Mama sekeluarga telah pergi Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Pangkor Perak baru-baru ini dan alhamdulillah memang seronok percutian kami walaupun ianya sangat last minute bagi mama. Kena paksa ikut baru pergi sana. Book hotel pun beberapa hari sebelum pergi sana tau [Baca ni: Review Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak ]. Kat sini mama nak share Tempat Menarik Bercuti di Pulau Pangkor Perak sebagai panduan jika ke sini lagi. Kali ni mama duduk di hotel. Next time nak try booking homestay pula kalau pergi ramai-ramai macam ni. Mesti untung kalau bina rumah untuk dijadikan homestay kan.
[Post ni mama update Februari 2023]
Kebanyakan tempat yang mama senaraikan di bawah ni mama dah pergi atau lalu. Tapi ada juga mama senaraikan tempat yang mama nak pergi tapi tak sempat. So, next time boleh refer post ni kalau mama nak ke sana lagi.
Tempat Menarik Bercuti di Pulau Pangkor Perak

Ambil gambar ni semasa kami on the way ke CK Duty free. Ambil dari dalam van aje.. Mujur gambar clear.
Eksplorasi Masjid
Seperti yang mama pernah share sebelum ini [ Baca ni : Masjid Seribu Doa & Masjid Seribu Selawat Wajib Singgah Jika ke Pulau Pangkor Perak ] terdapat beberapa masjid menarik di Pulau Pangkor. So jangan lepaskan peluang untuk explore masjid-masjid ni. Mama betul-betul kagun dengan senibina masjid-masjid ni. Update jan 2023, mama ke masjid-masjid ni lagi tak tak pernah jemu dan kagum dgn masjid ni.
Masjid Seribu Doa. antara masjid yang korang wajib singgah.
Masjid Seribu Selawat atau dikenali sebagai Masjid terapung.
Kota Belanda
Kota Belanda atau Dutch Fort ini adalah tempat yang korang kena singgah bila ke Pulau Pangkor. Selain dari menghayati elemen sejarah, kat sini juga adalah port yang menarik untuk korang ambil gambar. Memang cantik sangat tempat ni.

Dutch Fort asalnya dibina oleh Belanda

Serius cantik bila ambil gambar kat sini
Batu Bersurat
Lokasi Batu bersurat ni adalah do tepi jalan menuju ke Kota Belanda. Mama suggest korang boleh berjalan kaki saja dati Dutch Fort sebab mama X perasan area tempat parking.

Inilah Batu Bersurat Pangkor. Mama sempat tengok dari tepi jalan aje. Ada lukisan harimau dan budak Nampak juga la lukisan harimau tu dari gambar. Besar juga batu ni.
Pantai Teluk Nipah
Pantai paling best di pangkor pada pendapat mama. Selain dari menikmati sunset yang cantik kat sini, korang boleh sewa bot untuk pergi island hopping dan snorkeling trip.

Beautiful sunset.
Masa mama ke sini mama tak sempat nak pergi island hopping and snorkeling sebab cuaca tak berapa elok. Tapi mama pernah pergi masa mama belajar dulu. Memang best naik bot dan bagi makan ikan masa tu.
Feeding Hornbill/ Burung Enggang
Banyak burung enggang kat sini. Ni mama ambil gambar di Dutch Fort.
Mama perasan ada sessi hornbill feeding di chalet belakang hotel mama. Terlupa pula nak ambil gambar jadual waktu feeding tu. Tapi kalau korang sekadar nak tengok hornbil takyah pergi chalet tu pun takpe sebab Pulau Pangkor ni memang banyak burung hornbil. Sambil mandi pantai di Teluk Nipah pun boleh nampak burung hornbil berterbangan. Masa mama kat Kota Belanda pun nampak diorang hinggap kat pokok..
Kilang Hasil Laut Pak Su
Kilang hasil laut keluaran muslim ini wajib korang singgah sebab korang boleh lihat sendiri bagaimana hasil laut dihasilkan kat sini. Disamping itu korang boleh shopping ikan bilis, satay ikan, etc kat sini.
Update Jan 2023, baca post mama ni Pergi ke Hasil Laut Pak Su Pulau Pangkor Yang Sendu. Tak sangka rupanya sendu huhu.
Hoo Huat Boat Builder (Tukang Bot)
Singgahlah sini kalau berminat untuk lihat sendiri bagaimana bot dibuat. Sangat menarik dan di tepi tu korang boleh lihat hasil bot yang sudah siap.

