Dinner di Restoran Salai Salai Seksyen 7 Shah Alam Selangor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, September 29, 2020

Dinner di Restoran Salai Salai Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Ini adalah post yang agak basi wuwuu. Kesian mama kan asyik buat entry lewat aje.. Mama sekeluarga berbuka puasa di Restoran Salai Salai Seksyen 7 Shah Alam Selangor semasa restoran ni baru sehari dibuka di cawangan Shah Alam. Di Seksyen 7 Shah Alam ni bukan saja banyak tempat makan, tapi homestay muslim friendly pun banyak tau. Mula-mula kami nak makan di Murni Discovery [ Baca http://www.mamapipie.com/2017/07/murni-discovery-seksyen-7-shah-alam.html ] tapi orang terlalu ramai dan ramai lagi yg sedang beratur tunggu tempat. Akhirnya kami Dinner di Restoran Salai Salai Seksyen 7 Shah Alam Selangor aje. 







Selepas kecewa tengok Murni ramai orang, pada mulanya ingat nak makan di Restoran Sedap Malam [ Baca http://www.mamapipie.com/2019/09/dinner-di-restoran-sedap-malam-station.html ] tapi disebabkan ternampak Restoran Salai Salai dan nampak ada tulisan salai dan western, teringin pula nak cuba. Kebetulan restoran ni baru dibuka pada hari kami makan iaitu 29/8/2020.

Menu Pilihan Di Restoran Salai Salai Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Berikut adalah menu yang kami order. Kelaparan sebab kamu puasa dan masa makan ni dah hampir pukul 9 malam dah sebab terpusing-pusing cari tempat makan.

Set nasi dan ayam salai. Memang sedap masakan lemak salai ni tau. Pekat, pedas mama memang rekemen korang try lauk ni

Ni pula lauk daging salai. Memang sedap dan daging dia pun lembut aje, senang nak makan

Mama order nasi goreng kambing. Sedap yakmat..  tak rugi mama order

Sizzling yee mee untuk anak mama. Yee mee ni rasa dia berlainan sikit dari yee mee yang kami suka makan tapi tetap sedap.

Lamb chop share ramai-ramai. sedap

Ada juga ulaman untuk di pilih


Teh buih power. Ini bukan teh siam tu tapi teh susu yang berbuih. eh, korang faham tak? :)


Senarai Menu Dan Harga di Restoran Salai Salai Seksyen 7 Shah Alam Selangor







Ini adalah senarai menu da harga

So far mama lihat harga memang berpatutan




nampak tak udang tu.. memang nampak sedap kan

Keadaan Restoran

Kami makan kat kawasan luar ni. Seronok makan sambil tengok lampu2 bergantungan tu. cantik


Keadaan dari luar kedai. Nampak bercahaya dan lip lap kan. Sebab tu la kami singgah..

Memang best makan kat sini. Mama rekemen sangat korang cuba makan kat sini sebeb kesemua menu yang kami order semuanya sedap tau.. dah la sedap.. murah pula tu. Total yang kami bayar cuma RM 81+ je. Termasuk harga kami tapau daging salai dan set Ayam Salai. Air tembikai laici, 2 teh buih dan 1 lemon panas. Amat berbaloi pada mama.

Berikut adalah detail restoran:

Restoran Salai Salai Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Alamat: Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu perniagaan: 11:00 pagi – 12:00 pagi




15 comments:

  1. wak x penah try ayam salai., ayam penyet selalu dahhh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. He ke wak.. krna Cuba makan baru tau sedap ke x

      Delete
  2. huih lapar balik perut ni kak oi... nengok segala menu yang sedap2 tuh, pastu banyak betul menu untuk di pilih yek

    ReplyDelete
  3. Udang goreng berlada tu mencabar betul la...geram jer tgok..lauk salai2 tu pun memang best...

    ReplyDelete
  4. Daging salai tu memang menggoda selera betul!

    ReplyDelete
  5. Terliur baca ni mama. Nasi goreng kambing susah nak jumpa yang daging lembut dan sedap

    ReplyDelete
  6. Ramai sangat dah ni post sizzling. teringin pula.

    ReplyDelete
  7. aduh salah timing bukak post ni..shah alam dekat nau ngan saya..tapi x pernah lagi kesini..baikk masuk dalam wishlist da ni

    ReplyDelete
  8. Masakan salai tu ohsem.. nasi goreng kambing tu pun nampak best..

    ReplyDelete

Words of wisdom