Lunch di Restoran Kebun Ikan Bakar, Gerik Perak

Assalamualaikum korang.. mama slowly getting it together dan mula nak panas enjin untuk berblog. Rindu juga nak tulis blog. Beratus-ratus post mama terperap dalam draft hihi. Alhamdulillah mama still ok walaupun sedikit sebanyak kesihatan mama pun agak terjejas akibat byk masalah sejak dua menjak ni. Doakan mama dan ahli keluarga semua kuat ye. Harini mama nak cerita tentang cerita kami Lunch di Restoran Kebun Ikan Bakar, Gerik Perak.

Baca juga


Lunch di Restoran Kebun Ikan Bakar, Gerik Perak

Sejak berulang alik jalan Kuala-Kangsar - Gerik ni mama sebenarnya selalu nampak signboard kedai ni. Tapi mama selalu ingatkan kedai ikan bakar ni dibuka waktu malam seperti kedai ikan bakar yg selalu mama pergi sehinggalah en hubby try google. Laa.. rupanya kedai makan ni dibuka utk lunch time.

Kedai ni terletak di dalam sedikit dari jalan besar sebab tu kita tak boleh nampak kedai ni dari jalan besar.


Menu mama

Menu en hubby

Mesti korang pelik kenapa kitaorang makan restoran ikan bakar tapi tak ambil ikan bakar kan. Mama lihat ikan-ikan bakar kat sini sudah pun siap dibakar dan nampak sejuk. Mama tengok harga pun a bit pricey walaupun sebenarnya harga tu sama je macam  makan kedai ikan bakar lain. Mungkin sebab ikan ni dah dibakar terlebih dulu kot, xde feel. Lagi berbaloi ambil lauk ikan ni. Fresh, sedap dan harga pun x mahal sangat.

Kedai yang besar, luas dan tempat parking pun banyak.

Menu daging kambing dan lembu.

Banyak pilihan lauk kat sini tau


Boleh tengok harga ikan bakar kat sini

Cuma RM23 aje korang. Murah kan. Mama tak ingat mama rasa masa ni mama minum air kosong aje sebab kopi mama masih byk (beli masa bertolak dari Shah Alam)



Signboard yang misterius. Signboard ada beberapa tepi jalan tapi kedai tak nampak. Rupanya ke dalam

Jeng..jeng.. ini baru last week mama pergi makan sana. Kali ni repeat makan 3 orang pula. Ikan ni fav en hubby

Lauk kitaorang bertiga. Ada salad sepinggan mama tak ambil lagi masa ni. Puas hati juga kami makan. Masa ni kami minum air limau ais 2 dan teh O ais satu. Total RM30++

Air self servis tapi mama tak perasan tulisan self servis tu. Mama order kat tukang kira je masa tu.

Boleh repeat lagi makan kat sini. Makanan sedap dan harga OK. Suasana tenang sebab tempat ni luas dan kalau ramaiorang pun tak terasa sesak.Sebelum ni mama pernah beli gading masak hitam dan kambing masak kurma, sedap juga rasanya. Ada banyak ulam dan pencicah seperti sambal belacan dan sambal tempoyak untuk buka selera. Ada juga jual durian dalam bekas (siap dikupas). Nampak sedap juga.

Maklumat Restoran Kebun Ikan Bakar, Gerik Perak

Restoran Kebun Ikan Bakar

Address: Jalan Lenggong - Gerik, Kampung Padang Kunyit, 33300 Gerik, Perak
Hours: 11 am–4 pm
Friday Closed


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Hehe memang pelik tidak cuba ikan bakar.

    ReplyDelete
  2. tu la lama x nampak mama bersiaran... welkam back...!

    ReplyDelete
  3. wahhhh banyaknyaaa pilihan lauk! harga pun mur mur

    ReplyDelete
  4. Cantik namanya : Restoran Kebun Ikan Bakar!

    ReplyDelete
  5. Banyak pilihan lauk. Kalau lalu area ni bolehlah cuba singgah.

    ReplyDelete
  6. Misteri sungguh kedainya.. kikiki.. Tapi menarik juga pilihan lauknya..

    ReplyDelete
  7. Next time maybe boleh mintak bakar ikan baru..bakar baru..hahaa.. Murah tu harga makanan mama tu....Nyummm!

    ReplyDelete
  8. Ikan bakar yg sudah setengah dibakar memang tak fresh lah. Rasanya beda dengan yg masih fresh, lalu dibakar saat dipesan. Saya pun lebih memilih yg digoreng kalau seperti itu kak 👍. Tapi unik juga lokasinya, Krn dekat kebun. Biasanya kalo restoran ikan bakar, dekat laut 😁

    ReplyDelete
Previous Post Next Post