Review Redang Lagoon Pulau Redang Kuala Terengganu

Review Redang Lagoon Pulau Redang Kuala Terengganu. Dah sebulan mama pergi ke Pulau Redang tak tau lah kenapa lambat sangat nak update tentang percutian adik beradik mama  yang awesome tu.. Ni mama baru nak buat Review Redang Lagoon Pulau Redang Kuala Terengganu, tempat kami stay selama 3 hari 2 malam? Best ke tak best? Tentulah best sangat-sangat stay di Redang Lagoon. Amat berbaloi..

Baca lagi tentang Redang di sini. Tips lengkap, itinery Dan harga pakej Redang klik link Di bawah:






Bangunan reception, Tempat ambil jacket Dan snorkel Dan Tempat makan.. Redang Lagoon Ni berkonsepkan chalet Dan Tempat Ni mengadap laut.  Kalau nak ke Pulau Redang resort sangat terbaik yg Ada tukang masak islam cuma Redang Lagoon Dan Redang Laguna saja.. Tempat ni selalunya fully bool so korang kena booking awal-awal tau


Waktu makan Dan harga sewa bagi jacket Dan peralatan snorkeling. Jangan hilangkan peralatan sewa tu nanti kena bayar berganda you.

Ni bilik hotel kami, jangan expect bilik hotel 5 bintang ya. Macam bilik hotel yang ok di shah alam.. mama tempah bilik quadruplet. Kat tingkat bawah Ni Ada 1 katil queen Dan satu single. Bilik ni dilengkapi aircond dan air panas di bilik air. Jangan expect lelebih bilik di Redang Lagoon. So-so aje tapi biasalah kat pantai mmg gini kut






Di tingkat atas pula Ada 2 tilam single. Tingkat atas Ni macam loteng.. mama bawa turun 1 tilam so semua tidur di bawah je. Kat atas Ni takde air-cond cuma Ada kipas. Lagipun tangga dia agak mengerikan.. Tangga kurang lebar yakni tak muat kalau letak tapak kaki kat situ.. Syafi dgn ayah Syafi kan jenis kaki besar. so baik lah kami tidur bawah saja..

Pemandangan waktu makan.. chalet mama berhadapan dengan Dewan makan.. bila Waktu makan nanti Ada staff ketuk2 buluh berjalan di tengah lorong chalet dari depan hingga belakang sampil panggil... Makan.. makan...". Mula2 Rasa kelakar juga sebab macam duk asrama plak... Sekarang rindu plak suasana tu. Mama puji makanan sini sedap.

Kalau time Snorkeling dia akan ketuk buluh dan panggil "snorkeling.. snorkeling.." 

nom nom.. walaupun kami ramai2 dtg sini tapi Waktu makan biasanya kitaorg dpt jumpa sekali..

Selama 3 Hari 2 Malam kami memang Tak risau bab makanan sebab makanan semua masuk dalam pakej.. 4 Kali Makan sehari Tau.

Lautnya biru kehijauan dan pasirnya halus dan putih bersih. hanya di hadapan resort.. lapang fikiran


Ada banyak gazebo/pangkin di depan resort. Memang mendamaikan. Selepas subuh, Waktu petang lepak sini lihat matahari Naik, tenggelam Dan mencuci Mata lihat ciptaan Allah. release semua tension dan stress mama

Bukti mama.selalu lepak pangkin tgk laut.. Masa malam je x ambil gambar.. ni gambar Kat ig mama. Kalau malam2 Boleh lihat lampu Dlm air dari jauh . Tu org diving yg diving Waktu malam

Malam pertama kami Ada BBQ yg disediakan oleh pihak resort. Mama and the gang cuma membakonya aje.. puas hati, Ada ayam, ikan, sotong..


Waktu malam pula kami jenjalan kawasan pantai.. walaupun Dlm chalet takde TV tapi betul kata ejen yg mama contact tu...dia kata Tak sempat pun nak tgk TV sebab byk aktiviti. Lagipun Ada wifi Kat sini walaupun di bilik x kuat tapi kat Dewan makan signal ok. LIne maxis, umobile semua OK hatta atas laut pun mama ada line. pelik gak

Rindunya...

Package itinerary

Ahli lengkap rombongan kami.. Masa Ni nak bertolak utk Snorkeling ke Taman Laut aka Marine Park. Baru full house. Cuma mak mertua mama je tak ikut. Dia kurang sihat lagipun kurang sesuai la org tua pergi snorkeling. Agak bahaya. Lagipun ada masanya kita turun bot di dalam air juga.

