Review Hotel 88 Chukai Kemaman Terengganu - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, July 22, 2019

Review Hotel 88 Chukai Kemaman Terengganu

Kami telah menjadi penghuni di Hotel 88 setelah terlibat dengan eksiden di LPT2 last week. Kalau nak baca tentang eksiden tu boleh klik sini http://www.mamapipie.com/2019/07/kami-accident-di-highway-lpt2-kerteh.html Maka tersadai lah kami di sini selama 3 Hari 2 Malam. Kat sini mama nak Review Hotel 88 Chukai Kemaman Terengganu.. budget hotel ni berdekatan dengan Bengkel Kereta Kemaman Dan recommended by staff BKK Aloong. Review Hotel 88 Chukai Kemaman Terengganu.

Front desk di lobi hotel. Kami sampai dah malam Masa Ni. 

Keadaan di luar hotel yang terletak dalam bangunan rumah kedai



Antara pilihan bilik yang Ada. Kami ambil bilik yang Ada katil 2 Queen. Harga RM 135 satu malam.. yang menariknya hotel ni Boleh buat late check-out dengan Bayaran Hanya RM 10 untuk setiap tambahan jam. Maksimum sampai kul 6petang.. first time mama jumpa hotel yg Ada late check-out ikut jam macam Ni.. very nice

Ni Lah bilik kami.. simple tapi selesa

Almari pakaian yang simple 

Turut disediakan meja solek, kettle, air mineral Dan 3-in-1. Indocafe lagi Tau.. 

Ada air heater di bilik air. Best..

Towel pun Ada disediakan

Sabun May.. shampoo takde disediakan

Ada siaran astro juga

Ni harga bilik2 di hotel ni

Di lobby Ada sofa untuk berehat Dan membaca suratkhabar



Ini adalah detail hotel 88 Chukai.. kedudukan hotel Ni agak strategic. Hanya bersebelahan dengan 7 eleven Dan 2 kedai makan melayu. Byk kedai makan Kat area Ni tapi byk kedai makan Cina. Ada supermarket tunas manja within walking distance. Dobi pun Hanya selang 2-3 kedai je.. very convenient Kan..

Kat sini adalah details Hotel 88. Mama try Cari online Masa nak booking Tak jumpa. So, walk in Dan book je hotel mcm biasa. 

Hotel 88 Cukai Kemaman Terengganu

LOT 14266 - 14267 , JALAN JAKAR, CHUKAI, 24000 Chukai, Terengganu
No tel: 09 8598333

12 comments:

  1. Banyak kemudahan disediakan. Berbaloilah bayar RM 135 dengan apa yang disediakan.

    ReplyDelete
  2. dana biasa nampak hotel ni kalau otw balik ke kl,tgk pada faciliti nya mmg best jgk wlaupun hotel bajet...

    skrg dh banyak hotel bajet yg selesa dengan harga yg murah kan... kadang servis lg bagus dr hotel berbintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana.. oo selalu lalu sini ye.. not bad Lah hotel bajet murah Dan selesa mcm Ni

      Delete
  3. okay sangat kalau nak bermalam yer... tak kisahler yang penting kita nak berehatkan...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kak. Lepas ini kalau Naim ke sana. boleh 'check in' di sini hehe

    ReplyDelete
  5. Nampak selesa Hotel 88 nih, nanti pergi terengganu bolehlah menginap dekat sini

    ReplyDelete
  6. oklah harganya tu. sbb tampak selesa dan bersih

    ReplyDelete
  7. Kalau nak hotel harga murah Dan selesa utk tidur Dan berehat pada mama hotel 88 Ni ok je kan

    ReplyDelete
  8. bilik nampak selesa dan bersih kak. harga pun reasonable. lokasi pun strategik kan.

    ReplyDelete

Words of wisdom