Resepi Bubur Lambuk Terengganu Mudah dan Sedap - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, December 21, 2018

Resepi Bubur Lambuk Terengganu Mudah dan Sedap

Tak sangka mama yang hantu makanan ni rupanya masih banyak lagi makanan yang mama tak explore lagi. Ternyata masakan Terengganu yang dimasak bersama-sama officemate mama mengikut Resepi Bubur Lambuk Terengganu Mudah dan Sedap ini memang sedap. Memang mudah dan sedap sangat. Sesuai dimakan seisi keluarga atau untuk menjamu orang pun boleh. Menurut rakan mama, bubur ini juga sesuai untuk orang berpantang selepas bersalin dan sesuai untuk melawaskan perut kita. Mudah saja penyediannya. Jom tengok Resepi Bubur Lambuk Terengganu Mudah dan Sedap.

Resepi Bubur Lambuk Terengganu Mudah dan Sedap
Resepi Bubur Lambuk Terengganu

Syarat utama nak buat bubur ni kena ada pucuk midin. Kalau takde, maka akan ada kekuranganlah bubur ini. First time mama mendengar nama pucuk midin ni sebenarnya. Rupanya pucuk midin adalah pucuk paku yang berwarna merah. So, kalau nak buat bubur ni korang kenalah cari dulu pucuk midin dan daun-daun yang diperlukan tau. Mujur pucuk midin kami jumpa ada dijual di pasar moden seksyen 6. 

Jom lah tengok resepi:

Resepi Bubur Lambuk Terengganu

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 cawan beras

3 ekor ikan selayang / ikan sardin
6 ulas bawang merah - di tumbuk (kena tumbuk dengan lesung baru sedap. Ini adalah petua kawan mama)

2 sudu besar lada hitam biji - ditumbuk menggunakan lesung juga ye, baru sedap. Kalau tak suka pedas boleh kurangkan sukatan.
1 inci halia - ditumbuk sekali dengan bawang merah. kalau tak letak pun takpe. Kalau nak letak bawang putih letak sebiji dua saja dah cukup.
1 batang serai diketuk
4 biji kentang - potong ikut kesesuaian

Santan dari 1 biji kelapa - kalau suka lemak boleh tambah lagi
1 kiub pati ikan bilis
Asam keping
Air dan garam secukupnya

Sayur-sayuran (dipotong dan dibasuh dahulu) :
2 tangkai Daun kesom
2 tangkai Daun kadok

1 ikat daun midin
1 biji lobak - potong ikut kesesuaian

*boleh letak seafood seperti udang dan sotong kalau nak

Cara memasak:
  1. Ikan direbus dengan asam keping dan garam. Lebih kan sedikit garam pun takpe. Keluarkan ikan dan asingkan air rebusan.
  2. Ikan yang telah direbus tadi dibuang tulang dan isinya diracik-racik halus. Boleh juga dijadikan sebagai lauk. Kalau nak buat lauk boleh rebus ikan lebih sikit dan kemudian goreng ikan tu. Buang tulang dan isi ikan tabur di atas bubur masa nak makan nanti   
  3. Masukkan air rebusan ikan tadi ke dalam periuk bersama beras, serai, kiub ikan bilis dan bahan yang ditumbuk (bawang, lada hitam, halia, isi ikan). Masak beras sehingga lembut.
  4. Masukkan kentang. Apabila bubur sudah agak kering masukkan santan. 
  5. Masukkan sayur-sayuran dan perasakan dengan garam secukupnya. 
  6. Tutup api bila sayur sudah layu.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Mudah saja kan.. Memang sedap makan bubur ni tau. Selain dari sedap, berkhasiat pula tu. Bila makan pucuk midin yang kenyal-kenyal tu mmg terasa lagi la berselera. Selamat mencuba!

9 comments:

Words of wisdom