Resepi Serawa Durian Gula Melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Sunday, August 12, 2018

Resepi Serawa Durian Gula Melaka

Musim raja buah Kali ni memang mama sekeluarga sangat puas hati makan durian. Berbakul-bakul mama Beli Dari dusun kawan mama.. belum lagi Yang orang lain belanja termasuklah yang Bos mama juga. Alhamdulillah puas kali ni musim durian mama memang puas hati. Cuma bila durian dah banyak sangat maka banyak juga lebihan durian yang tak larat dimakan kan. Apa kata korang buat ikut Resepi Serawa Durian Gula Melaka Yang akan mama share satgi. Boleh juga buat makan petang sambil relaks kat laman rumah.. Perut pun kenyang hihi. Jom Kita tengok Resepi Serawa Durian Gula Melaka.

Alahai sedapnya Serawa Durian Gula Melaka ni. Boleh dimakan bersama roti slice, roti jala atau pulut.. alahai sedapnya rasa cam nak repeat lah Pula..


Resepi Serawa Durian Gula Melaka


Bahan bahan:
2 biji buah durian - ambil isinya
1 biji kelapa - diparut Dan diperah santannya
3 ketul gula melaka
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara memasak:
1) Masak gula Melaka dengan 2 gelas air.
2) Masukkan durian ke dalam periuk
3) Masak durian bersama santan dan daun pandan sehingga mendidih.
4) Masukkan air gula Melaka Yang telah larut tadi
5) Letak sedikit garam.
6) Kacau  sampai mendidih dengan api perlahan. Api tak boleh terlalu kuat takut nanti pecah minyak pula. Jika rasa terlalu pekat, masukkan air. Kalau nak makan dengan roti slice elok dibuat kuah tu cair sedikit. Kalau nak makan dengan roti jala elok dibuat pekat sedikit.
Sesuaikan rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan pulut atau dengan roti.

Siap.. yummy! Makan ramai-ramai lagilah berselera kan

21 comments:

  1. Suka juga cicah ngan roti or roti jala

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Tak pernah try lagi buat serawa durian bubuh gula melaka. ;)

    ReplyDelete
  3. Suka makan kuah ni dengan roti jala.

    ReplyDelete
  4. Fuh... Kecor air liur saya dibuatnya. Kalau ibu_suri masih boleh ke dapur, tentu saya minta dia buatkan unruk saya...

    ReplyDelete
  5. Sama resipi kita kak. Favorites ana serawa durian ni. Tp xleh makan byk sebab cepat muak. Hehe

    ReplyDelete

  6. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete
  7. sedap i, buat bekpes, hi tea or supper.memang layan hehee

    ReplyDelete
  8. nampak mcm sedap je tp sygnya abe kie x makan durian.

    ReplyDelete
  9. Suka serawa durian makan dengan pulut

    ReplyDelete
  10. Fuh !...

    memang sedap sangat untuk layan dengan pulut..

    memang beruntung dapat makan makanan yang sedap-sedap

    ReplyDelete
  11. Sha selalu guna gula pasir je.. Bila tengok mamapp buh gula melaka nie macam sedap je...Nanti sha nak cuba jugalah..

    ReplyDelete
  12. dapnyeeee panas2 cicah rotiiiii yuums =D

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Words of wisdom