Ngedate

Ini adalah cerita 2 minggu lepas. Semasa mama baru sampai ke KL dari Ipoh, cuaca amatlah tak baik. Hujan lebat sampai tak nampak jalan dan jalanraya pun jem semacam sebab waktu tu dah pukul 5 ptg, waktu orang balik kerja. Tetiba aje kami tersasar arah tujuan dan keluar ke Damansara. Jeng jeng jeng..

Baca ni juga Kalut Sabtu


Inilah hasilnya..


Ni total harga makanan kami.

Mesti korang boleh teka kan kami ke mana. Ye, kami ngedate kat Ikea Damansara. Kami jenjalan cuci mata dan dinner kat sini sambil tunggu hujan reda dan off peak hour. Mama teringin nak ngopi tapi tak berani pula sebab esok kerja. Takut tak boleh tidur malam tu. Selepas maghrib dalam kul 8 malam baru kami balik rumah. Seronok juga lepak tanpa arah tujuan ni hihi.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. Oooohhh... uncle kenal sangat bendera kat bebola tu....

    ReplyDelete
  2. Patutnya terus sambung tenguk wayang pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak tgk wayang wak, kalau tgk wayang abis la lambat pula balik. esok kesiangan hihi

      Delete
  3. Tak shopping sekali je Mama? Alang² dah sampai situ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum tu baru dtg sini PH, window shopping aje kali ni

      Delete
  4. kalau dah ke ikea mmg x sah kalau x mkn meatball ;-)

    ReplyDelete
  5. kan.. tapi byk potion dia satu pinggan share berdua

    ReplyDelete
  6. Meatballs tuh memang legend sangat yaa. Sekali lihat langsung tahu di mana 😄🤭.

    Seru memang jalan tanpa tujuan, lalu mencoba secara impulsif salah satu restoran. Terkadang yg begitu malah lebih seru 👍😄

    ReplyDelete
Previous Post Next Post