Pergi ke Muzium Laman Padi Langkawi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, November 22, 2018

Pergi ke Muzium Laman Padi Langkawi

Kalau ke Langkawi korang jangan lupa Pergi ke Muzium Laman Padi Langkawi tau. Almaklumlah Langkawi ni terletak di negeri Kedah yang terkenal dengan sawah padinya. Memang kalau ke sini terbentang sawah padi di sana sini walaupun ianya hanya sebuah pulau. Sebab Tu lah korang kena Pergi ke Muzium Laman Padi Langkawi. Ia terletak Di Laman Padi, Langkawi 


Pemandangan dari Hadapan Galeri Padi. Ada buaian di depannya bolehlah main sambil keringkan peluh lepas jalan-jalan di luar galeri ni.

Sebenarnya tempat ni boleh tahan besar juga. Di luarnya berkonsepkan suasana desa yang indah dan menghijau.  Paling best sebab bayaran masuk ke sini adalah FREE saja. Di samping itu, terdapat banyak juga tanaman yang menarik dan eksotik.

Ada kemudahan seperti surau, tandas Dan gazebo untuk berehat. Di sini juga Ada restoran Laman Padi tapi Kami tak jadi makan sini sebab kurang kena dengan taste buds ayah Syafi hehehe.. ramai kata sedap tapi Tu la mama x dpt merasa lagi..

Pemandangan indah sawah padi.

Sawah Padi lagi. 


  
Ini adalah keadaan di dalam Galeri Padi. Awas jangan di sentuh tanduk kerbau itu sebab mama rasa pernah ada org patahkan tanduknya Dari krsan yg mama lihat. Sebab tu kot ada tanda amaran tu.

Di sini kita dihidangkan  dengan penerangan berkenaan penanaman and penuaian padi. Terasa juga suasana Di tepi bendang dengan contoh seperti permainan kampung tradisi seperti congkak, layang-layang, gasing Dan sebagainya. 


Banyak juga gambar Yang Kami ambil kat sini sebab pemandangannya sangat cantik. 




Kalau korang ke sini bolehlah ikut alamat berikut

Laman Padi
Alamat: Jalan Pantai Cenang,
Pantai Cenang,
07000 Langkawi,
Kedah
Telefon: 04-955 3225

Bayaran Masuk : FREE

9 comments:

  1. masa pergi langkawi sebelum ni tak penah lak terfikir nak lepak kat sini.

    ReplyDelete
  2. nanti ke Langkawi nak singgah di sana la.

    ReplyDelete
  3. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    ReplyDelete
  4. Ok dekat sini Ana dah pernah sampai. Dapat lah info2 yg sebelum ni kita tak tahu kan.

    ReplyDelete
  5. LZ tak pernah sampai sini lagi mama pipie.. Biasa ke Langkawi pergi mall memang tak cukup masa singgah tempat-tempat begini.. Kena repeat lagi nampaknya sebab banyak tempat belum habis pusing..

    ReplyDelete
  6. Alaa rugi plak tak pergi situ masa ke Langkawi dulu

    ReplyDelete
  7. Kalau bawa anak anak, best nie.. boleh belajar.. dah makin banyak tempat menarik..

    ReplyDelete

Words of wisdom