Pergi ke Movie Animation Park Studio Ipoh Perak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, January 29, 2019

Pergi ke Movie Animation Park Studio Ipoh Perak

Assalamualaikum semua.. Hari ni mama nak post satu lagi entry basi :). Balik dari Pulau Pinang haritu mama telah Pergi ke Movie Animation Park Studio Ipoh Perak. Mama sebenarnya dah beli tiket lebih awal. Sebab semasa SUKMA di perak dulu Ada jual tiket ni murah2 so mama minta adik mama yang duduk di Ipoh tolong beli. Ni first time mama Pergi ke Movie Animation Park Studio Ipoh Perak.







Baca juga travelog mama ke Perak 




Kami sampai ke sini petang dalam pukul 3 Dan balik dalam pukul 9 malam. Memang puas hati. Kalau nak puas lagi, sewa homestay berhampiran.

Pandangan peribadi mama MAPS Ni adalah Taman tema animasi yang ada banyak juga tarikan. Ada banyak tema yang ditampilkan seperti Boboiboy, Smurfs, live-action stunt & theatre dan pelbagai lagi. Jomlah layan gambar..


Semasa Mula menjejakkan kaki memang mama seronok tengok bangunan yang cantik2 Dan sesuai bergambar kenangan di sini..


Even kedai makan pun dihias dengan menarik sangat. Harga makanan di sini pada mama sedikit mahal compare dengan luar tapi potion dia banyak. So, berbaloi juga lah..

Di sini kami sempat melihat Sacred Riana Show tapi Sebelum to kami beli dulu barangan MAPS untuk mendapatkan tiket.

Gambar dgn patung je la. Basah lokos anak mama. Kebetulan masa nak ke theatre ni tengah hujan lebat. Takut tak sempat nak tengok show maka kami redah aje hujan. Alhamdulillah takde siapa yang demam. Show Sacred Riana memang best u ols.. Seram dan mistik sungguh Riana ni adoyaii.. Sebelum show Riana kami layan dulu magic show di tempat yang sama. Best la layan live show macam ni..

Antara Permainan yang Ada di sini Fantasy Carousel, Space X-Plorers, Asteroid Attack, etc. Syafi memang suka ride roller coaster dipaksanya mama Naik asteroid attacks Ni mama menjerit sampai punyalah lama sampaisamp Tak menjerit dah. punyalah banyak Kali dia pusing ke atas huhuu.. ok this is the last time mama Naik k.

Antara ride lain boleh tgk video mama 






Bergambar di depan Smurf Theatre. Best juga melayan theater Kat sini.. especially kalau Ada anak kecil memang best

Ada trick room..

Inilah event yang Ada pada hari tu. Untung kalau pergi weekend Sebab Ada macam2 show sampai malam..

Antara show yang best boleh tgk video ni. Memang Tak rugi tunggu sampai malam.

Stunt show

Halloween parade. Semua jenis hantu keluar malam tu

The Purge Dance

Fire Show

Bebudak kecil sesuai main di Coral Kingdom. sila pastikan bawak baju spare utk budak2... sebab ada tempat boleh main air. Air keluar Dari floor bebudak Mandi sambil lari2 Kat situ.

Contoh harga makanan yang dijual di MAPS. Mahal sikit tapi big potion ok

Ambil gambar dengan stunt show actors Dan acress

Geng2 drift Dan Stuntmans

Tengok 4D boboiboy



Fire show gitu. Syafi mmg nak Cuba semua benda. Pegang api pun nak. Memang best pass parade ni boleh ambil gambar puas2 dgn semua hantu, showman etc


Ambil gambar aje mama taknak masuk.. takut. Hantu2 dia extreme mama x berani. Malam tu semua hantu keluar Masa parade pun mama seram tgk

Memang seronok ke MAPS walaupun mama baca review ramai juga yang kutuk MAPS ni. Walaupun Dreamworks parks takde atau belum ada dalam ni tapi pada mama masih lagi boleh kita berseronok dan enjoy di sini. Kalau nak lebih berbaloi belilah tiket Masa Ada promo barulah Tak rasa rugi.


Kat sini mmg convenient Sebab banyak tempat yg ada aircond, tempat dudukd surau, toilet semua lengkap cuma surau Dan toilet tu cuma Ada di pintu masuk so solatlah siap2 Dan gunalah toilet sesiap Masa nak masuk tu.. 

Berikut adalah detail MAPS

Movie Animation Park Studio Ipoh

Alamat: Plot E-BO3, Persiaran Meru Raya 3,
Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh

Waktu perniagaan:
Dibuka Isnin-Jumaat dari 10:00pagi – 6:00 petang
Rabu Tutup
Sabtu hingga Ahad 10:00 pagi–10:00 malam

Telefon: 05-501 5666



22 comments:

  1. seronok juga masuk MAPS yer...tak pernah pergi pun.

    ReplyDelete
  2. klu gi pun rumah hantu xnak masuk hahah.. mmg penakut

    ReplyDelete
  3. owh.. mamapp stay sampai malam ye.. banyaklah lampu..

    ReplyDelete
  4. 4D tu kan, anak2 kami sampai berkali-kali masuk hehehe.

    ReplyDelete
  5. Fuh...Asteroid Attack tu nmpk betul2 menakutkan! Mcm jantung lps tu? Kalau akak ni yg naik, mgkn jerit sampai pengsan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ngeri kak.. padahal saya dah penah trauma masa naik kat sunway dulu masa bujang.. tobat tak mo naik lagi huhu

      Delete
  6. kalau ada peluang pergilah.. ramai juga yg tak sampai lagi ye.. cari tiket diskaun lagi berbaloi tau

    ReplyDelete
  7. thanks mama buat review ni, sebab saya ingat nak pergi next week masa cny holiday. thank you. sangat berguna info2 ni

    ReplyDelete
  8. hanya orang rajin sahaja dapat menulis artikel pengalaman begini..

    memang best baca kerana tidak semua pengalaman pergi ke tempat begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha mama ninxde Lah rajin. Sekadar nak buat kenangan tulisan di blog

      Delete
  9. Mrs. A suka masuk rumah hantu. Wah! nampak macam happeninglah rumah hantu kat sini.

    ReplyDelete
  10. Tak aci ni mama & syafii dah sampai dulu hihi...

    Boleh lah bawak anak2 lepas ni. Selalu baca review kata tak best, terpengaruh juga :(

    ReplyDelete
  11. sedapnya
    Sop belum sempat lagi pergi. huhuhu

    ReplyDelete
  12. teringin nak gi.
    tapi tu la, lenkali.
    sedang aim sunway lagoon & legoland this year :)

    ReplyDelete
  13. Huhuu sedih.. MAPS dah ditutup Feb 2020. Jadi nya kenangan mama.ni biarlah tinggal kenangan di blog ni

    ReplyDelete

Words of wisdom