Pergi Wildlife Park Langkawi

Kalau pergi ke Langkawi korang jangan lupa Pergi Wildlife Park Langkawi tau. Banyak sebab kenapa korang perlu Pergi Wildlife Park Langkawi ni. Kalau Ada anak2 mesti diorang suka ke sini sebab kat sini lebih kepada petting zoo.. kalau nak tau lagi kenapa Jom baca..







Baca juga travelog mama ke Pulau Langkawi










Inilah dia pemandangan Dari hadapan Langkawi Wildlife Park atau Dalam Bahasa melayu Taman Hidupan Liar. Dulu tempat dikenali dengan Bird Paradise kerana asalnya ia menempatkan pelbagai jenis burung.



Masa Di pintu masuk saja Kami dah bertemu si musang jinak ni. Syafi memang berani Dan terus Sana dia nak bergambar dgn musang, tak macam mama yang takut kat semua benda haha..



Baru masuk je dh jumpa si raccoon ni Pula. Details mama raccoon biasanya ganas tapi raccoon Yang ni memang sangat jinak Dan pemalu Pula Tu.. comel sangat.



Sempat lagi selfie dengan si ular.. seriau aje mama masa ni ternampak lidah si ular terjelir2 sebelah Tu.. I is takut.. mama x penah lagi pegang ular tau. Sentuh sikit pernah lah..



Semasa Di Dalam Taman burung ini Kami memang happy sangat melayan burung-burung Yang jinak. The sad story is diorg terlalu jinak sampai Ada Yang mati kena pijak. Sebab Tu kena hati2 Di sini. Kalau Kita pijak burung sampai mati nanti kena denda tau.



Kebanyakan haiwan kat sini boleh feed unless ditulis kat papan tanda tak boleh. Ni Yang mama paling suka tentang Langkawi Wildlife Park ni sebab Kita Rasa seronok dengan binatang2 Yang bertindakbalas dengan Kita. Satu lagi perkara Yang mama suka adalah staff Di sini Yang sentiasa Ada Dan bersedia untuk membantu Dan memberi info2. Tempat ni berbumbung so tak risaulah kalau hujan. 



Tu dia Syafi kena serbu dengan rabbits haha..


Mama rekemen sangat korang datang ke sini Dan rasai pengalaman seronok macam mama. Berikut adalah alamatnya Langkawi Wildlife Park. Kalau dah ke sini jangan lupa ke kompleks HIG sebab agak berhampiran juga lah Dalam beberapa km.

Harga tiket Wildlife Park Langkawi:

Harga tiket Bagi Malaysian:

Adult (ages 13 & older) RM24.00
Child (Ages 3–12) RM16.00
Senior Citizen (55 years old & above) RM16.00


Harga tiket Bagi Non Malaysian

Adult (ages 13 & older) RM39.00
Child (Ages 3–12) RM22.00
Senior Citizen (55 years old & above) RM22.00

Harga Bagi Animal Pack:

Murah aje harga animal food pack kat sini. Dalam food pack ni dah ada bermacam makanan untuk kesemua jenis haiwan. Mama beli 4 pack jenuh juga nak habiskan tapi just nice semua binatang dapat merasa makanan kitaorang

Harga animal feed
1 Pack : RM6
2 Pack : RM11
3 Pack : RM15
4 Pack : RM20

Wildlife Park Langkawi

Alamat: Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dai 8:30PG–6:00PTG
Telefon: 04-966 5855

Website: https://langkawiwildlifepark.com/

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Seronok Syafi...tak semua haiwan PC berani pegang kak...banyak yang takut dari berani..kadang ada yang tengok dalam tv je pun dah macam nak pitam....tapi baguslah wildlife park ni..tengok haiwannya mesra sungguh...

    ReplyDelete
  2. menarik ada kawan saya sorang kerja kat situ. MAsa tahun lepas pergi kena musim hujan lebat tak jadi nak ke situ sebab banyak jalan tutup air naik

    ReplyDelete
  3. Wow animal lover lah syafii ni. Suka tengok pic dia dgn rabbits tu. Manja haha...

    ReplyDelete
  4. wah cuti2 malaysia ye mama...bagus juga wildlife park ni kan..nanti bolehla bwk anak2 kesini

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya...
    Kali terakhir ke Langkawi Abby masih kecil lagi rambut kontot bergulung-gulung lagi kat leher hehehe...
    Adik bongsu pernah buat practical di tempat ni, asyik jadi tukang cuci sangkar je hahaha...bagi training kat bakal doktor haiwan.

    ReplyDelete
  6. budak-budak memang memang seronok main dengan binatang..

    ReplyDelete
  7. 2 tahun ke 3 tahun lepas pergi Langkawi tapi sayang tak singgah sini pun huhuhu...

    ReplyDelete
  8. Adoiii..kenapa saya tak tahu tempat ni masa pergi dulu..huhu

    ReplyDelete
  9. Bestnya kalau bawa amani dan imani ke sini..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post