Makan Di Kak Yan Nasi Campur Langkawi Murah Dan Sedap - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, November 6, 2018

Makan Di Kak Yan Nasi Campur Langkawi Murah Dan Sedap

Rasanya kalau sesiapa yang pernah pergi Langkawi pasti akan Makan Di Kak Yan Nasi Campur Langkawi. Makan Di Kak Yan Nasi Campur Langkawi Murah Dan Sedap. Masa mama ke sini kebetulan saing (eh keluar bahasa johor plak..) dengan 3 bas dari Melaka. Dan semasa mama makan pula ada satu grup bikers motor besar yang berkunjung ke sini. Kat sini pun boleh lihat betapa Kak Yan Nasi campur ni memang menjadi pilihan ramai orang, kan mungkin sebab Makan Di Kak Yan Nasi Campur Langkawi Murah Dan Sedap. Banyak pilihan pula tu..


Inilah lauk kami anak beranak.. Makan nasi campur aje memang sedap dah.. Pula tu makan dengan ulama-ulaman memang menyelerakan lah.. Total bayaran yang kami bayar termasuk air NescafĂ© ais, 3 air kosong (rasanya free) Dan teh o ais adalah RM 24 saja. Murah kan! Bayangkan harga lauk Ayam cuma RM3, telur RM1 dan sayur RM1 saja. Air nescafe dia pula memang sedap tau dan mama percaya air lain juga sedap.


Masa mula- mula mama sampai memang nampak lengang. Tapi baru saja mama masuk kedai tetiba orang penuh dah disebabkan 3 bas tu sampai serentak dgn mama..


Ni adalah anara lauk yang sempat mama snap. Memang banyak pilihan lak di sini termasuklah pilihan ikan bakar, sayuran, ikan, ayam dan sebagainya..


Selain dari itu ada juga mee sup dan beberapa jenis bubur. Dibahagian dessert plak ada pelbagai jenis kek, kuih muih dan buah-buahan.

Walaupun warung ni terletak di tepi jalan tapi parking tak menjadi masalah boleh aje parking di tepi jalan tu. Dan walaupun ramai sangat pengunjung tapi takde masalah juga kerana tempat duduk yang disediakan memang banyak.



Mama highly rekemen korang ke sini


Kak Yan Nasi Campur Langkawi

Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu perniagaan: 9 pagi hingga 4:00 ptg

Telefon: 017-564 3082

12 comments:

  1. sedapnyer mama...mesti selera makan tu kan..kalau lina ni,mesti menambah2 makan hehe

    ReplyDelete
  2. Terus lapar lepas tengok entry Mamapp nie.. Hahaha.. Sedap betul menu dia..

    ReplyDelete
  3. plan nak pegi Langkawi tahun depan.
    boleh lah singgah mkn sini nanti :)

    ReplyDelete
  4. Penuh lauk haa. Sedapnya menu2 tu. Terus lapo Ruby rasa haa, mamaPP.

    Balas kunjung ke sini

    ReplyDelete
  5. lauk ayam goreng sedaaaaaaaaaaaaaaap.........

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak datang kat Langkawi. Kalau datang Langkawi nanti saya singgah makan sini jugaklah

    ReplyDelete
  7. lately ni banyak blogger share kan tempat makan best2 dekat Langkawi, masa saya pegi, saya langsung tak tau tempat makan best kecuali yang mainstream2 macam Nasi Dagang Pak Malau or something like that.

    ReplyDelete
  8. sedapnya tengok menu makanan. Boleh cuba singgah nanti bila ke Langkawi..

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  9. lapar plak bila bc entry mkn2 ni

    ReplyDelete

Words of wisdom