Bau kayu kuat kat sini. kalau ada sesiapa yang ada alahan jgn dtg sini. Habuk kayu banyak..
Pekan Pangkor - Shopping Laksa Pangkor
Adik ipar mama bagitau laksa perak adalah satu perkara yang menarik di Pangkor ni. So, kami cuba cari laksa mee perak di pekan tapi takde rezeki. Stok habis la pula. Sesiapa orang Pangkor boleh beritahu mama tak apa yang menarik dengan laksa perak ni.
Galeri Panorama Pangkor
Bagi korang yang sama minat macam mama sekeluarga yang suka sejarah dan muzium, korang wajib ke sini bagi melihat sejarah Pangkor dan Perak. Ada salinan Perjanjian Pangkor 1874 juga kat sini. Menarik kan tapi mama tak sempat pergi. Maybe next time. Masuk wishlist dulu.
Shopping Coklat dan barangan murah di CK Duty Free
Sesiapa nak shopping coklat dan barangan duty free yang boleh lah singgah ke sini. Kalau nak tengok gambar dan detail boleh baca sini CK Duty Free & Kilang Hasil Laut Tempat Shopping di Pulau Pangkor Perak atau Shopping Coklat Murah & Barang Duty Free di Pulau Pangkor Perak
Kilang Satay Eng Seng
Masa mama ke Pangkor aritu kami singgah ke kilang ni dan shopping ikan bilis mata biru banyak2 haha.. boleh baca kat sini CK Duty Free & Kilang Hasil Laut Tempat Shopping di Pulau Pangkor Perak
Temple Fu Lin Kong Pangkor
Mama pernah tengok di Youtube ada sorang mat salleh tu singgah kat sini. Memang menarik tempat ni tapi kami tak singgah la.. pemandangan dari luar pun dah cantik.
Cantik sangat temple ni. Mama ambil gambar dari luar aje. update Jan 2023, mama ke sini lagi tapi masa tu hujan tetiba ternampak babi dengan 5 ekor anaknya, agaknya diorang ingat kitaorang nak bagi makanan, kesian sgt. Hujan, xde pengunjung masa tu. Ada masa nanti mama korek gambar babi tu.
Island Hopping
Mama pernah pergi island hopping di Pulau Pangkor dan sememangnya seronok. Boleh bagi makan ikan dari bot dan singgah ke Pulau Giam untuk snorkeling. Selain dari island hopping korang boleh juga main water sport seperti banana boat dan jetski di Teluk Nipah.
\Turtle Sanctuary
Turtle Conservation (Sea Turtle Incubation Centre) ni terletak di Jalan Pasir Bogak, Teluk Ketapang Pulau Pangkor. Hanya dengan bayaran RM5 untuk orang dewasa korang boleh lihat penyu dan kura-kura. Kat sini juga ada dipamerkan cara bagaimana usaha pemuliharaan penyu dilakukan. Update Jan 2023, tak sempat juga mama nak ke tempat ni. Kena arrange lain kali la nampaknya.
Tu aje lah yang mama nak cerita hari ini. Ini adalah penutup post mama berkenaan Pulau Pangkor.
bila lah nak sampai pangkor ni kak oi.... tokong tu terkenal kan ada memang orang wajib ke sana kalau ke pangkor...
ReplyDeletedana ingat terengganu je ada batu bersurat, kat sana pun ada jugak yek....
banyak betul tempat best di pulau pangkor...
akak makan tak laksa mee di pangkor? laksa sana yang rare
