Makan di Cafe Kelapa Lelehh Kampor Perak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, January 13, 2020

Makan di Cafe Kelapa Lelehh Kampor Perak

Makan di Cafe Kelapa Lelehh Kampor Perak. Fuh..Fuh.. tiup sikit semangat kerajinan dalm diri mama.. banyak post yang tertunggak ni.. ni cerita bulan November yang lepas. Post mama semuanya dah  mereput dalam draft 2-3 bulan dah. Tapi xpelah ni kan blog mama.. catatan untuk kenangan apasalahnya kalau terlewat kan. Ok, kali ni mama nak cerita tentang mama dan adik adik pergi ke Kampar Perak. Kami semua bertolak asing2 dari destinasi memasing. Ada dari Muar, Melaka, Shah Alam dan Ipoh. Mama sempat berhenti makan di Makan di Cafe Kelapa Lelehh Kampor Perak.








Masa mama lalu di kedai Kelapa Lelehh Kampor Perak lebih kurang 2.45 petang. Nampak macam kedai baru nak buka. Bila mama tanya adik di kedai tu katanya pukul 3 petang baru buka. Maka setelah discuss dgn ayah Syafi kitaorang tunggulah kejap. Bukan kami aje yg tunggu rupanya ada 2-3 family yg tengah tunggu juga dalam kereta. So, kami ni antara pelanggan terawal jugalah kan.

Menu Pilihan di Cafe Kelapa Lelehh Kampor Perak








Jom tengok menu yang kami order.

Aiskrim Oreo crunchy RM 10. Kalau ke sini maka wajiblah order aiskrim dalam kelapa ni. Ada banyak perisa dan pelbagai pilihan yang sedap2. Kami order satu je aiskrim sebab takut tak habis, Almaklumlah memasing order nasi sebab dah lapar.

Otak-otak RM 1 je satu



Nasi goreng western kambing

Nasi goreng western ayam

Nasi goreng western ayam cheese. Meleleh-leleh cheese tu

Cuba tengok apa tulisan di no meja. No diet ok haha.. keropok tu compliment tau


Menu Dan harga di Cafe Kelapa Lelehh Kampor Perak

Jom tengok menu dan harga di Cafe Kelapa Lelehh ni.















No total harga Yang kami bayar. Tak Mahal sgt Kan


Gambar Kedai Cafe Kelapa Lelehh Kampor


Masa ni belum buka lagi. Nampak santai dan lengang je kan.

Kedai Dari luar

Tak lama lepas buka macam gini rupanya
Keadaan dalam kedai.dah mula penuh dah ni.


Overal mama puas hati makan kat sini. potion memang besar. Sampai tak mampu nak habiskan nasi. Adik pekerja situ pun boleh tahan lincah juga buat keje walaupun org ramai. Sekejapan je kedai penuh tau. Makanan sedap dan aiskrim memang rare bila makan dalam kelapa tu terasa lemak2.. Next time kalau datang boleh cuba menu dan sikrim lain pula. 


Ni mama share maklumat kedai ye.

Kelapa Lelehhh Kampor

Alamat: Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Negeri Perak
Waktu perniagaan: 3:00 petang - 11.30 malam (Hari Isnin tutuP)
Telefon: 011-1300 6720

27 comments:

  1. Nampak sedap betul aiskrim crunchy tu...nanti nak dtg rasa

    ReplyDelete
  2. tengok aiskrim tu aduhai macam-macam toppingnya kak...
    pastu ayam goreng dia tu dia punya tepung tu kalah kfc nya ayam... nampak ranggup betul salutan ayamnya tuh...
    tengok harga semua tu berpatutan la sangat...

    ReplyDelete
  3. kalau singgah di Kelapa Leleh Kampor ni memang rambang mata. rasa nak order je semua heeee~

    ReplyDelete
  4. Aduhai...dia tayang makanan plak..sedapnyaaa....teringin tapi tengah cut sugar

    ReplyDelete
  5. hmmm...meleleh leleh dibuatnya ni. Nasi goreng kambing tu ..huhu..tetiba jadi lapar.

    ReplyDelete
  6. warna-warni menu dia. kalau tengok aiskrim dalam menu tu rasa nak order semua

    ReplyDelete
  7. Adoi mama.. meleleh dah air liur ni tengok ABC aiskrim semua tu .

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum
    pertama sekali nak minta maaf sebab lama tak jenguk sini... insya allah lepas ni saya akan kembali fokus pada blog sama seperti sebelum ni.
    seperkara lg, jangan LUPA TERJAH LINK ni ya!

    http://aniesandyou.blogspot.com/2020/01/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html

    there's something special for u!

    ReplyDelete
  9. Aduii kak menu semua sedap sedap. Yang paling menggoda yang aiskrim oreo crunchy...

    ReplyDelete
  10. menarik betul ais krim kelapa..macam2 ada...lupakan diet..hehe..

    ReplyDelete
  11. sedapnya tengok eskrem dia tu..alaa,husben tak rajin jenjalan..kalau tak,boleh ke sini..

    ReplyDelete
  12. perghhhh leleh terus kami kat sini tengok gambaq. hahhahahaa

    ReplyDelete
  13. sedapnya tengok Aiskrim Oreo tuu....

    ReplyDelete
  14. hamboi.. menu dia.. kemain lagi.. memang tak diet lah citer dia kalau dah kekedai makan.. hehehe

    ReplyDelete
  15. kalau anak anak abuya tengok gambar aiskrim tu mesti diorang suruh cari sekarang jugakk.. sebab diorang suke oreo tu ha

    ReplyDelete
  16. Wah menarik nie Adda, rasanya macam pernah dengar nama kedai nie. Boleh lah cuba kalau balik kampung Abang Man nanti, tak jauh sangat kalau nak ke Kampar nie..

    ReplyDelete
  17. Unik nama kedai. Aiskrim pun unik letak biskut yang tak pernah nampak.

    ReplyDelete
  18. perghhh lain maciam dia punya nasi goreng

    ReplyDelete
  19. biasa la tu, kadang entri sendiri jalan2 lagi lambat masuk blog, bole mencecah hampir setahun...hahahah..asalkan tak lupa jalan cerita, sudah lah...hihi

    nampak sedap semua makanan tu, dan harganya pun berpatutan jugak!

    ReplyDelete
  20. Aduhaiii dia pi tayang makanan sedap-sedap pulak! Sedapnya

    ReplyDelete

Words of wisdom