Homestay Terbaik Untuk Percutian Indah Bersama Keluarga - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, September 16, 2020

Homestay Terbaik Untuk Percutian Indah Bersama Keluarga

Homestay Terbaik Untuk Percutian Indah Bersama Keluarga. Bagi sesiapa yang mengenali mama tentu korang tau yang mama ni sejenis yang suka berjalan dan makan angin. Tak kisahlah jauh atau dekat pasti mama akan cari homestay untuk bermalam lebih-lebih lagi jika melibatkan percutian bersama ahli keluarga besar. Kat sini mama nak share Homestay Terbaik Untuk Percutian Indah Bersama Keluarga berdasarkan pengalaman mama sendiri.

Salah satu homestay yang kami duduk baru-baru ini di Melaka. Cantik sangat kan rumah ni. Mama berangan-angan nak buat rumah macam ni.


Mama dan adik beradik memang selalu dan sentiasa mencari masa untuk berkumpul bersama terutama jika ada cuti umum. Memang susah nak kumpulkan kesemua 6 orang adik beradik ni tapi bila dapat berkumpul memang seronok. Almaklumlah bila ayah dan mak sudah tiada, inilah satu cara untuk merapatkan lagi hubungan kami. Selalunya bila berkumpul kami akan cari homestay dan bertemu di situ.


Mengapa Homestay, Bukan Hotel?
Trend sekarang ni mama lihat lebih ramai yang selesa duduk di homestay kerana beberapa sebab:
  • Lebih murah untuk ahli keluarga yang ramai. Jika kita duduk homestay, kita boleh pilih homestay mengikut bilangan bilik yang sesuai dengan jumlah ahli rombongan. Contohnya kalau ada 4 keluarga, pilihlah homestay yang ada 4 bilik. Tentu sekali ini lagi murah berbanding book hotel dimana harga kena darab 4 bagi setiap bilik. Kalau mama pergi bertiga saja pun mama akan pilih homestay jenis studio. Seronok duduk studio sebab banyak kemudahan berbanding hotel.
Homestay yang mama duduk ada kemudahan dapur memang mudah untuk keluarga besar
  • Kemudahan memasak, membasuh, etc. Kalau duduk di homestay kita biasanya boleh masak dan ada juga homestay yang menyediakan mesin basuh serta dryer. Tentu sekali ini lebih memudahkan kita, kan. 
  • Homestay muslim friendly. Terdapat homestay yang hanya mengambil muslim saja maka kita rasa lebih yakin dan convenient kerana biasanya homestay macam ni selalunya akan disediakan sejadah, arah kiblat dan terjamin kebersihannya. Disamping itu boleh juga kita membantu menaikkan ekonomi rakan semuslim kita.
  • Kemudahan facilities bagi homestay serviced apartment. Mama suka duduk homestay jenis ini sebab biasanya homestay sebegini ada pool, gym, taman dan playground. Memang sesuai untuk kegunaan sekeluarga. Kalau menetap di homestay saja pun dah seronok.

Cuti sekolah hujung tahun dah dekat ni, Jom terjah homestay di destinasi tarikan pelancong ni. Melaka Bandaraya Bersejarah.

Salah satu homestay di Melaka yang kami pernah duduk

Sedar tak sedar sekarang sudah hampir hujung tahun dan tak lama lagi dah nak cuti sekolah dah kan. Korang dah merancang ke bercuti ke mana? Lokasi penginapan memainkan peranan yang sangat penting semasa bercuti. Antara destinasi tarikan pelancong paling popular di Malaysia adalah Melaka. Senang nak jalan-jalan tak perlu memandu jauh. 

