Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, July 17, 2017

Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam

Fulamak.. sibuknya mama Hari ni. Dah lah hari permulan minggu. Nasib baik Ada department Yang buat open house Di office, makanya kuranglah sikit stress sebab dapat makan banyak-banyak haha. Semalam mama makan Di restoran Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam. Ada sesiapa pernah makan kat sini? Buat pengetahuan korang, Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam ni adalah Salah satu tempat makan favorite mama anak beranak. Perkara Yang mama suka tentang Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam ialah dia serve sangat cepat walaupun orang ramai (restoran selalu full). 

Selain itu, makanan dia sedap Dan Dalam kuantiti banyak (big portion). Memang puas Hati makan especially kalau tengah lapar. Tapi selalu gak, bila lapar pun tak boleh nak habiskan sepinggan Tu. Maka, sama Ada bagi ayah Syafi atau tapaulah Kita... 

Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam
Pemandangan restoran Dari depan. Sebelah Tu restoran nasi kak wok. Sedap juga Tu.

Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam
Menu ayah Syafi, nasi goreng meletup. Kalau dah meletup Tu Ada petai dlm Tu memang favorite ayah Syafi laa.. kalau nak order kena order Yang meletup tau baru puas hati

Menu Syafi, chicken Maryland. Dari kecil.memang dia suka menu ni

Kat sinilah Syafi kenal Milo dinosaur aka Milo tabur ni.

Menu mama Pula, new goreng raja meletup.. sedap, Ada petai Dan banyak seafood. Walaupun sedap tapi mama Yang tak makan petai ini pun gigihlah memilih petai bagi ayah syafi. Walaupun tak makan petai tapi bau petai dia mama suka

Murni Discovery menu harga
Ini antara menu Dan harga Di Murni Discovery

Murni Discovery menu harga

Harga memang berpatutan padanlah dgn big portion Dan x kedekut bahan dia Tu Kan..


Ada banyak lagi makanan Yang sedap kan sini. Korang boleh order  ayam goreng Dan chicken chop or lamb chop. Ada juga jenis hotplate. Otak-otak Dan naan pun Ada jual.

So, kalau nak ke Murni Discovery Shah alam berikut adalah alamatnya. Ia berdekatan dengan icity Dan betul2 sebelah kuil.. erk...  Perlu diberi perhatian, jangan datang kedai ni Hari isnin Pula ye sebab setiap Hari isnin Murni Discovery Shah alam ni tutup tau. 

Alamat:
ACG-47, Blok A, Pusat Komersial, Jalan Plumbum Ac 7/Ac, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor 

No telefon:
+60 3-5510 1659 

Waktu operasi:
4pm - 4am

25 comments:

  1. Nampak sedap menu kat Restoran Murni, harga pun agak berpatutan..
    Lama LZ tak pergi Shah Alam.. Mungkin satu hari nanti boleh cuba makan di sini.. Banyak tempat makan best kat Shah Alam kannn mamapp..

    ReplyDelete
  2. Memang banyak tempat gak Murni ni.. Ok jugak makanan2 dia.

    ReplyDelete
  3. paling feveret dekat murni,air dia,,semua sedap2 ;D

    ReplyDelete
  4. Alamak petai....haha...kita tak minat petai.. Tapi nampak gambar tu selera sungguh =)

    ReplyDelete
  5. Macam best je nasi goreng meletup tu :p

    Harga not bad ye considering the portion that they serve. Nak terjahlah :)

    ReplyDelete
  6. okey, petai tu mmg menaikkan selera ;)

    ReplyDelete
  7. oh, seksyen 7 shah alam. nanti free nak try makan kat sini la. hihi.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya...menarik hidangan dia..

    Salam aidilfitri kak..
    Maaf zahir n btin.


    Bru smpat nk BW

    ReplyDelete
  9. Orang sekarang sangat creative . . . petai dalam mee

    ReplyDelete
  10. Menarik nya.. Ada petai.. Suka.. Suka..

    ReplyDelete
  11. Teringin jugak nak rasa nasi goreng meletup ada petai tu. Sedappppp pulak nampak. Tiba-tiba jadi lapar..

    ReplyDelete
  12. Menarik jea menu kat restoran nie.. Nanti nak cari la tempat nie..

    ReplyDelete
  13. Saya kerap ke seksyen 7 tapi tak perasan pulak kedai tu. Esok saya memang pergi ke seksyen 7. Harap2 jumpa cik murni kat situ.

    ReplyDelete
  14. sedap nampak nasi goreng meletup.. memang meletup laa petai dalam mulut.. ")

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,

    Nasi goreng + Petai.. Jarang2 jumpa ni..

    Jemput baca dan komen entri ini juga ya.. :)

    http://www.erazfadli.com/2017/07/sndlipstick-by-siti-nordiana.html

    ReplyDelete
  16. salam..
    hi awak..yaya mai singgh melawat...

    Murni discvry ni..hari2 lalu sana.tapi xpernah pon kaki ni dpt menyinggah sana semenjak restoran tu wujud..huhu..trigin tapi xdak kawan nk p ajk mkn sana..xkan nk g sensorang >,<

    ReplyDelete
  17. yay elsa dah pernah makan sini! tapi kadang makanannya okay kadang idak huhu

    ReplyDelete
  18. Ramai juga yg selalu lalu lalang Shah alam Dan Ada yg duduk Shah alam Kan. Ntah2 Kita selalu selisih Batu, cuma tak kenal aje

    ReplyDelete
  19. sedapnya tengok semua makanan..air milo dinasour tue..terliuq tengok

    ReplyDelete
  20. Hello and good Saturday.
    This weekend you will be well pleasant.
    Teb.

    ReplyDelete
  21. yup2, pernh try..mmg sedap, portion byk, customer pun punya ramai..

    ReplyDelete

Words of wisdom