Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Redang Terengganu, Tips, Itinerary Dan Harga Pakej - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Thursday, November 21, 2019

Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Redang Terengganu, Tips, Itinerary Dan Harga Pakej

Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Redang Terengganu, Tips,  Itinerary Dan Harga Pakej. Punyalah lama entry ni tersangkut dalam draft. Alhamdulillah plan mama adik beradik untuk bercuti bersama-sama akhirnya terlaksana jua.. itu pun kami terkilan sebab last minute adik bongsu Tak dapat cuti.. so, Tak lengkap jugalah harapan nak berkumpul semua.. ramai dah tanya so sini mama story tentang kami yang Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Redang Terengganu, Tips, Itinerary Dan Harga Pakej. Kalau nak baca Review Redang Lagoon Pulau Redang Kuala Terengganu boleh klik kat situ ye..


Rinduny dengan Pulau Redang. Lepas bercuti clear kepala  macam kena detoks pula. 


Kami pilih percutian di Pulau Redang sebab ia adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Perjalanan dari Jetty Syahbandar ke Pulau Redang makan masa 1jam 35minit. 

Sebelum tu mama nak share itinery kami di Pulau Redang..



Itinerary 3 Hari 2 Malam di Pulau Redang






Day 1

0900 • Ferry ride from Shahbandar Jetty or Merang Jetty, Kuala Terengganu to Redang Island
1200 • Check-In
1230 • Lunch
1430 • Snorkelling
1630 • Afternoon Tea & free and easy
1900 • Dinner/BBQ

Day 2

0730 • Breakfast
0930 • Snorkelling trip to Marine Park and/or visit the architecture fishing village
1230 • Lunch
1430 • Snorkelling
1630 • Afternoon Tea & at leisure
1900 • Dinner/BBQ


Day 3

0700 • Breakfast
0930 • Check-Out
1030 • Ferry ride from Redang Island to Shahbandar Jetty or Merang Jetty, Kuala Terengganu




Harga Pakej Pulau Redang







Ni Quotation yg kami terima (tanpa 6% gst).. pls note, harga akan berubah mengikut peak days, etc.

Dewasa: RM300 (warga emas pun harga sama ye)
Kanak2: RM150.00
Infant (baby-3 tahun): FREE

Harga Sewa (bayar di resort): Life jacket: RM 10, Snorkeling Mask: RM 10


🌴 PACKAGE TERMASUK🌴
🌀2 way ferry transfer from Shahbandar Jetty - Redang Island - Shahbandar Jetty
🌀2 nights accommodation in air-conditioned room, with bathroom attached and hot shower.
🌀Complimentary of 2 deep sea boat snorkeling trip
🌀Complimentary of 1 snorkeling at Redang Marine Park
🌀Meals : 2 breakfast, 2 lunch,2 tea-break, 1 dinner & 1 BBQ
🌀6% GOODS AND SERVICE TAX(GST)

🌴 PACKAGE EXCLUDES🌴

Marine Conservation fee (Wajib bayar semasa di jeti):
  • Malaysian : RM 5/Adult @ RM 2/Child
  • Non-Malaysian : RM 30/Adult @ RM15/Child
Optional Snorkeling di Kampung Penyu RM 35 per pax (Bayar semasa di Resort).


Tips Bercuti di Pulau Redang






Open sea snorkeling. Dalam Ni Tau kaki Tak jejak weh. 


Parking Kereta di Parking Jeti Syahbandar

Korang boleh parking kereta di jeti Shahbandar. Mama cadangkan korang guna parking berbayar. Parking ni terletak di hujung selekoh (ala.. boleh jumpa, dun worry senang nak cari), Parking ni terletak dalam kawasan berpagar. So agak selamat lah nak tinggalkan kereta beberapa hari. Kalau tak silap sehari dia charge RM10 je satu malam. Managament jeti Syahbandar ni under Marine Park (Jabatan Laut). Jangan parking kat luar tu bahaya takde siapa jaga.

Jangan Bawa Barang Banyak2.. 

