Dinner di Mee Besen Ori Melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, June 3, 2020

Dinner di Mee Besen Ori Melaka

Dinner di Mee Besen Ori Melaka. Mama nak buat post yang agak basi arini. Kami Dinner di Mee Besen Ori Melaka semasa kami bercuti ke Melaka beberapa bulan lepas. Rindunya nak pergi bercuti tapi takpelah, sabarkan hati itu ye (cakap pada diri sendiri hihi). Kami google tempat makan rare area Bayou Lagoon yang kami duduk dan terjumpa Mee Besen Ori Melaka. Tengok review best maka kami pun terasa nak cuba lah..







Tak sangka bila sampai sana, mak aii panjang beratur rupanya. Kitaorang almost patah balik. Ye lah, dah le perut lapar sebab tak lunch tengah hari tu, tetiba tengok qeueu panjang memang terasa nak patah balik je. Tapi memandangkan dah terlanjur sampai, maka kitaorang pun bersabar lah sikit dan tunggu giliran huhuu..

Baca lagi tentang Melaka di sini:

 Order nasi Goreng kambing sebab kami kelaparan. Tengah Hari ma Mee Bandung je

Tak habis Nasi Goreng kambing Ni banyak sangat. Betul.la dalam menu dah tulis untuk 3-4 orang makan tapi kami Macam Tak caya sebab harganya cuma RM 24.. murah Kan








Mini Western setni pun sangat meriah. Ada spaghetti carbonara, whipped potato, friesdan chicken chop

 Nampak tak barisan yang panjang. Kami hampir patah balik Tau tapi masih bertabah juga Lah.. total Masa tunggu dapat meja dalam 35 minit

Kena tulis mama dulu untuk book meja. Bukan main  chop meja macam biasa nanti Korang kena halau Boleh tahan cekap kuga adik yang jaga booking ni

Menu & Harga di Mee Besen Ori Melaka

Ni menu mama ambil dari FB Mee besen. Harga dia berpatutan dan potion dia pun banyak. Berbaloi
Menu western

Manu nasi

Manu minuman

Air special

Manu mee

Sup daging


Suasana dalam kedai. Sentiasa ramai you.

 Kena order sendiri Dan self service ambil sendiri sudu pinggan semua. Inilah menu yang kami order




Maklumat Mee Besen Ori Melaka

Mee Besen Ori Melaka

Alamat: 17, Jalan PNDD 1, Kampung Durian Daun Dalam, 75200 Melaka
Waktu Perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari 3.30 petang - 10.30 malam
Telefon: 010-273 7895



22 comments:

  1. banyaknya nasi goreng tu kak, memang kene datang lebih 4 orang kalau nk try macam-macam menu

    ReplyDelete
  2. Mee besen ni pernah pergi sekali je 4 tahun lepas. Sedap. Tapi nak beratur tu ya ampunnn sampai parking. Sampai sekarang tak pergi dah.

    ReplyDelete
  3. Pasal beratur tu yang tak sanggup

    ReplyDelete
  4. tungu lmbt sikit xper.. yg penting dapat

    ReplyDelete
  5. post throwback ye mama nampak sedap tu :)

    ReplyDelete
  6. Saya yang tinggal di Melaka belum lagi cuba tempat ni.
    Memang tahu tempat ni popular dan ramai orang.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum mama. wah, hipstuuurr nye kedai2 dia..

    ReplyDelete
  8. Byk rupanya menunya.. belum pernah try nnt bole la try kalau hbis pkpb ni

    ReplyDelete
  9. puas hati kalo bwk family besar dtg sni..
    haha

    ReplyDelete
  10. Ada sekali nampak kedai ni, tapi masa tu bukan PKP, so penuh, tak jadi nak makan situ...next time boleh cuba...kelakar plak ek makan dalam besen hahahaha

    ReplyDelete
  11. Tiga kali bacam, renung dan eja... betullah 'besen'. Macam nak tergelak pun ada, dan terbayang makanannya penuh dalam besen besar. Nampak menarik pula di sini ye. Macam-macam hidangan ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama sampai bayangkan besen plastik rupanya besen logam.. ok juga la kan takdelah kelakar sgt

      Delete
  12. saya yang stay Melaka ni pun tak pernah sampai lagi..tengok orang beratur panjang,terus malas nak masuk =)

    ReplyDelete
  13. pergh!! kalau banyak tu memang berbaloi sangat..
    Puas makan..

    ReplyDelete
  14. Wah boleh lah cuba bila pergi Melaka nanti nie..

    ReplyDelete
  15. Tak pernah rasa mee besen ni. Nak cuba tapi since viral sentiasa ramai orang katanya.

    ReplyDelete
  16. nampak sedap dan berpatutan pulak harganya tu..

    ReplyDelete
  17. Sebelum ni masa pergi Melaka tak sempat singgah sini.. agenda banyak sangat.. Next time bila pergi mesti kena singgah!

    ReplyDelete
  18. sedap juga nasi goreng tu tapi takdelah terlalu sedap. tapi yang pastinya murah dan berbaloi

    ReplyDelete

Words of wisdom