Resepi Bubur Kacang Hijau Durian - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, February 14, 2018

Resepi Bubur Kacang Hijau Durian

Siapa saja mesti suka makan bubur kacang durian kan. Mungkin ada segelintir saja yang tak gemar makanan ni. Bubur kacang sekarang sinonim dengan majlis perkahwinan kerana sering sangat dihidangkan semasa kenduri kahwin. Seronok juga makan bubur kacang sambil berborak dengan sedara mara serta sahabat handai sambil menjamu mata melihat pengantin yg cantik dan hensem. Sebenarnya buat bubur kacang ni mudah aje. Mama nak share Resepi Bubur Kacang Hijau Durian yang mama buat minggu lepas. Makan as aiskrim pun sedap. Bagi sesiapa yang nak buat bubur kacang durian bolehlah tengok Resepi Bubur Kacang Hijau Durian di bawah.

Pada mulanya memang mama takde plan nak buat bubur kacang durian ni. Tapi disebabkan mama dah terbeli kacang hijau untuk digunakan Syafi ke sekolah untuk eksperimen sains dan lebihan kacang hijau tu takkan nak simpan aje kan. Beli kacang hijau yang dah siap pack 250g tapi guna 5-6 butir aje haha.. Maka yang selebihnya tu jadi bubur kacang je la gamaknya.

Bubur Kacang Hijau Durian

Bubur Kacang Hijau Durian


Bahan bahan yang diperlukan:

1 cawan kacang hijau (lebih kurang 250g)
4 sudu gula merah/gula melaka (boleh adjust ikut suka)
2 sudu gula pasir (boleh adjust ikut suka)
2 helai daun pandan
1 kotak kecil santan
8 ulas durian (terpulanglah pada korang sebenarnya nak letak banyak mana)
Air
Garam


Cara cara membuatnya:
1. Kacang hijau digoreng sehingga kekuningan dan rendam sehingga lembut. Mama rendam semalaman gitu sebab dah malam baru goreng kacangnya. Esoknya baru buat bubur. Ganti air rendaman dengan air baru dan rebus dengan daun pandan sehingga empuk.
2. Masukkan gula pasir, gula merah/gula melaka dan kacau sehingga larut.
3. Masukkan durian dan masak sehingga durian empuk. Mama suka makan biji durian dalam bubur kacang ni sebab tu mama suka masak atas dapur lama-lama.
4. Masukkan santan dan kacau sehingga sebati dengan menggunakan api perlahan. Adjust rasa bubur dengan meletakkan gula dan garam sehingga mencapai tahap kepuasan korang
5. Setelah mendidih, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Boleh dimakan begitu saja atau dimakan bersama roti dan juga boleh dibuat aiskrim. Lebihan bubur kacang durian ni mama letak dalam peti ais dan makan di waktu-waktu panas ni memanglah nikmat hihii..

25 comments:

  1. Alahai kak. My all timr fav ni kak. Rasa nk buat juga je haa bila tgk entri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lah ana.. satisfy the craving Tu hihii

      Delete
  2. cikyan lama tak mkn ni..hmmm..lapar tgk..hahaha

    ReplyDelete
  3. anak saya suka bubur kacang hujau. hari2 cari

    ReplyDelete
  4. alahai kak, lama rasanya tak makan bubur kacang hijau.

    ReplyDelete
  5. Lama betul akak x makan bubur kacang hijau letak durian..sedapnya..skrg x leh nak makan sebab mak akak x leh amik kekacang..kalau nak buat kena buat kat umah sewa nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye la Kan. Kesian Pula pada mak akak.. huhuu

      Delete
  6. aduhh tengok gambarrr..mak aihh sedapnyaa.. :D

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Adda, feveret Kak Sue nie..

    ReplyDelete
  8. alamaakk.. sedap sekali.. saya belum pernah coba klo di mix seperti ini..

    ReplyDelete
  9. Saya belum pernah goreng lagi kacang. Selalu rendam dan rebus. Tentu wangi kalau goreng dulu ya. *

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaa! Weekend ni nak buatlah :)

    ReplyDelete
  11. Baru petang tadi pn is3 buat bubur kacang hijau durian.
    Tapi tak pernah goreng kacangnya. Just rebus aje

    ReplyDelete
  12. ray pernah try a few time. not bad

    ReplyDelete
  13. Ira suka bubur kacang yg baru keluar peti ais.. Hihi..
    Tq share resepi.. Baru tau goreng dulu kacangnya. Ira main rebus je. Hehe..

    ReplyDelete
  14. Aduh sedapnya bubur kacang durian.. Favorite sangat.Kena buat ni.sedap makan bila letak dalam peti .

    ReplyDelete
  15. bubur kacang saja makan...durian tak makan hehehe...

    makan la tapi tak selalu

    ReplyDelete
  16. Uishhhh sedap bubur kacang durian, kalau sejuk keluar dari chiller fuhhh mables!

    ReplyDelete
  17. Yummy.. jom masak bubur kacang ramai2

    ReplyDelete
  18. Jom! Jom! Masak buat minum petang! Heheh ^^ letak durian memang heaven habis! Hahahah

    ReplyDelete
  19. Lama xmkn bubur kacang ..Sedapnya

    ReplyDelete
  20. sedap wei..kalau sejukkan dulu pastu makan.. pehhh

    ReplyDelete

Words of wisdom