Kalau ikut pakej yang mama ambil dari Redang Lagoon Resort ni dah lengkap dengan makan 4 Kali sehari, so korang takkan sempat rasa lapar pun. Cuma Kalau nak bawa pun Bawa 3-in-1 sebab air yg disediakan kat sini cuma teh dan kopi O je. Jajan pun kami tak makan. Kalau lapar ada juga jual keropok lekor, air etc di tepi pantai (ada warung). Make sure beg korang tak terlalu berat, kalau tak korang akan menyesal tau. Percayalah! Tak perlu bawa baju glemer-glemer, bawa pakaian renang yg mencukupi. Mama bawa satu set je baju renang.. setiap kali lepas pakai, basuh tangan dan jemur depan chalet. Jimat. Apapun terpulanglah pada korang. Kalau bawa berat-berat nanti sendiri yang menanggung hihi..

Bawak Toiletries 

Resort tak sediakan toiletries maka, silalah bawa sendiri toiletries asas seperti shampoo, bath foam, ubat gigi dan berus gigi. Bawa sabun buku juga untuk basuh baju (in case kalau korang nak recycle baju).

Pakai Selipar Jepun/ atau Kasut Getah

Sila pakai selipar jepun atau kasut getah dari rumah. Seperti mama cakap tadi, tak payah nak glemer sangat bercuti di pulau ni nak pakai heels bagai. Sampai sini terus jejak pasir dan air masin.. Lebih praktikal korang pakai selipar terus.

Bawa Sunblock

Ini sangat penting. Almaklumlah cuaca memang panas litlit so kenalah bawa sunblock. Kalau tak pakai nanti balik rumah orang tak kenal plak.. Nampak gigi je kang.. So, jangan lupa your sunblock. Kalau sunburn sakit kulit kita so kenalah prepare awal-awal ye. Boleh baca Tips jika kulit terkena sunburn in case korang nak tau tips mudah jika terkena sunburn.

Jangan Pergi Waktu Monsoon

Snorkeling do Taman Laut

Jangan pergike sini bulan November - January sebab ni musim hujan. Nanti nyesal tak boleh enjoy aktiviti macam mama.. In fact ada juga yg chalet tutup waktu ni tau.

Bawa Bagpack

Jeti ni kadang2 feri stop di simi.. kadang2 dia turunkan Kita dalam air Dan Ada masanya Naik dari pasir. So bayangkan kalau bawa beg roda cane ye.

Lebih sesuai korang datang sini bawa bagpack. Sebab sampai Redang korang akan terus jejak ke pasir. So, macam mana nak seret beg tu kan. Ada beberapa chalet/hptel saja yang sediakan transport untuk angkut beg. Itupun yang hotel ujung-ujung yang jauh dari jeti. Kalau duduk berdekatan jeti lamat korang kena menapak je. Ada masa kita kena pindah feri juga so, bagpack lagi practikal. Tapi kalau korang nak bawa beg roda juga takde masalah.. Terpulanglah.. Ramai aje yang bawa beg roda.


Perkara Kena Bawa Semasa Pergi Snorkeling

Video snorkeling Di Pulau Redang

Air mineral
Bawa air mineral sebab lepas mandi air masin opkos akan tertelan juga air masin tu kan. Nanti tekak pedih dan hauh maka bawalah air mineral.

Bawa Roti dari Rumah
Korang bawaklah roti slice dari rumah dan semasa nak pergi snorkeling korang masukkan isii roti dalam botol. Rugi kalau tak bawa roti sebab bila korang bawa makanan ikan akan lagi sayang kat korang haha.. Bila letak dalam botol mineral tu maka roti takdelah lembik sebelum waktunya. Satu lagi cara yang mama guna ialah bawa roti dalam plastik roti. Tapi korang kena pandai-pandai lah jaga jgn sampai plastik tu masuk air.

Pakai Stokin Pantai
Er.. betul ke stokin pantai namanya.. Mama tak beli stokin ni sebelum pergi. Last2 mama jadi nyesal pula sebab kalau korang snorkeling di Taman Laut, korang akan turun di pantai. Kat situ ada banyak batu karang/ corals. Syafi dan Ayah Syafi kaki luka masa kat sini. Maka, belilah Stokn pantai yg boleh kena air tu ye untuk protect kaki

Bawak Waterproof Bag
Sila bawa waterproof bag especially kalau korang ada bawa handphone / gadget electronik. Sebab dalam bot lagi kita dah terpercik-percik air laut. Sayang kalau rosak. Jangan lupa juga protect handphone korang dengan waterproof hp yg sesuai. Jangan jadi macam ayah Syafi.. Habis Handphone Mi Max dia rosak dan takde harapan untuk repair. Kesian...


