bila ada disediakan tempat baby baring tu. SO, sangat sesuai untuk orang yang ada anak kecil macam kakak ipar mama. Kebetulan baby tidur, maka bolehlah dia makan dengan aman..

So, kalau korang nak try makan kat sini bolehlah ikut alamat di bawah

Restoran Ikan Bakar Sri Tanjong Bentong Pahang

Alamat: 1, Batu 1, 4, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
Waktu perniagaan: Dibuka Setiap Hari kecuali hari Selasa dari 5:00 petang – 12:00 pagi
Telefon: 012-711 1305





23 comments:

  1. lapar terus perut tengok semua menu sedap-sedap tuh kak oi.... nampak fresh semuanya, harga pun kira berpatutan betul... geram nengok ikan janahak tu, penuh sos dia

    ReplyDelete
  2. aiskrim tu pun jualan kt kedai tu ke kak? sedap naw2 nengok aiskrim durian tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Dana.. Ada jual kat situ.. mmg sedap tau

      Delete
  3. Fuhh sedap tu kerang dengan sotong..Lama tak berkerang =__='

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..kerang bakar..ikan..sotong..nasib x leh selalu makan seafood...

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak makan sata. Selalunya beli kalau ke Terengganu je.

    ReplyDelete
  6. selain dari menu dia yang nampak sedap tu..kita suka sebab ada port bergambar..

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan la kedai ni. Kalau sesapa lalu area be tong bolehlah singgah ye

    ReplyDelete
  8. masa ibu_suri sihat dulu, kerap juga saya ke restoran makan ikan bakar ( selalunya siakap, murah sikit ). namun sekarang selalunya makan bungkus dalam kereta sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai sedih mama baca. semoga ibu suri kembali sihat ye

      Delete
  9. harga tu untuk makan satu family besar memang berbaloi

    ReplyDelete
  10. Sotong celup tepung my fav food .ermmm sedapppnya terliur pulak tgk sotong celup tepung

    ReplyDelete
  11. Cantiknya kedai dia.. Makanan pun nampak sedap.. dessert dengan aiskrim pula.. Memang best..

    ReplyDelete
  12. Ukttt.. Semua menu nampak sedap. Yang palimg best aiskrim tuhlah. Hahaha

    ReplyDelete
  13. Jarang sangat turun ke Pahang. Tapi manalah tau kan kalau tiba-tiba sampai bolehla singgah

    ReplyDelete
  14. Semua nampak sedap kak. Berbaloi byr mahal2. Eh aiskrim red velvet tu. Sedapnya.

    ReplyDelete
  15. Wow! Nampak enak je,masa saya duduk Bentung dulu masih tak ada org rajin niaga mcm sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke..mama pn X pasti kedai ni kedai baru atau dah lama

      Delete
  16. Bila mama tgk balik gambar makanan ni mama sendiri plak yg terasa lapar haha

    ReplyDelete
  17. Nmpk menarik ikan bakar tu sbb atasnya ada sambal

    ReplyDelete
  18. berbaloi membayar bila makan tu puashati kan..

    ReplyDelete

Words of wisdom