Lunch di Restoran Haji Yahya Ipoh Perak

Assalamualaikum semua. Sebelum ni mama ada bagitau kedai nasi campur yang sedap di Ipoh iaitu Restoran Saffani. Ada satu lagi kedai favourite tau. Mama dah 2 kali Lunch di Restoran Haji Yahya Ipoh Perak ni.  


Lunch di Restoran Haji Yahya Ipoh Perak

Tempat ni terletak di tengah bandar Ipoh. Dah dua kali kami makan kat sini. Sebelum dan selepas raya.

Pinggan yang penuh ni ialah pinggan mama hihi, Semua lauk favourite mama tu, ada pecal, sambal kacang ikan bilis dan ikan goreng. Lapar sebab malam tu mama tak dinner hihi.. tamak kan. tapi habis tau satu pinggan ni.

Ni lauk en husband. Rupanya lebih kurang je lauk kami. Cuma ikan tu memang besar betul. Besar pinggan. Dia nak makan rendang tok tapi yang tinggal kuah aje hihi. Kesian..


Menu di Restoran Haji Yahya Ipoh Perak




Banyak lauk kat sini tau. Selain tu ada juga nasi ayam dan bubur ikut pada hari

Harga Lauk 

Ni harga lauk-lauk kat situ. Boleh baca tak?


Mesti korang nak tahu berapa ringgit yang kami bayar untuk 2 pinggan tu kan. Tengoklah harganya tu. Murah aje. Dah le ikan besar pinggan yg diambil. 


Honest Review Restoran Haji Yahya Ipoh Perak

Makanan kat sini memang semuanya sedap. Memang masakan melayu dan harga pun murah. Pekerja pantas buat kerja dan layanan pun baik belaka. Mama lihat ada homeless yang diberi makanan percuma juga siap dibagi peluang pilih lauk. Bagus diorang. Seat kat sini banyak tapi ramai juga yang datang makan kedai ni. Tapi takdelah sampai beratur menunggu seat. Pekerja laju clearkan meja yang dah kosong. Ada ruang makan berhawa dingin tapi agak terhad. Cuma parking aje korang kena pandai cari. Almaklumlah di tengah bandar.

 

Menu Kuih

Selain dari lauk pauk, ada juga dijual kuih seperti karipap, cucur udang dan keropok lekor


Lunch Kali kedua


Ni makanan kami kali kedua. Rendang tok tu husband mama cakap memang sedap.


Maklumat Restoran Haji Yahya Ipoh Perak

Alamat: Lot 118057, Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu operasi: 7:30 am–5 pm (Rabu tutup)

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. alahaiiii sedapnyaaaaa bawalllll
    mmg fav sy bawal goreng ni

    ReplyDelete
  2. sedapnye lauk en husbnd tu.. besar ikannye...

    ReplyDelete
  3. Semua lauk mama tu lauk faveret saya jugak. Sedapnya. Bagus kedai ni sambil berniaga sambil beramal dgn org2 gelandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama citarasa kita ye ccarneyz.. tu la nampak owner pun humble je

      Delete
  4. Sayang lah jauh, kalo tak saya pun dah nak coba kesana 😄😄😍. Pernah coba menu2 Melayu saat di Penang . Ada yg famous sangat, dan saya sukaaaa. Rekomendasi dari driver grab ketika tahun lalu saya ke Penang. Jadi ingat belum ditulis di blog 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat2 tu;lis fanny, mama pun nak tahu kedai apa

      Delete
Previous Post Next Post