Landcons Hotel Langkawi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, October 1, 2018

Landcons Hotel Langkawi

Semasa ke Langkawi minggu lepas kami stay Di Landcons Hotel Langkawi selama 3 hari 2 malam. Hotel 3 bintang ni terletak Di Pantai Cenang. Lokasi Landcons Hotel Langkawi memang strategik kerana terletak betul2 berhadapan dengan Underwater World Langkawi Dan berhampiran dengan The Zon Shopping Paradise. Kalau nak shopping sini memang heaven Dan waktu Malam pun Masih boleh jalan2 Dan menikmati keindahan Pantai Cenang kerana kat sini ramai pelancong. Harga coklat di sini not bad murah juga bolehlah kalau taknak ke HIG boleh beli di The Zon ni je.

Landcons Hotel Langkawi
Pemandangan hadapan Landcons Hotel. Cantik kan. Mama duduk di tingkat 2. Boleh berjalan kaki terus ke Factory outlet di sebelah. Kat sini memang anak bujang mama suka sebab WiFi dia laju kihkihkih. 


Landcons Hotel Langkawi
Kami book bilik utk 3 orang. Bilik memang luas dan selesa. Mama book dari Traveloka dengan harga yang berpatutan cuma RM120++ semalam saja tau. Best juga kat sini, bila buka pintu bilik nampak kapal terbang dan helikopter lalu, selalu juga nampak orang naik parachute dari sini 


Landcons Hotel Langkawi
TV dan meja solek. TV channel kat sini cuma basic saja. It's OK lah kan bukan duduk dalam bilik sepanjang masa. Malam aje ada kat bilik tu pun dah penat hihi.. Lagipun ada wifi laju boleh layan online aje kan.. Kat sini ada kemudahan air panas. Yang rare ialah kedudukan shower dia ada kat ceiling hihii

Landcons Hotel Langkawi
Inilah antara sebab mama book hotel ni. Sebab ada pool. Bolehlah anak bujang mama main air kat hotel. Tapi end up dapat main sekejap aje sebab kitaorang lebih banyak berjalan dari stay kat hotel. Jadiklah kan..

Landcons Hotel Langkawi
Ada 2 pool di sini. Satu yang ada gelongsor bagai. Satu lagi sesuai untuk orang dewasa kerana agak dalam juga pool tu.

Di kawasan sekeliling hotel terdapat banyak hotel lain dan banyak restoran Arab, Iran dan masakan India.. Cuma, pilihan restoran melayu tak banyak sangat. Dan harga makanan di area sini pun walaupun masih affordable tapi agak mahal berbanding dengan kedai makan di tempat lain. Walau apapun kalau waktu malam kita masih boleh berjalan-jalan di kawasan sekitar kerana agak happening juga ada ramai mat saleh dan Arab mengambil angin malam di sini. 

Yang bestnya di sini cuma lebih kurang 5 minit walking distance ke Pantai Cenang. Kalau nak berjalan-jalan di tepi pantai Cenang waktu malam pun masih selamat kerana ramai juga yang lepak tepi pantai malam-malam siap ada Candle Light Dinner lagi. 

Satu perkara lagi yang agak mencabar adalah Parking. Disebabkan tiada parking disediakan oleh pengunjung hotel maka kita kena berebut dgn pelancong dan orang lain yang nak parking di tepi jalan. Cuma nasib mama baik kerana everytime nak parking ada tempat kosong. Alhamdulillah... 

Kalau korang nak merasa duduk di sini bolehlah hubungi Landcons Hotel seperti di bawah:

Landcons Hotel Langkawi
16, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya,
07000 Langkawi, Kedah
No tel: 04-953 1100

19 comments:

  1. Next time bila Ekin nak bercuti dekat langkawi.. Boleh lah book hotel ni, nampak macam best je..

    ReplyDelete
  2. Wah.. ada tempat baru nak shopping coklat eh.. menarik hotelnya kalau ada pool.. meati best bawa anak anak sha ke sini..

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik jugak hofel nih kna kak. Kalo pergi Langkawi bolehlah saya book hotel ni.

    ReplyDelete
  4. wah nice review,, nect time gi langkawi bleh masuk dalam list ^^

    ReplyDelete
  5. Hotel baru agaknya ye mama... Rasa pergi 5 tahun lepas takde lagi.

    Murah harga tu, siap asa swimming pool memang berbaloi kan.

    ReplyDelete
  6. wah mama berjalan ke langkawi ye...seronok kan....bestbla hotel ni..nt pegi lgkawi bolehla ambik hotel ni...harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  7. Lama tak ke Langkawi. Sure dh beza giler Pantai Chenang skrg. Nampak selesa sgt kak blk tu. Harga pun murah sgt. Siap ada pool besar lagi. Berbaloi lah kan.

    ReplyDelete
  8. Menarik! Harga pun ok tu,boleh consider bila pergi langkawi lg nnt

    ReplyDelete
  9. Bonde pernah stay sini memang best hotel ni, harga pon tak mahal senang nak pi shopping2 area pantai cenang just jalan kaki jer, kedai coklat dekat dan Mcdonals pon dekat eh rindu nak pi lagi ha ha ha

    ReplyDelete
  10. Wahh!! Menarik swimming pool dia. Boleh letak dlm wish list dulu ni. Hihi

    ReplyDelete
  11. boleh la nak cuba menginap kat hotel ni..boleh letak dalam #bucketlist ni..

    ReplyDelete
  12. Menarik sgt hotel ladcons ni dear, tak sangka sehebat ini, nampak selesa dan ada waterpark gitu...ari tu bulan 6 kami ke underwater world, so dh boleh agak hotel ni dok mana...tq kasi landmark...boleh suggest kot2 rindu nak pi langkawi leh dok sini pula hehe

    ReplyDelete
  13. tak pernah stay kat chenang.. salalu stay kat pekan kuah je hahha

    ReplyDelete
  14. bnyak jugak hotel baru kat langkawi kan. syoknya

    ReplyDelete
  15. Ya Allah bestnye. kalau ray kat sana, rasanya mmg berendam je pg ptg siang malam. heheheh sejenis yg pntg jmpe kolam

    ReplyDelete
  16. thn depan nak ajak mr.asben ke langkawi lah.
    dah rindu ni.
    lama sudah tak ke sana. last kursus thn 2015.
    nak bwk anak2.
    and yes, aida nak stay di pantai chenang.
    dah byk tempat stay menarik situ.
    tepi pantai. havoc. tempat makan byk... ohsem!

    ReplyDelete

Words of wisdom