Masjid Seribu Doa & Masjid Seribu Selawat Wajib Singgah Jika ke Pulau Pangkor Perak

Masjid Seribu Doa & Masjid Seribu Selawat Wajib Singgah Jika ke Pulau Pangkor Perak. Semasa bercuti ke Pulau Pangkor bulan lepas kami secara tak sengaja telah membuat eksplorasi masjid di Pulau Pangkor. Korang wajib datang kedua-dua masjid ni kalau ke Pulau Pangkor. Masjid Seribu Doa & Masjid Seribu Selawat Wajib Singgah Jika ke Pulau Pangkor Perak. 

Kalau dilihat dari nama kedua-dua masjid ini memang seperti ada kesinambungan kan. Masjid Al-Badr 1000 Selawat iaitu Masjid terapung Pulau Pangkor ini adalah Masjid terapung pertama di negeri Perak tau. Dibina pada tahun 2014 dan dirasmikan pada tahun 2017. Manakala Masjid Seribu Doa pula masih baru.. Jom baca di bawah.. 

Baca ni juga:


Masjid Seribu Doa, Pulau Pangkor


Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Cina fan dinamakan sebagai Masjid Al-Khairiah, Sungai Pinang Kecil.

Cantik sangat binaan Dan architecture masjid ni buat mama terpegun

Ianya menggabung seni bina Islam Cina dan Nusantara, Uniknya terdapat seribu doa dari Qur’an & hadith di seluruh ruang dalaman masjid ini. Bila lihat warna putih masjid ni teringat pula mama warna susu yang creamy dan sedap dan air sirap bandung hihi.

Mula digunakan pada tahun 2020. Masih baru lagi masjid ni. Semasa kedatangan kami pada bulan Julai masjid ni baru 3 kali digunakan untuk sembahyang Jumaat, info dari penjaga masjid tu. Gambar ni diambil dari tingkat atas. Cantik kan


Masjid Seribu Selawat, Pulau Pangkor



Masjid Seribu Selawat ini terletak di Kampung Teluk Gedong . Semasa Dari atas bot lagi mama dah nampak masjid ni dan memang dah teringin nak singgah sini.

Kalau Masjid seribu doa keunikan binaannya ada mix binaan cina, Masjid Seribu Selawat pula keunikannya pada seni binanya ada unsur seni negeri Perak. Dinding-dinding masjid ini dipenuhi dengan ukiran 1,000 selawat.Subhanallah.. Kagum mama!

Sempat bergambar dari luar aje sebab masa kami sampai baru masuk waktu asar. Kami semua solat jamak so tak join la solat di sini

Memang rasa seronok sangat dapat ziarah dan melawat kedua-dua masjid ni. Memang mengagumkan sangat. Korang jangan lepaskan peluang buat eksplorasi masjid ni kalau ke Pulau Pangkor tau. Gerenti tak menyesal..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

29 Comments

Words of wisdom

  1. Allahu cantiknya masjid2 ni mama, kak ana orang Perak pun lama dah tak ke Pulau Pangkor ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan.best explorasi masjid

      Delete
    2. Ye....MasyaaAllah Tabarakallah. Dah planning2 nak bawa group masjid g jln2 Pangkor *MASJID HOPPING*

      Delete
    3. boleh sanagt. singgah lah masjid ni. orang yg jaga masjid juga sangat peramah epecially masjid seribu doa sebab mama semapt berjumpa. Boleh tanya macam-macam pada dia. kagum dengan halus dan detail binaannya

      Delete
  2. Ya Allah, tak pernah rasanya jalan-jalan ke Perak. Sekali je pernah ke Perak, sebab program orang asli. Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikk jarang ke perak ke aien.. boleh la jenjalan perak byk gak tempat menarik

      Delete
  3. Tak sempat singgah Masjid seribu doa, Subhanallah cantiknya.

    ReplyDelete
  4. Masjid cina tu lawanya..kat luar pun dah unik dengan kaler merahnya tu.. dalam lagi hebat rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sgt diana cuma mama ni je yg x berapa reti nak ambil gambar lawa2. banyak gambar mama ambilsebenanrnya

      Delete
  5. cantik! tak pernah berjalan ke perak lagi..insyaallah nanti nak pergi la

    ReplyDelete
  6. Ana dh sampai dekat Masjid Seribu Selawat tu. Memang cantik. Lagi2 Bila dibina atas air kan.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi sampai sini..
    Cantik sangat binaanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sgt kan.. kena pergi 2 masjid ni kalau kepangkor tau

      Delete
  9. cantiknya masjid tu....besar plak tu....suka tgk design dia...unik....yang biru tu pun cantik...dh lama juga xpergi mana mna masjid "terapung"....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama pun rasanya kali terakhir pergi masjid terapung di puchong beberapa tahun lepas. ada kenduri kawen

      Delete
  10. sangat cantik senibina masjid ini..

    untuk beribadah pun lebih tenang dan bahagia

    ReplyDelete
  11. Cantik dua dua masjid ni. Suka tengok seni bina masjid yang unik. Dapat singgah solat lagilah best.

    ReplyDelete
  12. Wow mirip sekali dengan masjid cheng hoo di Indonesia, bergaya arsitektur china dengan dominan warna merah, hijau, putih juga emas. Terima kasih sudah saling berbagi informasi, semoga selalu sehat dan tetap terus berkarya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post