Kisah Mee Celup Berapi

Assalamualakum semua. Tetiba mama teringat Kisah Mee Celup Berapi ni dan mesti buat mama senyum sorang-sorang. Alkisahnya mama ni memang tak pernah makan mee celup sehinggalah beberapa bulan lepas mama lihat adik mama order mee celup di satu kedai makan berdekatan Kati, Kuala Kangsar Perak. Mama ada  rasa sikit mee celup dia dan rasa dia macam ala mee sup aje kan. 

Baca juga 


Kisah Mee Celup Berapi

Beberapa bulan selepas tu, tetiba mama terasa nak makan mee celup tu dan mama serta en hubby singgahlah ke kedai tu selepas hantar anak mama ke Kedah. Mengingatkan rasa mee celup yang adik mama makan dulu maka mama pun mintalah mee celup, nak yang pedas. Adik yang ambil order tu rasanya orang Siam. 

Bila mama minta nak pedas, muka dia macam pelik atau tak faham. Dia tanya, "nak pedas ke?" Mama pun jawab ye nak pedas. Dia tanya lagi tapi mama tak berapa faham. Last2 mama cakap "nak cili lebih?" dengan muka agak annoying. Lapar tau!. Barulah dia dapat tangkap dan anggukkan kepala.

Inilah mee celup mama. ada nampak apa-apa yang pelik tak?

Tu dia.. cili dia punyelah banyak. Cili tumpah ke apa tak tau le tu..

Bengkak mulut mama nak makan tau. Pedas tapi sedap. Tapi nak buat macam mana rasa cam nak tercirit bila makan. Mama sampai order 2 gelas lagi air tau. Kebetulan masa tu mama order air panas.. Macam beruk mak yeh kepedasan. En hubby gelakkan aje mama masa tu. Akhirnya mama cuma dapat habiskan separuh aje dan order menu lain huhu..


Perbezaan mee celup berapi mama dan mee celup yg adik mama order sebelum ni.. Mana tak bengkak mulut.

Dalam hati mama kadang-kadang terdetik juga, "Aku salah order ke"..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. uiiii... tgk pun dah leh agak pedas tu

    ReplyDelete
  2. wowwww selalunya orang asingkan cili tu. hentam masukkan semua memang bengkak mulut macam kylie jenner

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya cili asing ye.. mama tak pernah order so tak tau hihi.. tu yg minta nak pedas. patutlah dia tak faham. last2 dia curah aje semangkuk cili adui

      Delete
  3. Salah pesan agaknya.
    Saya tidak pernah pesan mi celup.

    ReplyDelete
  4. hahahahah tulah kak, dh pedas nk pedas lagi kan dia bubuh banyak gila cili tu

    ReplyDelete
  5. ya Allah, seram tengok cilinya berenang²

    ReplyDelete
  6. menakutkan cili diaaa. Hahaha

    ReplyDelete
  7. tgk warna je da tahuπŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

    ReplyDelete
  8. Kenapa la kat seremban susah nak dapat mee celup best...ada pun x berapa nak best

    ReplyDelete
  9. mee celup antara faveret ammi. sejak pindah seremban ni belum jumpa lagi kedai yg best mee celupnya

    ReplyDelete
  10. mmg berapi tu...ikutkan mee celup tk pedas cumanya kalo saper2 nk pedas mmg ada biasanya cili kita bole minta...

    ReplyDelete
  11. aduii..sorry kak..tergelak part yang mcm nak tercirit & bengkak mulut tu..haha...boleh imagine keadaan akak masa tu macamana tambah pulak order air panas..kalau saya macam ni, rasanya confirm terus laju2 ke toilet nak tercirit...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mmg merana time tu fiez.. tapi skrg boleh la nak gelak2 .. ni area kati

      Delete
  12. Mee Celop memang fav saya nak-nak ada cili jeruk... sedapnya

    ReplyDelete
  13. hahaha.. kalau aku tanyalah dulu sebelum makan.. hahaha jujur benar ya pelanggan ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post