10 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Ipoh - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, January 30, 2019

10 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Ipoh


10 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Ipoh. Apabila bercakap mengenai hidangan tempatan popular dalam negara ini, Ipoh kini menjadi salah satu destinasi pilihan sama ada dalam kalangan pelancong tempatan mahupun asing. Daripada nasi ayam, hor fun dan taugeh yang terkenal, bandaraya Ipoh kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai kulinari tradisional, hidangan ikonik dan tempat makanan yang tersembunyi. 10 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Ipoh. Nikmati hidangan lazat & pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan aplikasi e-dompet ‘homegrown’ Boost. 



Nikmati pengalaman merasai hidangan di Ipoh di 10 tempat-tempat pilihan Halal terbaik  menggunakan pembayaran tanpa tunai yang mudah dan selamat menggunakan aplikasi e-dompet ‘homegrown’ Boost dengan pulangan tunai daripada “Shake Rewards” selepas membuat pembayaran untuk setiap hidangan.

1. Miker Padang Ipoh


Tom Yum dalam Kelapa Miker Padang Ipoh

Sebuah kafe hipster yang terletak di Padang Ipoh, Miker terkenal dengan hidangan Tom Yum dalam Kelapa dan piza-piza unik seperti Crazy Cheese, Crazy Meat dan Ultimate Kampung yang mempunyai cili padi dan ikan bilis. Pilihan masakan Barat seperti cop kambing (lamb chop) dan ayam keju dipanggang juga disukai ramai.

Miker Padang Ipoh

Alamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 5.00 PTG hingga 12.00 TGH MLM. Ditutup pada hari
Isnin

2. Char Kuey Teow Abang Sayang


Char Kuey Teow Abang Sayang

Char kuetiau yang dihidang di Abang Sayang bukan sekadar char kuetiau biasa. Kuetiau di sini dimasak dengah kuah istimewa “Abang Sayang serta udang besar. Sekali rasa, anda tidak lagi akan makan char kuetiau biasa. Mereka turut menawarkan hidangan lain termasuk Nasi Ayam, Bihun Sup dan Sate.
Alamat: No. 25, Jalan Meru Bestari A14, Medan Meru Bestari
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, 4.00 PTG – 1.00 PG

3. Restoran Warteg Ipoh


Restoran Warteg Ipoh

Terletak di dalam salah satu bangunan tertua di Ipoh, warung moden ini menawarkan kaki makan pelbagai pilihan hidangan yang diinspirasikan oleh rasa masakan Jawa. Hidangan yang wajib dicuba adalah Ketam Raja dan Lobster dimasak gaya Jawa ala shellout. Selain makan laut segar, cubalah nasi uduk dan kacang pol versi Warteg.
Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 4.00 PTG – 1.00 PG, ditutup pada hari Isnin

4. Restoran Nasi Vanggey

Nasi Vanggey menjadi ikon makanan di Ipoh sejak tahun 1955. Dihidangkan dengan nasi putih dan ayam goreng bersama-sama pilihan hidangan sampingan lain yang menggiurkan serta ditambah kuah signature – ini adalah kombinasi terbaik. Walaupun terdapat cawangan di KL, kami masih cadangkan anda mencubanya di Ipoh, tempat asalnya.
Alamat: 5-A Lebuh 1, Pusat Perniagaan Greentown
Waktu Perniagaan: Dibuka 24 jam, 7 hari seminggu

5. Canning Dim Sum

Pilihan popular untuk sarapan pagi dan tengah hari, restoran dim sum Halal ini menyediakan dim sum yang amat lazat dan mempunyai 50 pilihan untuk dinikmati. Salah satu hidangan paling popular ialah Lau Sa Pau dengan 5 rasa enak – telur asin, bijan hitam, teratai, coklat dan keladi.
Alamat: No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh
Waktu perniagaan: 6.30 PG – 2.00 PTG. Ditutup pada hari Rabu

6. Labu Sayong Café

Kafe menawan ini menyajikan masakan asli dan tradisional Melayu Perak termasuk hidangan seperti Ikan Purba Kala Sayong dan Rusuk Kambing Tongkat Ali. Jika anda mencari tempat untuk memuaskan citarasa masakan Melayu tradisional,  Labu Sayong Café adalah tempat untuk dikunjungi.
Alamat: F2, Kompleks Silveritage Galleria, Medan Gopeng, 31350 Ipoh
Waktu Perniagaan: Hari bekerja: 10.00 PG – 10.00 MLM
Hujung Minggu dan hari sebelum Cuti Umum: 10.00 PG – 11.00 MLM