esok pergi la dana haha.. tokong tu ada byk binaan berapa jenis sins tu ngeri gak kan..kalau kesana tgk list ni tau. akak ada makan laksa perak kat kedai cah. rasa dia mcm laksa utara cuma telur dia tu ada sarang kan.. tapi akak tak sure laksa perak yg sebenar tu macam mana
DeleteTeringinnya nak pi Pangkor sekali lagi, dulu pergi masa tu tengah pose, pergi balik hari, pun tak jalan sangat, lotih... anak-anak pun masa tu kecil lagi...nanti nak return lagi laaa...
ReplyDeletebila budak dah besar tentu diorang enjoy nanti kan sis lin
DeleteMenariknya pulau Pangkor
ReplyDeletewak pernah dtg sini?
Deletewahhh...bestnya...MY belum pernah sampai ke Pulau Pangkor lagi..
ReplyDeleteutk percutian pulau ala bandar boleh la dtg sini
DeleteBestnya baca tempat2 best kat pulau pangkor ni. Mira tak pernah sampai lagi kt sana :)
ReplyDeletetakpe, kalau ke sana boleh refer post mama ni
Deletebanyak dah tarikan baharu kat Pangkor sekarang ni, lama dah kak ana tak ke sini walaupun adik duk Lumut tu jer mama :)
ReplyDeletedekat sangat dah tu kak.. Tapi mmg biasa sgt org yg dekat2 tak dtg tempat mcm ni sebab dah mcm kg sendiri je kan
DeleteWalaupun mil ku orang Perak, Pualu Pangkor ini belum berkesempatan lagi nak jejak hehehehe
ReplyDeleteaduduu dah org perak dah ni dekat sgt dah
DeleteDulu masa duduk Lumut selalu pergi Pulau Pangkor ni. Nanti nak bawak anak-anak jalan jalan kat sini la.
ReplyDeleteoo penah duk lumut dulu ye
Deletemenariknya! tak pernah ke sana lagi, boleh jadi panduan ni!
ReplyDeleteboleh insya allah.. semoga bermanfaat
Deletewah.. menarik jugak pangkor.. slalu orang pilih nak g langkawi dari pangkor..tp tgk mama punye entri rasa pangkor pn menarik uutk kite pergi..
ReplyDeletelangkawi mmg best. tapi pangkor pun ok gak syiqin
Deletemenariknya. bila la nak sampai pangkor lagi ni. last sekali kak laili pegi pangkor tahun 1986 kihkihkih
ReplyDeletefuh.. lama betul tu dah berbelas tahun dah.
DeleteWalaupun dekat pernah pergi masa kecik dulu je..
ReplyDeletelama dah tu sha..
Deleteboleh refer entry mama ni tempat2 menarik kat Pangkor. Ada plan nak ke sini hujung tahun. Pernah ke sini dulu tapi tak banyak tempat kitaoarng singgah.
ReplyDeletesama macam mama dulu pergi tak pergi tempat2 kat atas ni. 2nd time baru puas hati
DeletePulau kecil yg cantik
ReplyDeletePernah bawak family bercuti kat sini..sygnya kami tak bermalam..sehari jer settle jenjalan kat sini
ReplyDeletex pernah lagi bwk anak-anak jalan-jalan di pangkor.
ReplyDeleteone day in shaa Allah.
kalau aku yg last tu aku gi dulu.. eh berapa bayaran satu van sekarang ni?
ReplyDeletecantiknya ukiran dekat jambatan masjid seribu selawat tu. unik betul
ReplyDeletetq for sharing..dah plan nk gi before puasa, InshaaAllah..
ReplyDeleteBanyak juga tempat menarik di Pulau Pangkor ni. Lain kali nakncuti kat sini rujuk entry2 akak jela senang
ReplyDelete