Melaka memang ada banyak sangat tarikan dan banyak juga homestay. Pilih saja mengikut kesukaan korang. Kita boleh dapat pengalaman indah yang unik, bergantung kepada jens homestay di Melaka yang kita pilih. Contohnya boleh mandi manda di tepi pantai, tengok sunset dan makan seafood segar kalau pilih homestay tepi pantai https://ibusyurga.blogspot.com homestay di melaka tepi pantai cantik

Bagi foodie dan penggemar sejarah pula, korang boleh nikmati sajian makanan yang enak & jalan jalan di Bandar lama Melaka yang penuh tinggalan sejarah. Pilihlah homestay yang dekat dengan Bandar Hilir

The Shore Oceanarium Melaka, highly recommended

Bagi keluarga besar yang ingin berkumpul dan melakukan aktiviti bersama seperti berjalan-jalan, atau nak luangkan masa cuti dengan sahabat rapat sebelum habis belajar, korang boleh menginap di homestay murah lagi berbaloi  

Siapa kata tinggal homestay tak kelas? Seperti yang mama tulis di atas sebenarnya banyak homestay yang moden dan classy tau. Banyak je homestay mewah di Melaka ni. Memang menawan lagi terbaik servisnya. 


Tempat Menarik, Tanah Tinggi Cameron Malaysia

Percutian mama 8 tahun dulu di Cameron Highland. Suka sangat tempat macam ni sebab sejuk dan segar udaranya..

Sekiranya korang penggemar tempat yang sejuk, tentu korang kurang suka pergi Melaka sebab cuacanya yang panas sekarang ni. Apa kata korang menginap di Cameron highland. Banyak sungguh tempat best di Cameron tau

Anak mama di ladang strawberry. Masa ni dia berumur 4 tahun 

Kalau dah sampai ke Cameron Highland tu jangan lupa singgah ke ladang strawberry. Sayang sungguh ke sini kalau tak singgah ladang strawberry. Banyak ladang diusahakan orang islam, terutama sekali di Kampung Taman Sedia

Pengalaman paling seronok bila dapat petik sendiri strawberry dan makan segar-segar.

Kalau korang sukakan percutian di homestay mewah dan lagi selesa, dan ada bajet lebih, korang boleh dapat tawaran terbaik untuk rumah mewah juga

Bagi yang suka percutian bajet pula, jangan risau sebab banyak homestay murah kat Cameron ni


Berbaloi sebenarnya bisnes homestay ni. Jika anda ada tanah di kawasan tarikan pelancong, buat je la rumah.
Kalau korang ada modal, invest la buat homestay. Sekarang ni banyak platform yang mudah untuk promote homestay korang. Mama selalu search homestay guna platform online. Kalau korang plan nak bina homestay di tanah sendiri, di bawah ni contoh pelan banglo percuma yang boleh di gunakan  sebagai homestay. Pilih saja mana yang berkenan.

Amacam, bila baca post mama ni korang rasa korang nak jadi orang yang menetap di homestay atau jadi owner homestay? Mama terasa nak jadi dua-dua tapi modal takdelah pula untuk buat homestay sendiri huhu..



10 comments:

  1. Betul tu mama. Lebih selesa dok homestay je skrg sbb anak2 dah ramai. Buleh buat mcm umah sendiri. Jom join GA yg sdg berlangsung di blog abam kie? Thank you in advance.

    ReplyDelete
  2. setujuuu... duduk homestay memang lagi berbaloi untuk yang ada keluarga besar... macam saya adik beradik kalau nak bercuti semua sekali sebuah homestay pun belum tentu muat...

    ReplyDelete
  3. Setuju.. kalau duduk homestay lebih selesa dan luas..

    ReplyDelete
  4. bergantung kepada lokasi dan occasion :)

    ReplyDelete
  5. Kalau ramai ramai selesa duduk di homestay.

    ReplyDelete
  6. Kalau ada tempat strategik, memang untung buat homestay

    ReplyDelete
  7. betul lah kak, kalau dengan family besar lebih sesuai pilih homestay kalau hotel agak terhad aktiviti boleh buat bersama mahal pun iya jugak kan...

    ReplyDelete
  8. Suka jugak jalan-jalan check in kat homestay je. Lagi jimat dan boleh buat macam rumah sendiri hehehe..

    ReplyDelete
  9. Ana pun baru ke melaka last weekend. duk homestay juga. Lagi Puas hati.

    ReplyDelete
  10. buat homestay mmg menguntungkan kak. tambah2x kalau time cuti sekolah. homestay sesuai utk org gi ramai2x atau keluarga. baru best.huhu.

    ReplyDelete

Words of wisdom