7. Assam House

Memenangi hati penduduk tempatan lebih dari 26 tahun, Assam House adalah salah satu restoran Nyonya paling popular di Ipoh. Sajian istimewa mereka yang wajib dicuba ialah Kari Kepala Ikan dan Nyonya Lucky Pla'er.
Alamat: 2 & 2A, Medan Gopeng 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu perniagaan: 11.30 PG – 3.00 PTG / 6.00 PTG – 10.00 MLM

8. Rojak dan Cendol Padang Ipoh

Untuk mereka yang menggemari rojak dan cendol, ada yang mengatakan tempat ini adalah pilihan terbaik di bandaraya Ipoh. Kaki makan pasti akan memesan Cendol Durian dan Pulut yang popular, dinikmati bersama Rojak Pasembor, Mi Rebus dan Mi Goreng.
Alamat: No. 17, Jalan Tun Sambanthan 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: 10.00 PG – 8.00 MLM

9. Zul Yahya Steamboat

Penggemar stimbot wajib ke restoran ini bagi menikmati stimbot dan BBQ gaya bufet. Restoran Zul Yahya Steamboat merupakan syurga penggemar makanan stimbot kerana mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan sama ada dibuat BBQ atau dimasak dalam sup istimewa mereka.
Alamat: No.1, 1b, Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari pukul 10.00 PG – 12.00 TGH MLM

10. Restoran Fuziah

Restoran Fuziah Nasi Ayam atau lebih dikenali sebagai Nasi Ayam Pasar Bulat digemari penduduk setempat sejak tahun 1980-an. Hidangan popular ini berasaskan nasi beras wangi dimasak dengan minyak lemak ayam serta ayam panggang digoreng garing bersama campuran sos soya sedikit manis amat dinikmati oleh semua.
Alamat: 78, Jalan Mustapha Al-Bakri, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: 11.30 PG – 10.30 MLM


Muat turun aplikasi Boost di Google Play Store atau App Store hari ini dan nikmati
pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan ganjaran segera berbentuk pulangan tunai


19 comments:

  1. lapar pulak tgk gambar2 ni. hehe

    ReplyDelete
  2. Banyak tu kedai best di ipoh, nak save la nanti husniey nak rujuk

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan suatu saat bisa berkunjung ke Ipoh, saya sangat tertarik dengan hidangan tom yum dan pizza-pizza uniknya

    ReplyDelete
  4. Kafe Miker tu nampak menarik tapi petang pula waktu operasinya.. Tak berpeluanglah nak singgah..

    ReplyDelete
  5. dlm senarai tu pernh singgah yg Char Kuey Teow Abang Sayang...sedap..masa tu dinner lps kuar dr MAPS

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mama ke maps aritu ada nampak kedai dia tapi sebab dah lapar sgt kitaorg pergi makan nasik hihi

      Delete
  6. mama tgk gambar pun dah kecur air liur gak hihi

    ReplyDelete
  7. Biasa makan nasi vanggay, sedap jugak.

    ReplyDelete
  8. Masa p aritu ipoh, tercari2 tpt mkn best. Main terjah je. Kalau ada lists ni, senang dah

    ReplyDelete
  9. Semua tu belum pergi lagi
    Ritu pergi Ipoh singgah kedai2 biasa je :)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sebab menjadi top komentor blog ejulz JAN 2019..
    https://ejulz.blogspot.com/2019/01/senarai-pengomen-tegar-jan-2019.html

    ReplyDelete
  11. Nanti boleh la refer sini kalau nak Cari makan di ipoh ye

    ReplyDelete
  12. dulu zaman merja ipoh, selalu jugak lepak ipoh padang. satu lagi makan foodtruck kat dataran MBI.

    ReplyDelete
  13. Boleh refer sini kalau nak g Ipoh nant hehe.

    ReplyDelete
  14. Ipoh ni mmg banyak tempat makan menarik, kalau saya nak tambahkan list, takut berjela hahaha
    Kalau balik kampung je mesti dah cakap awal2 dengan family nak makan apa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tqa.. byk pilihan Kan.. ok tqa org ipoh ye

      Delete
  15. no 4 jer aida da merasa :)
    maksud nyer, kena bermlm di Ipoh ni utk merasa hampir semua yg lain.

    ReplyDelete

Words of wisdom