Review White House Homestay Ipoh Perak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, January 27, 2021

Review White House Homestay Ipoh Perak

Assalamualaikum semua.. Harini mama nak buat Review White House Homestay Ipoh Perak. Very short vacay bagi kami sekeluarga. Pada mulanya kami plan untuk stay di Ipoh selama 3 hari 2 malam tapi disebabkan ada function di sekolah anak mama, maka mama sekeluarga pergi hari kedua. Adik beradik yang lain pergi dari hari pertama.






Kenapa Ipoh? Sebenarnya kami plan nak ke Kuantan tapi memandangkan cuaca tak menentu maka kami decide ke Ipoh. Alhamdulillah kiranya keputusan kami memang tepat sebab minggu tu Kuantan dilanda banjir teruk.Sambil tu korang boleh baca ni:


Review White House Homestay Ipoh Perak

Ini first time mama dudu konsep homestay macam White House iHome Ipoh ni tau. Dia adalah banglo dan dalam banglo ada byk bilik. Lebih kurang macam setiap banglo tu macam mini hotel la. Mula-mula rasa macam tak best gak nak duduk style macam ni tapi memandangkan kami nak tido aje kat sini kira  OK la. Selain tu byk masa kami keluar dan lepak di homestay yang family kitaorg sewa. 

Mama duduk di Banglo no 3. ini adalah living room. Setiap banglo ada ruang living room, kitchen dan byk tempat utk duduk2. Adik mama yang duduk Ipoh ada datang ke sini dan kami lepak kat ruangan ni. Buat macam rumah sendiri aje tau hihi

Kawasan dining 

Dalam bilik takde almari cuma ada tempat ni aje

Triple room. Bedding dan linen dia memang selesa taraf hotel tau. Cuma towel aje agak out sikit. Towel bese2 aje

Ada kemudahan TV. Nampak tak ada towel atas bench tu.


Toilet. Yang bestnya sambil mandi boleh layan pemandangan gunung

Ni Pemandangan dari balcony. Memang rasa nyaman dan sejuk aje. Udah lupa nama gunung ni haha

Pengalaman Menginap di White House Homestay Ipoh Perak







So far mama rasa not bad juga duduk di sini. Kawasan banglo2 ni selamat sebab gated dan setiap penginap akan dapat remote gate tu. So, senang sangat nak keluar masuk dan parking pun kat depan pintu banglo aje. 

Parking kat sini aje..

Tempat ni memang bersih dan kemudahan seperti dapur pun agak lengkap. Ada water dispenser, fridge etc. Bilik tidur dan tandas pun bersih. Tempat ni sesuai untuk family gathering dan masa mama kat sini ada grup budak sekolah buat BBQ. Tapi owner dh bgtau siap2 dan minta maaf kalau bising. 


Rumah ni cantik dan banyak sudut utk photoshoot tau.


White House iHome Homestay Ipoh Perak

Mama book melalui booking kalau tak silap dan harga satu malam memang murah utk 3 orang cuma RM130 aje. Kat bawah ni mama share alamat ye

No 1, Persiaran Rapat Baru 7, Taman Lapangan Permai, 31350 Ipoh, Perak•019-555 7696



7 comments:

  1. Eh murah harga untuk 3 orang.

    ReplyDelete
  2. Cantik homestaynya. Memang puas hati dan sangat berbaloi, dengan harganya sewanya tu.

    ReplyDelete
  3. nampak selesa dan kema homestay ni. nice sharing:)

    ReplyDelete
  4. Cantiknya homestay dia.. Boleh jadikan tempat untuk short vacay ini..

    ReplyDelete
  5. Cantiknya homestay ni. Besar,selesa, kemas dan cantik. Sesuai sangat stay sini dengan family

    ReplyDelete

Words of wisdom