Review Homestay Meadow Park Kampar Perak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, February 10, 2020

Review Homestay Meadow Park Kampar Perak

Review Homestay Meadow Park Kampar Perak. Semasa kami ke Kampar kat sini lah kami berteduh untuk satu malam. Tempat pilihan mama biasanya kena ada pool dan mesti ada banyak bilik sebab kami kan pergi ramai-ramai. Jom baca Review Homestay Meadow Park Kampar Perak.







Baca lagi Trip Kampar kami:



Gambar Homestay Meadow Park Kampar Perak

Jom layan gambar tempat yang kami duduk untuk 2 Hari Dan 1 malam di Homestay Meadow Park Kampar Perak







Inilah unit yang kami duduk. Kebanyakan rumah Kat sini dibuat homestay. Homestay Meadow Park Kampar Perak ni sangat hampir dengan Bandar Agacia Kampar. Maka Tak hairanlah kami layan bergambar di Bandar Agacia Kampar selama 2 hari berturur2. Puas hati haha..

Homestay yang kami sewa ni Boleh tahan selesa Dan Ada 4 bilik. Sesuai untuk keluarga besar macam kami. Ni gambar ruang makan Dan dapur

Ruang tamu. Ada tv tapi malangnya Masa kami ke sini ada masalah siaran dan owner baru nak beli TV box. Yg ada cuma tv dgn 1 channel saja iaitu channel tiada siaran bak kata Syafi haha..

Complimentary air mineral

Hallway menuju ke bilik. Total Ada 4 bilik

Cantik susunan gambar di dinding. Guna sticker je

Setiap bilik Ada bilik air sendiri Dan dilengkapi dengan shampoo/ bathfoam

Ni la keadaan 4 bilik tu. Selesa Dan cute sangat. Kebetulan Ada budak2 Dlm trip kali Ni mmg berebut Diorg pilih bilik



Kemudahan di Homestay Meadow Park Kampar Perak

Antara sebab utama kami pilih homestay ni ialah kemudahan yang kami boleh guna kat sini

First.. mestilah kena Ada swimming pool. Seronok kitaorang berenang Dan berkubang dalam Ni sebab takde org lain yg guna selain kitaorang

Ada gym di sebelah pool

Paling rare Ada dobi layan diri juga disebelah pool. Siap dah dgn sabun Dan pewangi yang memang wangi

First time tengok dobi yg Boleh bayar guna Visa



Harga satu malam di Homestay Meadow Park Kampar Perak 

Mama book Homestay Meadow Park Kampar Perak melalui AirBnb. Total harga RM 338.70 Inc cleaning fees etc. Puas hati juga duduk sini walaupun masa kami datang xde siaran TV. Bak kata Syafi ada satu channel je hihih.. OK, kat bawah ni detail Homestay Meadow Park Kampar Perak ye..

Apapun owner rumah ni memang baik Dan sentiasa melayan pertanyaan mama.. unit kami xde wifi sendiri tapi wifi umum Ada cuma Tak kuat la


The Meadow Park Kampar

Lorong Makmur 11B,
31910 Kampar,
Perak Darul Ridzuan.

13 comments:

  1. Tertarik mata i dengan cadar kuning tu. Lawa sangat!!

    ReplyDelete
  2. Bngunan baru ke mama.. cntik..srnklah siap boleh mandi kolam...

    ReplyDelete
  3. Nampak canti dan selesa...

    https://evercarephysio.blogspot.com/2020/02/physiotherapy-puchong.html

    ReplyDelete
  4. macam tak ramai sngt orang.. mmg semua unit tu tuk homestay ke ?
    best tu kolam cemtu kita yang dewasa ni pun suka =D

    ReplyDelete
  5. Menarik. Nampak bersih serta kemas.

    ReplyDelete
  6. cantiknya kak, rumah tu cantik... dia punya kemasan lawa, cadar pun colorful betul...
    facility pun ada macam-macam, tang dobi layan diri tu yang best sangat tu... tak payah nk keluar jauh-jauh cari kat luar... kat situ dah ada

    ReplyDelete
  7. Nampak selesa dan cantik homestaynya

    ReplyDelete
  8. menariknya homestay die...besar dan nampak slesa. ada swimming pool plak tu.

    ReplyDelete
  9. cantik, kemas rumah dia. pandai tuan rumah jaga. kita bayar pun rasa berbaloi.

    ReplyDelete
  10. Memang nampak kemas, cantik dan selesa homestay macam ni kak. Berbaloilah kan harga yang ditawarkan.

    ReplyDelete
  11. suka tgk design rumah mcm ni... tampak mewah sangat!

    ReplyDelete
  12. best betul.. siap ada dobi memang syok..

    ReplyDelete

Words of wisdom