Mama sekeluarga telah pergi Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor Perak baru-baru ini dan alhamdulillah memang seronok percutian kami walaupun ianya sangat last minute bagi mama. Kena paksa ikut baru pergi sana. Book hotel pun beberapa hari sebelum pergi sana tau [Baca ni: Review Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak ]. Kat sini mama nak share Tempat Menarik Bercuti di Pulau Pangkor Perak sebagai panduan jika ke sini lagi. Kali ni mama duduk di hotel. Next time nak try booking homestay pula kalau pergi ramai-ramai macam ni.
Kebanyakan tempat yang mama senaraikan di bawah ni mama dah pergi atau lalu. Tapi ada juga mama senaraikan tempat yang mama nak pergi tapi tak sempat. So, next time boleh refer post ni kalau mama nak ke sana lagi.
Tempat Menarik Bercuti di Pulau Pangkor Perak

Ambil gambar ni semasa kami on the way ke CK Duty free. Ambil dari dalam van aje.. Mujur gambar clear ..
Eksplorasi Masjid
Seperti yang mama pernah share sebelum ini [ Baca ni : Masjid Seribu Doa & Masjid Seribu Selawat Wajib Singgah Jika ke Pulau Pangkor Perak ] terdapat beberapa masjid menarik di Pulau Pangkor. So jangan lepaskan peluang untuk explore masjid-masjid ni. Mama betul-betul kagun dengan senibina masjid-masjid ni.
Masjid Seribu Doa. antara masjid yang korang wajib singgah.
Masjid Seribu Selawat atau dikenali sebagai Masjid terapung.
Kota Belanda
Kota Belanda atau Dutch Fort ini adalah tempat yang korang kena singgah bila ke Pulau Pangkor. Selain dari menghayati elemen sejarah, kat sini juga adalah port yang menarik untuk korang ambil gambar. MEmang cantik sangat tempat ni.

Dutch Fort. Pihak Belanda yang datang ke sini telah membina gedung atau kubu yang bertujuan untuk menyimpan bijih timah pada tahun 1670.

Serius cantik bila ambil gambar kat sini
Batu Bersurat
Batu bersurat ni hanya dalam 100 meter saja dari Kota Belanda tau. Korang boleh berjalan kaki saja kalau nak tengok batu ni.

Batu Bersurat Pangkor. Mama sempat tengok dari tepi jalan aje. Nampak juga la lukisan harimau tu.
Batu bersurat ada lukisan gambar seorang kanak-kanak dibaham oleh seekor harimau. Katanya dilukis kerana terdapat peristiwa begitu dulu. Seram la pula bila mama dengar. Pada mulanya batu ni bersaiz kecil tapi semakin lama ia kelihatan seperti semakin besar tau.
Pantai Teluk Nipah
Banyak aktiviti air yang ditawarkan kat sini. Selain dari menikmati sunset yang cantik kat sini, korang boleh sewa bot untuk pergi island hopping dan snorkeling trip.

