Hidup Sihat Tanpa Maksiat

Mengapa orang yang meninggalkan maksiat akan hidup lebih sihat? Salah satu sebab utamanya ialah jin dan syaitan akan "lari" menjauhi mereka. Syaitan dan jin yang jahat akan akrab dengan pelaku maksiat dan itulah yang menjadi salah satu sebab mereka ditimpa pelbagai penyakit. Gangguan musuh Allah ini terhadap manusia adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Oleh itu, Marilah Hidup Sihat Tanpa Maksiat.


8 Tip Sihat Tanpa Maksiat.


⚫ Ikhlas Bertaubat.

Keikhlasan dalam melakukan taubat akan menghasilkan diterimanya taubat tersebut oleh Allah. Maka bersihlah diri orang yang bertaubat itu daripada dosa dan hilanglah rasa cintanya terhadap maksiat.


⚫ Menjaga Solat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar"

(Surah al-Ankabut 45)


⚫ Berpuasa.

Berpuasa mampu merehatkan sistem penghadaman dalam badan kita. Kerana itu, tempoh rehat ketika kita melakukan ibadah puasa boleh menghindarkan kita daripada penyakit. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "berpuasalah, nescaya kamu sihat" (HR al-thabarani)


⚫ Sibuk Dengan Perkara Yang Bermanfaat.

Waktu yang Allah berikan kepada kita apabila diisi dengan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat, maka tiadalah ruang bagi aktiviti untuk bermaksiat.


⚫ Menjauhi Punca Punca Melakukan Maksiat.

Sekat segala punca kearah maksiat. Tahan diri dan mohonlah pertolongan Allah agar diberikan kekuatan untuk melawan godaan hawa nafsu dan syaitan yang sentiasa mengajak kearah maksiat.


⚫ Menundukkan Pandangan.

Menundukkan pandangan mata daripada memandang yang haram sangat dituntut di dalam islam. Ia adalah faktor penting dalam meraih ketenangan jiwa dan ia juga mampu untuk menundukkan syahwat. 


⚫ Bergaul Dengan Orang Baik

Pergaulan dengan orang yang baik dan soleh akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Disibukkan dengan majlis majlis ilmu dan perbincangan perihal agama adalah kebiasaan bagi orang baik dan soleh. Maka ini akan membantu menutupi ruang ruang kemaksiatan yang boleh berlaku.


⚫ Banyak Berdoa.

Selalulah berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada maksiat. Manusia tidak akan mampu untuk mengawal dirinya sendiri ketika melawan godaan hawa nafsu dan syaitan. Kerana itulah pentingnya berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT.

Sumber asal : Bicara Iman Untuk Tenang - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Terima kasih atas perkongsian menarik

    ReplyDelete
  2. terima kasih ya, mama atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. Thanks reminder..............
    usaha ke arah tu, sangat susah nak istiqamah ~

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua istiqamah dalam kebaikan, amin.. Tinggalkan maksiat dan buat baik pun pasti ada cabaranya, moga Allah bantu kita :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah terima kasih perkongsian. hidup sihat badan pun cerdas. ni jugak dapat manfaat. boleh la kita makin khusyuk untuk beribadat kepada Allah Taala :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih untuk peringatan kak adda.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post