Pergi Kota Mahsuri Langkawi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, December 4, 2018

Pergi Kota Mahsuri Langkawi

Sesiapa yang ke Langkawi korang patut Pergi Kota Mahsuri Langkawi. Ye lah kan kalau dah namanya Langkawi, tentu sekali tak boleh dipisahkan dengan Lagenda Mahsuri. Kota Mahsuri merupakan tempat dimana Mahsuri binti Pandak Maya dikebumikan. Kat sini korang boleh melihat artifak serta sejarah  berkenaan Mahsuri maka korang boleh Pergi Kota Mahsuri Langkawi ni. 


Pemandangan di hadapan pintu masuk ke Kota Mahsuri. Ini adalah kaunter tiket.


Harga Tiket bagi Pemegang MyKad Dewasa rm 12.00, Kanak-kanak rm6.00. Tak mahal pun kan.




Apa Yang boleh Dilakukan di Kota Mahsuri

Berikut adalah antara perkara yang korang akan lihat di Kota Mahsuri
  • Melawat makam Mahsuri
  • Melihat senibina rumah Kedah di Perkampungan Kedah
  • Menyaksikan persembahan Gamelan
  • Menyaksikan teater Lagenda Mahsuri
  • Melawat Muzium
  • Meyaksikan Diorama Mahsuri
  • Bergambar di Arca Lembing
  • Melihat perigi Mahsuri


Makam Mahsuri



Pameran suasana dan sejarah Mahsuri ada di paparkan di dalam Muzium Kota Mahsuri ini.


Di Perkampungan Kedah kita boleh masuk dan rasai pengalaman hidup di dalam rumah Kedah. Seronok juga masuk ke rumah Mahsuri dan rumah Penghulu yang besar tu.

Rumah Penghulu. Cantik sekali binaannya

Ini adalah pelan / map di Kota Mahsuri. Boleh lihat kat sini apa yang ada di Kota Mahsuri ini.



Vido Persembahan Gamelan di Kota Mahsuri. Sebenarnya kami sampai ke sini dah lewat. Adik-adik ni dah nak balik dah. Tapi bila nampak kami sampai diorang duduk balik di tempat masing-masing dan main Gamelan khas untuk kami bertiga. Aww.. terharu sangat.. Thanks ye..

Selain dari persembahan gamelan ini korang boleh juga menyaksikan pementasan teater Lagenda Mahsuri hari minggu; Jumaat, Sabtu dan Ahad pada pukul 3 petang. Untung kalau datang weekend.

Kota Mahsuri Langkawi

Untuk ke sini boleh lah ikut alamat dan panduan berikut;

Alamat : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah.

Nombor Telefon : +60 4-955 6055

Waktu Operasi : 8:30 a.m – 6:00 p.m 


Harga Tiket

Pelawat Dalam Negara ( pemegang my kad)
Dewasa rm 12.00
Kanak-kanak rm6.00


Lagenda Mahsuri (Dari en wiki)


Mahsuri adalah anak perempuan kepada pasangan yang berpindah dari Phuket ibunda mereka ke Pulau Langkawi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Dia adalah yang paling cantik dalam semua Langkawi dan berkahwin pahlawan Wan Darus (atau Wan Derus). Namun begitu, suaminya terpaksa berperang dengan Siam menyerang, meninggalkan Mahsuri ketinggalan untuk menjaga dirinya sendiri. Ia adalah pada masa ini bahawa Mahsuri berkawan dengan seorang pengembara muda yang bernama Deraman. isteri ketua kampung Wan Mahura cemburu dengan kecantikan Mahsuri. Dia menyebarkan khabar angin bahawa Mahsuri tidak setia dan mempunyai hubungan sulit dengan Deraman dalam ketiadaan Wan Darus. 

Akhirnya, khabar angin berkembang cukup kuat bahawa penduduk kampung secara terbuka menuduh beliau berzina. Mahsuri mengaku dia tidak bersalah, tetapi tiada siapa yang percaya dia.Mahsuri adalah diikat dengan pokok (atau tiang) dan ditikam sampai mati tetapi ia tidak berjaya. Selepas setiap percubaan pelaksanaan gagal, Mahsuri memberitahu mereka untuk membunuh beliau dengan 'keris' keluarganya. Apabila dia ditikam, darah putih mengalir dari luka, menandakan dia tidak bersalah. Beberapa burung terbang di atas dia untuk menutup tubuhnya. Nafas mati , Mahsuri mengutuk Langkawi mempunyai tujuh generasi nasib malang. Kerajaan ini kemudian diambil alih oleh Siam. Penduduk kampung di Padang Mat Sirat dibakar sawah padi mereka sendiri dan untuk tidak membiarkan membiarkan mereka jatuh ke tangan Siam.

16 comments:

  1. dlu pegi sini ms kecik2...;ama btul tk singgah

    ReplyDelete
  2. pernah pegi langkawi sekali je, tu pun sbb ada kursus kt sana... mmg tak pernah sampai lah tempat ni... ada kesempatan nnti nk pg jgk kt kota mahsuri nih

    ReplyDelete
  3. lama dah masuk rumah mahsuri, yang terbaru belum lagi, mungkin jauh lebih menarik sekarang

    ReplyDelete
  4. masa ke langkawi tahun lepas, mmg ada singgah kat sini...suka tengok adik2 yang main gamelan tu..klasik sangat muzik yg dimainkan...

    ReplyDelete
  5. Masa pergi Langkawi haritu xsempat ke sini. Hehe. Pernah pergi sekali je sini masa kecik dulu.

    ReplyDelete
  6. thn ni p langkawi. tp saje je jln tak bagi abes hehe. nk simpan utk nxt visit pulak hehe

    ReplyDelete
  7. cantik rumahnya tu, suka rumah kayu macam tu

    ReplyDelete
  8. Dah banyak kali pergi langkawi tapi xpernah jejak sini lagi =__='

    ReplyDelete
  9. mana entah hilangnya gambar yang pernah masuk sini... kenangan betul..masa itu anak baru boleh berlari laju...kemain kejar ayam jantan kat situ

    ReplyDelete
  10. Sedih menonton teater Mahsuri masa pergi sana dulu

    ReplyDelete
  11. Pernah masuk sini. Tp makan tu bukan makan sebenar kan kak. Katanya makan sebenar dekat atas bukit.

    ReplyDelete
  12. Sha pergi lama dah.. zaman belajar dulu.. sekarang mesti dah ada perubahan kan..

    ReplyDelete
  13. Rumah mahsuri tu, rumah datuk saudara teman... kerajaan negeri Kedah beli...😏
    Pusara Mahsuri tu untuk pameran je... bukan pusara betul pun.... kikikikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke izni.. mmg best tempat Tu. Rumah cantik.. yg mana satu rumah datum sedara izni

      Delete

Words of wisdom