Overall memang puas hati duduk di Redang Lagoon.. Staff semua friendly.. Cuma mama syorkan snorkeling team tlg spend masa sikit utk ajar beginner macam mama untuk snorkeling.. nak harap syafi dgn ayah dia dah macam anak ikan. terjun bot terus ilang terus lupa kat mama ni huhu.... Kat sini terasa suasana dikampung.. 


Sambil tu boleh layan video snorkeling mama kat sana.. 3 kali pergi snorkeling. Ada pilihan untuk snorkeling ke kampung Penyu tapi mama tak pergi


Sini mama share detail Redang Lagoon.. highly recommended by mama..

Redang Lagoon

Alamat: Pulau Redang, Terengganu Darul Iman, Malaysia.
Tel: +609-666 5020/18
Fax: +609-666 5019
E-Mail: admin@redanglagoon.com
Website: http://www.redanglagoon.com/

Contact Person yang mama contact ialah Syikin. No hp: 010-4163665. Highly recommended. Syikin memang sangat sabar melayan semua pertanyaan mama yang berulang2. Syikin ni ejen. Walaupun tugas dia dah selesai selepas mama setel booking tapi dia masih whatsapp folo up mama bertanyakan mama di mana pada hari kami berangkat ke Redang. Masa tu mama dah ada atas feri.. Memang puas hati deal dgn syikin.


Banyak dah tulis ni.. Nanti mama share pula tentang tips, harga pakej, itinery Dan aktiviti di Pulau Redang pula ye.. Nanti mama sambung post lain plak..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. Thank you Mama share, memang plan nak ke sini nanti. Tapi ni dah hujung tahun rasa ombak besar kan kalau jenis nak ke pulau ni..
    Lin save nombor tu dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila save no tu Lin.. tapi janganlah pergi hujung tahun.. mama Rasa ujung tahun resort pun tutup.. monsoon sgt bahaya

      Delete
  2. Seronoknya berenang- renang snorkeling ha...tak pernah sampai lagi Redang...boleh la plan nanti bila free...

    ReplyDelete
  3. lama dah teringin nak ke redang tapi terpaksa tangguh lagi rasanya..hihi

    ReplyDelete
  4. seronok ikut pakej, semua disediakan, takyah fikir, sediakan duit je..

    bestnya..under the sea..

    ReplyDelete
  5. eh bagusnya tu mamapp siap ada pakej yang sangat tersusun...semua benda sistematik walaupun ramai pengunjung chaletnya..

    ReplyDelete
  6. Bestnya Adda, tq for sharing.. Abang Man rasanya ada plan nak pergi sini tapi asyik tergendala aja. Boleh lah rujuk sini kalau jadi nak pergi nanti..

    ReplyDelete
  7. tk pernah smp lg pulau redang..slalu tgk kwn2 update...ada rezeki nk juga pegi

    ReplyDelete
  8. Cantiknya gambar tepi laut tu kak. Tenang tengok. Aish bila lah nk ke pulau redang ni.

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat bercuti di pulau. Saya tak pernah lagi ke Pulau Redang.

    ReplyDelete
  10. bestnya mama.. semuaall in.. tak yah nak fikir dah pasal makan dan aktiviti.. teringin juga nak ke sini.. tapi tu lah.. Sha nie takut sangat berada di udara dan laut.. adoi..

    ReplyDelete
  11. dah lama pasang impian nak ke sini... best nya dpt bersnorkeling...

    ReplyDelete
  12. Terasa nak repeat redang bila mama baca entry sendiri haha... Semoga bermanfaat buat yg tgh survey pulau redang.. memang best sgt redang Korang kena pergi at least sekali

    ReplyDelete
  13. Rindunya nak pergi Redang Lagoon lagi, honeymoon kitorang dulu tidur kat sini jugak. Tapi time tu takde lagi orang ketuk-ketuk buluh panggil time makan dan snorkel. Kena pandai2 bajet masa sendiri dan keluar ikut waktu, kalau lambat terlepas naik bot pi snorkeling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke.. tahun berapa dulu pegi. sekarang lebih mudah sebab semua dah ada dalm pajek..

      Delete
  14. Bestnya tengok akao snorkeling. Saya kena tunggu anak anak besar sikit baru boleh bawa diorang datang sini.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post