Dinosaurs Encounter Zoo Melaka, Berbaloi Ke?

Assalamualaikum semua. Mama sekeluarga telah pergi ke Zoo Melaka pada cuti CNY baru-baru ini. Perkara yang menggamit kami ke sana tentulah tarikan terbaru Zoo Melaka iaitu Dinosaurs Encounter. Mama nak review sket sama ada Dinosaurs Encounter Zoo Melaka, Berbaloi Ke?



Dinosaurs Encounter Zoo Melaka, Berbaloi Ke?

Kami fikir juga sebelum ke sini Sama ada berbaloi atau tidak kalau kami ke sini. Kerana harga tiket pada mama bukan kategori murah sgt lah. Cuma yang bagusnya tiket tu harganya inclusive iaitu termasuk zoo melaka dan dino encounter ni. 2-in-1!


Dinosaurs Encounter menjadi tarikan terbaru Zoo Melaka sejak 25 Dec 2020



Apa Yang Terdapat Di Dinosaurs Encounter Zoo Melaka?


Ada 101 Dinosaur Spesies

Terdapat 101 spesies dinosaur di sini dalam keluasan yang luas korang seperti tinggal dalam dunia dinosaurs

Dinosaurs Zaman ais 

Kat sini juga ada gergasi purba yang yang hidup semasa Zaman Ais. Terasa macam dalam cerita IceAge bila tengok area ni


Map Dinosaurs Encounter Zoo Melaka

Ini adalah map nye


Gambar Dinosaurs 

Gambar Di bawah adalah beberapa dinosaurs yg mama ambil. Ada zaman batu dan juga zaman ice ala2 ice age tu. Kalau nak tengok lebih boleh tengok di video Youtube mama



Video Kunjungan Ke Dinosaurs Encounter Zoo Melaka

Untuk tengok lebih detail apa yg ada sini korang boleh tengok video di bawah


Tempat Yang Picturesque 

Cantik sangat ambil gambar kat sini.

Harga Tiket Dinosaurs Encounter Zoo Melaka

Ini adalah harga tiket Zoo Melaka (Day Zoo dan Night Zoo + Dinosaurs Encounter)




Berbaloi ke Pergi Dinosaurs Encounter Zoo Melaka

Pada mama memang berbaloi sangat ke sini especially kalau cuaca elok. Semua dinosaurs nampak seperti hidup sampai mama sendiri terasa seram nak berjalan dekat2 taku dia sergah mama. Nak pegang pun tak berani sebab nampak kulit yg kasar tu. Mama spend masa lebih stgh jam Di sini. Memandangkan nak kejar masa, kalau tidak tentu boleh lagi lama. 


Weekend Dino Shows

Korang kalau nak ke sini jangan lupa arrange time supaya tak terlepas show ni.

WEEKDAYS DINO SHOWS
11.00 AM & 3.30 PM

WEEKEND DINO SHOWS
11.00 AM & 3.00 PM

Selepas tu Pergi Zoo Melaka

Kalau dah ke sini of course la kena round satu zoo melaka. Rugi la sebab ticket tu kan termasuk zoo melaka dan dinosaur encounter sekali. Ada banyak juga pembaharuan di Zoo Melaka tapi Ada juga tempat yg kena bayar extra seperti reptile cave dan bird cage

Jangan lepaskan masa2 ni utk keeper talk dan feeding di Zoo Melaka


Map Zoo Melaka

Kena bayo RM10 kalau nak masuk ni. Bird cage kalau tak silap mama RM6

Video Lawatan ke Zoo Melaka

Jom layan Video pula



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. bayangkan kalau dinosour ni hidup... lari x cukup tanah :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. patung aje mama dh takut, kalau idup mmg tak keluar rumah la gamaknya hihi

      Delete
  2. last masuk zoo melaka waktu siang masa 2018, tgh sarat mengandung si Dedek..
    yg night safari plak, lepas PKP tak silap 2021 gitu lah, sebab zoo nk comeback balik dengan tiket rm10 je, tu yg masuk...
    lepas2 ada dino nie, tak masuk lagi..tp mmg ad niat nak masuk...nk tgok dino...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. zoo malam ok x linda. tak gamak nak gi malam sebab rasa macam tak nampak aje binatangnya.. meh la dtg lagi tgk dino best

      Delete
  3. saya pun tak sampai lagi tapi kalau tengok keluasan zoo dan ada pulak pameran dinosaur yang pastinya perlu wang untuk mantainance, rasanya berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul sal, terasa berbaloi sebab round sini pun makan masa 1 jam baru puas ati

      Delete
  4. Ini kalau bawak si Opick confirm x nak balik..bawak si Tiya confirm melalak takut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbayang kak macam mana kerenah diorg haha.. comey

      Delete
  5. Uish.. Kat bahagian dalam ada pula yang kena bayar lain ye.. Ingatkan dah bayar kat depan tu boleh jelajah je semua tempat.. Kiranya kalau campur-campur semua tu dalam rm50 lebih juga seorang..

    ReplyDelete
  6. Waaaah ini kayak yg di Penang mam. Dinosaurs park di Komtar. Anak2 saya penyuka dino. Jadi pastilah kalo ke Melaka saya ajak juga main di sini. Pas yg di Penang, mereka senang sangaaat. Krn mirip asli memang

    ReplyDelete
Previous Post Next Post