Kemain seronok Ammar,anak sedara mama main air sambil berenang dengan ikan.

Duit tak perlu bwk byk. 

Kami bawak sikit je untuk beli makanan ringan, air kelapa, eskrem, survenior. Haha Air kelapa dia fresh tapi xde ais RM10 sebijik kami share je 3 org. Keropok lekor 2btg singgit. Sedap jgk. Ptg2 mkn hadap laut. Nikmat!

Souvenir 

Souvenir di sini memang terhad.. setahu mama Ada 2 je souvenir shop Kat sini. Satu berdekatan dengan Redang Beach Resort iaitu di Summer Point. Tapi mama syorkan  beli di souvenir shop di Redang Bay Resort sebab Ada jual bundle utk keychain. Harga baju Dan harga keychain per pc agak Mahal. Tak byk pilihan fridge magnet. Kalau korang nak cari fridge magnet Redang mama ada nampak ada dijual di Pasar Payang RM3 aje tau, ada yg  3 RM 5, Murah sgt berbanding beli di Redang.


Redang Island. Tengok sunset Dan sunrise sangat menenangkan hati


Harap bermanfaat sharing mama ni.. Mudahkan mama juga utk refer Di masa Akan datang.

21 comments:

  1. bestnya Mama cuti² ni. Masuk wishlist Pulau2 ni.

    ReplyDelete
  2. Cantik pulau redang ni, inshaAllah akan sampai satu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. bila lah nak sampai sana, cantik sungai pulau redangnya... pantainya, lautnya cantik betul

    ReplyDelete
  4. Cantiknya pulau redang, antara pulau yg masih gagal utk Fiza jejaki...

    ReplyDelete
  5. Wow nampak sangat menarik.. Bolehla plan bawa anak-anak pergi masa cuti sekolah

    ReplyDelete
  6. Teruja nak ke Pulau Redang weh! X jauh dari Kelate ni.

    ReplyDelete
  7. rindu sangat nak pergi snorkeling ni.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya mama dapat bonding dengan adik beradik.

    Selalunya time raya je dapat berkumpul, itu pun kadang2 tak cukup sebab ada yang balik ke rumah mertua

    ni dapat bercuti sama2 memang bestla. Terbaik 👍🏻

    ReplyDelete
  9. kalau dah tengok view macam ni rasanya tak nak balik ke rumah lagi apa daya duit dah kurang he he

    ReplyDelete
  10. Cantiknya Pulau Redang. Dah lama teringin nak pergi tapi belum ada rezeki lagi.

    ReplyDelete
  11. cantiknya. insyaallah if ada rezeki nak pergi dgn family

    ReplyDelete
  12. Tak habis lagi sebenarnya mama ni.. still X move on Dari Pulau Redang hihi..Lepas ni tgh Cari destinasi nak kemana pula

    ReplyDelete
  13. Nice place tapi belum sampai lagi ke sini.

    ReplyDelete
  14. Best kan Redang mama...tak payah gi oversea

    ReplyDelete
  15. wow!

    wow!

    wow!

    best nyer.
    next year memang nak ke pulau, mamapp.
    sebelah pantai timur.
    anak2 pun dah big enough. da boleh bwk teroka pulau.
    snorkeling. wow! best nyer!

    ReplyDelete
  16. Bestnya Redang Island. Dah lama planning tapi tak pernah dapat rezeki kesana lagi.
    Jangan kata Pulau Redang, Terengganu pun tak pernah sampai lagi.
    Saya dah tulis balik pakej ni dekat notebook saya mana tau ada rezeki kesana nanti, takdelah tercari-cari.

    ReplyDelete
  17. Selepas 4 Bulan.. mama.dah mulantgk gambar Redang, buat wallpaper komputer gambar Redang.. apakah maksudnya haha

    ReplyDelete

Words of wisdom