Review Hotel Mornington Waterfront Lumut Perak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Wednesday, February 12, 2020

Review Hotel Mornington Waterfront Lumut Perak

Review Hotel Mornington Waterfront Lumut Perak dari mamaMama book Hotel Mornington Waterfront Lumut Perak ni betul-betul pada hari yang sama kami check in. Almaklumlah last minute decision Kan. Jom baca Review Hotel Mornington Waterfront Lumut Perak dari mama.








Kami check in lambat sikit sebab mama singgah klinik check kaki yang terseliuh sejam sebelum tu. Masa check in tu Hanya Allah saja yang tahu betapa sakit Dan betapa siksanya mama nak jalan masuk bilik. Siap request dgn adik yg jaga kaunter nak bilik yg dekat.

Kawasan depan hotel. Parking di depan hotel aje









Gambar Bilik di Hotel Mornington Waterfront Lumut Perak


Bilik yang selesa. Bantal Dan tilam memang kembut Dan selesa. Siap ada bantal 4 segi kecil tu memang rare ada hotel bagi bantal mcm ni kan. 

Ada tv yeay.

Tapi malangnya xde siaran. Sama Macam Masa kami Kat Meadow Park huhuu. Baca sini Review Homestay Meadow Park Kampar Perak. Kecewa anak mama. Nasib baik wifi Kat sini kuat.


Drinks

Ada safe dan fridge. Rare kan hotel murah ada safe mcm ni

Barangan mandian juga ada disediakan. Memang complete kemudahan kat sini. Cotton bud dan berus gigi+ubat gigi pun ada tu

Toilet yang dilengkapi air panas

Kemudahan di Hotel Mornington Waterfront Lumut Perak

Berikut adalah antara facilities yang Ada Kat sini
Pool. Kitaorg Tak Mandi pool pun Kali Ni. Mama pun ambil gambar dari jauh je.  Boleh nampak watelfront Lumut dari sini. Lepak sininsambil tgk air best juga kan

Ada juga ruangan untuk lepak Dan beriadah di sini. Boleh main pingpong

Harga Bilik di Hotel Mornington Waterfront Lumut Perak

Percaya atau Tak, bilik yang mama duduk tu untuk 3 orang. Ada katil queen satu Dan single satu. Rate untuk satu malam cuma RM 109++ mama book di Agoda. Murah sangat Kan. Memang berbaloi kemudahan Dan harganya tu.

Harga bilik murah Dan bilik pula sangat selesa. Staf hotel sangat2 membantu mama, ramah  dan memberikan layanan yang baik dari waktu kami check-in, sehingga waktu kami check-out. Kalau nak iron Korang boleh  minta dari receptionist. 

Hotel Ni tak jauh dri jeti feri untuk ke pulau pangkor.. Boleh jalan kaki menyusur teluk hingga ke jeti feri. Best kan

Detail Mornington Waterfront Lumut Perak

Boleh refer detail hotel di bawah..


Mornington Hotel Waterfront Lumut
Alamat: Lot No.5, Jalan Titi Panjang, Lumut, 32200 Lumut, Negeri Perak
Telefon: 05-683 2782

20 comments:

  1. Murahnya rate Hotel ni. Ada swimming pool lagi, terbaik.. Nanti jalan2 ke lumut boleh try.

    ReplyDelete
  2. harga murah kak tapi tengok bilik selesa macam-macam ada, siap ada petiais lagi... kadang hotel banyak bintang je ada petiais, siap ada pool lagi... memang menarik... bantal 4 segi tu cantik colorful

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sgt dana tapi bilik takde la luas mana tapi still berbaloi sgt2

      Delete
  3. bantal 4 segi tu yg menarik perhatian ^_^

    ReplyDelete
  4. sayangnya tak ada siaran nasib wifi kuat boleh la layan youtube. Pool dia cantik, view kat luar pun quite nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la farhana kalau tak melopong je la kami anak beranak

      Delete
  5. Cntik kawasan ny mama.katil pn ada katil bujang..selesa

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah puas hati walaupun ni hotel bajet aje

    ReplyDelete
  7. Selesa juga lah hotel nie Adda, ada pool lagi kan..

    ReplyDelete
  8. Bantal kecil petak tuh memnag rare. Cantik pulak design pada bantal tuh. Agak2 dapat free tak bantal tu.. Hahaha..

    ReplyDelete
  9. Selalunya nak g hotel mesti mau cari yang ada swimming pool. Tapi hotel ni murah o.

    ReplyDelete
  10. rasa nak amik je bantal kecil 4 segi tu hehehe

    ReplyDelete
  11. cantik dalam bilik dia..bantal 4 segi tu mmg rare..jarang hotel ada letak bantal cam tu...

    ReplyDelete

Words of wisdom