Resepi Nasi Minyak Gulai Ayam Terengganu Style dari Izafiza - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, May 12, 2020

Resepi Nasi Minyak Gulai Ayam Terengganu Style dari Izafiza








First time mama dengar Ada nasi minta versi Terengganu rupanya. Boleh dicuba nanti. Ni mama copy dari blog Iza


Resepi nasi minyak gulai ayam Terengganu style



Di Terengganu lazimnya nasi minyak dimakan dengan kuah gulai ayam, acar timun dan sambal belacan. Kalau ada ikan kering lagi ngam lah. Ni merupakan lauk kegemaran saya kalau nak masak nasi minyak. makan memang bertambah-tambah. Okey jomlah tengok macam mana cara-caranya.




Resepi Nasi Minyak



Beras Basmathi 3 cup
 ( Sukatannya 3 cup beras = 3 cup setengah air + 1 cup susu cair)
Minyak masak setengah cawan
Planta 1 1/2 sudu

Kayu manis 1 batang
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 7 biji
Bawang besar 1 biji - hiris
Bawang putih 4 ulas - ketuk
Halia 3 inci - ketuk
Daun pandan 4 helai - simpul
Garam 2 sudu kecil.

Masukkan minyak dalam kuali diikuti planta. Lepas tu tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. Seterusnya masukkan bawang putih, bawang besar, halia dan daun pandan.  Kacau sampai naik bau yang harum semerbak. Jangan sampai hangit pulak bawang tu yer.

Masukkan air dan susu. Dah mendidih masukkan garam. Lepas tu tuang dalam rice cooker yang ada beras yang dah dibasuh tu. Kacau-kacau sikit tekan on suis. Nanti dah masak cucuk tiga lubang guna chopstick. Masuk kan pewarna kuning. Biar kejap pastu gaul nasi tu. Tapi kalau tak suka pakai pewarna pun terpulang.







Resepi Gulai Ayam




Ayam dibasuh bersih

Santan

Kayu manis 1 batang
Bunga lawang 5 biji
Buah pelaga 7 biji
*Bawang besar 1 biji
*Bawang putih 3 ulas
*Halia 2 inci
*Lengkuas 1 inci
Cili boh 4 sudu / blend cili kering
Rempah gulai 2 sudu
Kerisik dua sudu
Ubi kentang


Masukkan minyak, dah panas tu masukkan cili boh. Gaul sampai garing. Lepas tu masukkan kayu manis, pelaga dan bunga lawang. Kemudian baru masukkan bahan-bahan bertanda * yang dah diblend dan rempah gulai. Rempah ni saya beli kat pasar siap dah.. Bila dah naik bau masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul dulu kejap pastu barulah masuk santan dan air. Masukkan kerisik. Kerisik ni menyedapkan rasa kuah tu. Bila dah mendidih boleh masukkan garam, gula dan perasa.



Ok done. Resepi simple tapi sedap. Selamat mencuba.

9 comments:

  1. Biasanya makan nasi minyak dengan ayam masak merah. Tak pernah lagi jumpa nasi minyak dengan gulai ayam. Versi berbeza ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama.dgn mama la.jnnah.. first time she Nasi Minyak.ganu

      Delete
  2. boleh la nak rujuk sini bila nak try buat nnt

    ReplyDelete
  3. Jom Kita Cuba ramai2 resepi ni

    ReplyDelete
  4. Sedap ni nasi minyak. musim pkp xde kenduri kahwin kena masak sendiri lah kalau nak makan.. boleh cuba resepi ni

    ReplyDelete

Words of wisdom