Susu Pilihan Untuk Ibu Hamil di Malaysia. - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, September 1, 2020

Susu Pilihan Untuk Ibu Hamil di Malaysia.

Susu Pilihan Untuk Ibu Hamil di Malaysia. Susu amat penting bagi ibu hamil bagi memberikan nutrisi secukupnya kepada si ibu dan juga kepada bayi dalam kandungan. Semasa mama pregnant dulu mama pernah mengalami masalah kejang kaki/cramp yang agak kerap. Selepas berjumpa doktor barulah mama sedar betapa pentingnya susu bagi ibu mengandung. Kalsium di dalam susu amat penting bagi ibu dan bayi. Lama kelamaan cramp kaki mama beransur hilang selepas meminum susu ibu hamil dan alhamdulillah baby pun membesar dengan sihat. Korang boleh dapatkan banyak info dan tips berguna dari perkongsian mmy blogger ni.



Banyak Sungguh Kebaikan Minum Susu Semasa Mengandung.

Terdapat banyak manfaat susu kepada ibu hamil. Sebaiknya ibu hamil minumlah susu yang diformulasi untuk mommies kerana susu tersebut telah dicipta khas dengan khasiat terbaik untuk ibu mengandung. Terdapat banyak kebaikan susu kepada ibu hamil. Antara kebaikan susu bagi ibu mengandung seperti berikut:

  • Mengandungi sumber kalsium yang tinggi. Kalsium ini amat diperlukan bagi  pembentukan gigi dan tulang bayi di samping merangsang saraf dan otot bayi.
  • Mengandungi protein dan folate yang tinggi bagi pembentukan darah, tisu saraf dan otak bayi.
  • Membantu meningkatkan IQ anak.
  • Mengawal simptom kehamilan seperti pedih ulu hati dan gastrik. 
  • Memberikan kebaikan berterusan bagi bayi. Contohnya mengurangkan risiko anak mendapat osteoporosis ketika mereka tua nanti.


Pilihan Susu Untuk Wanita Mengandung Ibu-ibu di malaysia

Bagi preggy mommies, terdapat banyak sangat pilihan dan jenama susu nntuk korang. Kalau pergi ke kaunter susu untuk mommies memang rambang mata dibuatnya. Korang boleh pilih mana yang berkenan sama ada dari segi harga, dari segi kandungan zat dan dari segi perisa. Piihlah mana yang sesuai dan serasi dengan diri masing-masing.


Terdapat banyak jenama dan pelbagai pilihan susu untuk ibu mengandung antaranya adalah Anmum, Friso Mum, Similac, Mamil Mama, Enfamama, dan pelbagai lagi. Kebanyakan susu ini mempunya zat-zat yang penting untuk ibu hamil dan anak yang dikandung. Namum begitu terdapat juga susu yang ada extra/specialty. Contohnya mama senaraikan 3 saja seperti di bawah:

Antara jenama yang terkenal adalah Anmum yang mengandungi GA, DHA, folate. 

Selain itu korang boleh juga mencuba susu Frisomum yang ada perisa vanilla yang sedap. Ia juga sesuai ibu- ibu yang ada masalah sembelit. 

Bagi ibu yang inginkan susu yang mempunyai kandungan gula yang rendah, korang boleh cuba susu Similac mom. Ia boleh membantu dari segi kandungan gula dan membantu mengurangkan kenaikan berat badan kerana mengandungi rendah lemak. 

Terdapat banyak lagi susu untuk ibu mengandung di pasaran. Korang hanya perlu pilih mana yang berkenan saja. 


Elakkan Terburu-buru Membeli Susu, Minta Sampel Dulu. Panduan Minta Sample Susu Free.

Kebanyakan susu ibu mengandung yang ada di pasaran korang boleh dapatkan sample terlebih dulu tau. Mama sendiri pernah minta sample susu sebelum membeli dalam kuantiti yang banyak. Dengan cara ini tentu menjimatkan dan yang paling best, semua sample ni Free aje.




Banyak Jenama Susu Kambing Malaysia Keluaran Muslim Yang Sedap Belaka.


Dulu ramai yang skeptikal dengan susu kambing kerana baunya kuat dan tak sedap. Tapi susu kambing Sekarang sudah banyak improvement seiring dengan perkembangan teknologi. Susu kambing sekarang boleh didapati dalam bentuk serbuk yang bebas bau hamis dan ditambah perisa enak pula untuk dinikmati sesiapa saja.   



Kita tak patut hentikan budaya minum susu semasa mengandung saja. Susu formula bagus untuk perkembangan anak anak untuk usia 2 tahun dan ke atas.

Selepas kita bersalin, tiada susu yang lebih baik kepada anak anak melainkan susu ibu. Tak kiralah berapa pun harganya. Susu ibu jauh lebih baik dari susu formula. Ibu-ibu wajib berusaha memberikan susu badan kepada anak anak dalam masa 2 tahun pertama usia mereka.


Tetapi, selepas anak-anak cerai susu, dan sudah pun makan makanan fizikal, kita tidak sepatutnya menghentikan pemberian susu kepada mereka. Ramai yang hentikan pemberian susu formula dan ia adalah tindakan yang salah. 

Ada banyak pilihan susu tepung untuk anak-anak. Fungsi utama adalah untuk menggalakkan tumbesaran yang sihat disamping membekalkan zat yang cukup kepada tumbesaran anak-anak. Susu Yang tinggi DHA amat bagus untuk perkembangan mata dan otak anak. Susu yang tinggi prebiotik dan prabiotik pula bagus untuk usus anak. Korang boleh baca ni untuk lebih info.


Susu formula yang diketahui umum terbaik untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas



Alhamdulillah seronok mama dapat membuat perkongsian berkenaan dengan susu untuk ibu mengandung serta susu untuk anak-anak. Semoga artikel ni memberikan manfaat kepada semua.


21 comments:

  1. Ada rezeki pregnant nenti nak jugalah amalkan minum susu. Tq share kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg pun dah boleh mula fiza. org perempuan ni mmg kena jaga2 kan

      Delete
    2. sekarang minum juga cuma tak kerap.

      Delete
  2. Susu memang banyak kebaikan kan mamapp :)

    ReplyDelete
  3. Kalau nak yang murah dan berkhasiat, pakai susu soya aje

    ReplyDelete
  4. susu amat penting di ambil ketika kehamilan ibu-ibu ,kak ana dahulu minum anmum sahaja masa tu

    ReplyDelete
  5. teringat dulu masa peknen je minum susu, bila dah tak penen bila bekukan jd aiskrim makan lak tp nak minum sesaja tak rajin

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow good idea dana. boleh buat susu tu jadi eskrem confirm sedap kan

      Delete
  6. Alololo comel nya baby tu. Attractie sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. mama letak sebab mama suka tgk mata dia

      Delete
  7. Masa pregnant anak pertama saja saya minum susu

    ReplyDelete
  8. wah banyak pilihan susu..bagus info

    ReplyDelete
  9. Memang bagus minum susu semasa hamil..

    ReplyDelete

Words of wisdom