Lunch di Kedai Makan Os Gerik Perak

Kami Lunch di Kedai Makan Os Gerik Perak sebelum puasa aritu semasa on the way ke Kedah. Selalunya kami lunch di Lunch di Restoran Kebun Ikan Bakar, Gerik Perak. Jarak antara 2 tempat ni tak jauh sangat cuma beberapa km aje. Sesekali mama nak cuba juga kedai makan area pekan Gerik pula.


Lunch di Kedai Makan Os Gerik Perak 

Kedai ni best sebab ada byk pilihan ulaman kampung


Seperti biasa pinggan mama mesti ada ulam


Pinggan en husband


Anak mama tak tau nak makan apa. Dia ambil kari daging je


Air kami . Total makanan kami semua RM33.00


Kat sini banyak juga menu cuma parking susah sikit sebab tempat ni di simpang jalan dan ada shoplot sederet kedai ni. Walaupun ada parking didepan kedai tapi terhad sikit. Kalau datang sini pepandai la cari ye kalau peak hour tu. Harga standard. Yang kelakarnya husband mama ambil sayur dia ingat bayam tapi rasa dia amat berbeza. Puas kami meneka-neka sayur apa rupanya bila ditanya dgn tuan kedai tu adalah jeruk maman, first time mama makan. Walaupun nama dia jeruk tapi tak masam pun. Kat sini banyak tempat duduk, kedai luas dan ada seating outdoor. Makanan dan minuman sedap.


Lauk Pauk di Kedai Makan Os Gerik Perak






Ni antara lauk pauk di sini


Outdoor Seating

Sambil makan mama tertanya2 diorg duduk tepi sungai atau tepi longkang hihi. 

Cantik kan pokok jurai-jurai tu. Bila mama siasat, mama rasa tepi tu ialah sungai kecik


Indoor seating

Maklumat Kedai Makan Os Gerik Perak


Alamat: Kampung Bendang Kerajaan, 33300 Gerik, Perak
Waktu operasi: 7 am–7 pm (Ahad tutup)


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. sedpnya tgk ulam2 tu
    oh kat grik, kalu blk kg bmh cari ni

    ReplyDelete
  2. uis sedapnya semua lauk dan ulaman dia kak, itu yang umbisi macam kunyit apa ye tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti akak.. macam temulawak pun ye.. ataupun ada satu jenis halia apa nama tah lupa. hihii

      Delete
  3. Meriah lauk pauknya. Best nya jeruk maman. Kakak cie selalu buat jeruk maman tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke. mama first time jumpa ni cie. nanti share la resepi buat jeruk maman

      Delete
  4. Samaaaa kita mam.. saya pun sukaaaa sangat sayuran. Kalo sayuran mentah seperti itu, di sini sebut lalapan. Biasanya menu yg selalu ada untuk masyarakat Sunda.

    Makan dengan sambal belacan best kan 😄. Lauk lain pun terlihat memikat 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. lalapan itu tentu sedap dan buat awet muda kan. fanny sunda ke. hatur nuhun

      Delete
  5. Ulam2 tu yg jadi daya penarik tu!

    ReplyDelete
  6. suka nya tengok ulam2 tu..saya pun bila ke kedai yang ada letak ulam-ulaman ni, wajib ambik jugak...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post