Beautiful sunset.
Masa mama ke sini mama tak sempat nak pergi island hopping and snirkeling sebab cuaca tak berapa elok. Tapi mama pernah pergi masa mama belajar dulu. Memang best naik bot dan bagi makan ikan masa tu.
Memberi Burung Enggang Makan di Sunset View Chalet
Banyak burung enggang kat sini. Ni mama ambil gambar di Dutch Fort.
Hornbill Feeding ni korang boleh buat di Sunset View Chalet. Tapi kalau korang sekadar nak tengok hornbil takyah pergi chalet tu pun takpe sebab Pulau Pangkor ni memang banyak burung hornbil. Sambil mandi pantai di Teluk Nipah pun boleh nampak burung hornbil berterbangan. Masa mama kat Kota Belanda pun nampak diorang hinggap kat pokok..
Kilang Hasil Laut Pak Su
Kilang hasil laut keluaran muslim ini wajib korang singgah sebab korang boleh lihat sendiri bagaimana hasil laut dihasilkan kat sini. Disamping itu korang boleh shopping ikan bilis, satay ikan, etc kat sini.
Hoo Huat Boat Builder (Tukang Bot)
Singgahlah sini kalau berminat untuk lihat sendiri bagaimana bot dibuat. Sangat menarik dan di tepi tu korang boleh lihat hasil bot yang sudah siap.
Bau kayu kuat kat sini. kalau ada sesiapa yang ada alahan jgn dtg sini. Habuk kayu banyak..
Pekan Pangkor - Laksa Pangkor
Adik ipar mama bagitau laksa perak adalah satu perkara yang menarik di Pangkor ni. So, kami cuba cari laksa mee perak di pekan tapi takde rezeki. Stok habis la pula. Sesiapa orang Pangkor boleh beritahu mama tak apa yang menarik dengan laksa perak ni.
Galeri Panorama Pangkor -
Bagi korang yang sama minat macam mama sekeluarga yang suka sejarah dan muzium, korang wajib ke sini bagi melihat sejarah Pangkor dan Perak. Terdapat juga salinan Perjanjian Pangkor 1874 penyebab campur tangan British ke atas Tanah Melayu dulu. Meanarik kan tapi mama tak sempat pergi. Maybe next time.
Shopping di CK Duty Free
Sesiapa nak shopping coklat dan barangan duty free yang boleh lah singgah ke sini. Kalau nak tengok gambar dan detail boleh baca sini CK Duty Free & Kilang Hasil Laut Tempat Shopping di Pulau Pangkor Perak
Kilang Satay Eng Seng
Masa mama ke Pangkor aritu kami singgah ke kilang ni dan shopping ikan bilis mata biru banyak haha.. boleh baca kat sini CK Duty Free & Kilang Hasil Laut Tempat Shopping di Pulau Pangkor Perak
Temple Fu Lin Kong Pangkor
Mama pernah tengok di Youtube ada sorang mat salleh tu singgah kat sini. MEmang menarik tempat ni tapi kami tak singgah la.. pemandangan dari luar pun dah cantik.
Cantik sangat temple ni. Mama ambil gambar dari luar aje.
Island Hopping
Mama pernah pergi island hopping di Pulau Pangkor dan sememangnya seronok. Boleh bagi makan ikan dari bot dan singgah ke Pulau Giam untuk snorkeling. Selain dari island hopping korang boleh juga main water sport seperti banana boat dan jetski di Teluk Nipah.
\Turtle Sanctuary
Turtle Conservation (Sea Turtle Incubation Centre) ni terletak di Jalan Pasir Bogak, Teluk Ketapang Pulau Pangkor. HAnya dengan bayaran RM5 untuk orang dewasa korang boleh lihat penyu dan kura-kura. Kat sini juga ada dipamerkan cara bagaimana usaha pemuliharaan penyu dilakukan.
Tu aje lah yang mama nak cerita hari ini. Ini adalah penutup post mama berkenaan Pulau Pangkor. Lepas ni mama nak cerita tentang Melaka pula ye.. hihi ..
bila lah nak sampai pangkor ni kak oi.... tokong tu terkenal kan ada memang orang wajib ke sana kalau ke pangkor...
ReplyDeletedana ingat terengganu je ada batu bersurat, kat sana pun ada jugak yek....
banyak betul tempat best di pulau pangkor...
akak makan tak laksa mee di pangkor? laksa sana yang rare
esok pergi la dana haha.. tokong tu ada byk binaan berapa jenis sins tu ngeri gak kan..kalau kesana tgk list ni tau. akak ada makan laksa perak kat kedai cah. rasa dia mcm laksa utara cuma telur dia tu ada sarang kan.. tapi akak tak sure laksa perak yg sebenar tu macam mana
DeleteTeringinnya nak pi Pangkor sekali lagi, dulu pergi masa tu tengah pose, pergi balik hari, pun tak jalan sangat, lotih... anak-anak pun masa tu kecil lagi...nanti nak return lagi laaa...
ReplyDeletebila budak dah besar tentu diorang enjoy nanti kan sis lin
DeleteMenariknya pulau Pangkor
ReplyDeletewak pernah dtg sini?
Deletewahhh...bestnya...MY belum pernah sampai ke Pulau Pangkor lagi..
ReplyDeleteutk percutian pulau ala bandar boleh la dtg sini
DeleteBestnya baca tempat2 best kat pulau pangkor ni. Mira tak pernah sampai lagi kt sana :)
ReplyDeletetakpe, kalau ke sana boleh refer post mama ni
Deletebanyak dah tarikan baharu kat Pangkor sekarang ni, lama dah kak ana tak ke sini walaupun adik duk Lumut tu jer mama :)
ReplyDeletedekat sangat dah tu kak.. Tapi mmg biasa sgt org yg dekat2 tak dtg tempat mcm ni sebab dah mcm kg sendiri je kan
DeleteWalaupun mil ku orang Perak, Pualu Pangkor ini belum berkesempatan lagi nak jejak hehehehe
ReplyDeleteaduduu dah org perak dah ni dekat sgt dah
DeleteDulu masa duduk Lumut selalu pergi Pulau Pangkor ni. Nanti nak bawak anak-anak jalan jalan kat sini la.
ReplyDeleteoo penah duk lumut dulu ye
Deletemenariknya! tak pernah ke sana lagi, boleh jadi panduan ni!
ReplyDeleteboleh insya allah.. semoga bermanfaat
Deletewah.. menarik jugak pangkor.. slalu orang pilih nak g langkawi dari pangkor..tp tgk mama punye entri rasa pangkor pn menarik uutk kite pergi..
ReplyDeletelangkawi mmg best. tapi pangkor pun ok gak syiqin
Deletemenariknya. bila la nak sampai pangkor lagi ni. last sekali kak laili pegi pangkor tahun 1986 kihkihkih
ReplyDeletefuh.. lama betul tu dah berbelas tahun dah.
DeleteWalaupun dekat pernah pergi masa kecik dulu je..
ReplyDeletelama dah tu sha..
Deleteboleh refer entry mama ni tempat2 menarik kat Pangkor. Ada plan nak ke sini hujung tahun. Pernah ke sini dulu tapi tak banyak tempat kitaoarng singgah.
ReplyDeletesama macam mama dulu pergi tak pergi tempat2 kat atas ni. 2nd time baru puas hati
DeletePulau kecil yg cantik
ReplyDelete