6 Sebab Korang Kena Pergi The Shore Oceanarium Melaka

6 Sebab Korang Kena Pergi The Shore Oceanarium Melaka .  Mama sekeluarga telah pergi ke  The Shore Oceanarium Melaka masa cuti Awal Muharam yang lepas. Almaklumlah masa tu kan sedang cuti maka ayah Syafi pun ajak pergi jenjalan ke Melaka. The Shore Oceanarium Melaka ni terletak dalam bangunan The Shore di tingkat 2 maka mudahlah untuk kami parking dan bershopping cuci mata. Memang strategik location The Shore Oceanarium Melaka ni. Jom baca apa 6 Sebab Korang Kena Pergi The Shore Oceanarium Melaka tu.





Sea Lifes Experience





Kalau anda nak senang ke mari, booking hotel belah melaka di tengah bandar ni. Memang banyak pilihan. Kat sini walaupun first impression rasa macam kecil je tempat ni (ye la dalam shopping complex je kan) tapi korang jangan underestimate tau. Suasana dalam ni memang spacious dan banyak sangat species hidupan laut seperti penyu, ikan, jelly fish, tapak sulaiman etc dan tumbuhan serta corals dalam laut yang kita boleh lihat dan kenali mereka.


Di sini kita berpeluang untuk menyentuh ikan pari, ikan yu, tapak sulaiman dan beberapa makhluk laut yang jarang dilihat. Mama pun baru tau rupanya tapak sulaiman tu keras bila pegang dia.





Selain dari tu, kita juga boleh lihat orang diving bersama ikan-ikan dalam aquarium besar. Kebetulan masa mama pergi tu hampir dengan Hari Kebangsaan kita, maka dapatlah mama lihat show diving sempena Merdeka. Ada kawasan yang kita boleh lihat ikan ala-ala Aquaria KLCC.

Suka sangat tgk video jelly fish Yang comel ni

Reptile & Other Animal Experiences






Bukan setakat hidupan laut saja yang ada kat sini tau. Korang boleh juga lihat ular, katak, serangga dan bermacam lagi. Kita boleh kenali dan dapat info melalui information sheet di setiap kawasan tu.



Interactive Learning & Fun Games

Semasa kita membeli tiket kita akan dibekalkan dengan soalan kuiz. So, bila kita masuk ke dalam secara tak langsung kita akan ada minat untuk membaca dan mendapatkan info tentang sesuatu haiwan tu. Syafi pun jadi excited untuk menjawab soalan kuiz dan menjawab dengan cara cop jawapan yang betul. Cop tu ada kat area jawapan tu ada. Sebelum pulang jangan lupa untuk submit jawapan di tempat pendaftaran untuk dapatkan hadiah percuma. Best kan. Malangnya mama lupa nak submit soalan tu huhu.. Takpelah mungkin next time pula.


Video lifecycle / kitaran hidup seekor katak


Awesome Virtual Reality (VR) & Augmented Realty (AR) Experience

Mama memang kagum AR/VR di sini. Banyak sangat AR menarik di sepanjang lawatan kat situ. Bolehlah kita ambil video untuk kenangan. Contoh video yang mama ambil boleh refer video Youtube mama ni. Tapi maaflah ye camera tak pro dan tak pandai nak ambil gambar. Korang buat lagi best kut.




VR movie pula kita boleh enjoy di bahagian VR entry. Seronok tengok video VR semua terjerit-jerit bila ikan jaws nak makan kita.

Jom layan video AR kitaorg

Syafi main VR game. kemain seronok dia


3D Movie & 3D Art Corner

Kat sini ada mini cinema korang boleh tengok tayangan 3D dengan kesan khas 8 dalam 1. Memang menyeronokkan  dan pengalaman yang best.. Selain dari tu kat sini banyak sangat tempat yang boleh kita ambil gambar sebagai kenangan. Banyak walls yang decorate dengan 3D Art. Korang cuma perlu sediakan kamera aje. Kalau korang nak tengok contoh gambar boleh tengok kat bawah ni.




Cheap Souvenir & Easy Park

Selepas lawatan mama ada pergi ke kedai Souvenir dan mama betul-betul tak sangka harga souvenir dia memang boleh dikatakan murah berbanding kebanyakan tempat lain. Key chain boleh beli dengan harga RM4.50 je. Banyak lagi souvenir menarik tapi mama cari gambar tak jumpa la pula hiiihii


Dari segi parking pula, tak perlu lah risau ye sebab banyak parking kat sini. Parking di tingkat 3 dan ke atas.

Pengalaman di Shore Oceanarium Melaka 

Seperti yang mama cerita di atas overal experience berkunjung ke tempat menarik di melaka ni memang best sebab kami sekeluarga memang suka pergi tempat-tempat macam ni. Baca lagi di ibusyurga Kami spend masa kat sini 3 jam memang puas hari bergambar sana sini dan mengenali ikan, ketam, penyu etc kat sini. Semasa mama ke sini memang ramai sangat pengunjung tapi alhamdulillah semuanta smooth dan tak packed pun dalam tu. Cuma korang kena pastikan segala urusan kena setelkan sebelum  masuk ye sebab kita tak boleh keluar once dah masuk dalam. Kalau kita keluar dah tak boleh masuk lagi tau

Cantik takngambar family kitaorg haha

Harga Tiket The Shore Oceanarium Melaka 

Ini adalah harga tiket Premium Plus. Cuma RM40 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak untuk masuk ke Oceanarium dan ARVR (ada 2 tempat boleh masuk). Mama ada nampak harga combinaed ni untuk limited time. Tak tau lah sampai bila,,



2 tiket, satu untuk Oceanarium satu lafi utk VRAR


Semua ni kitaorang dapat selepas selesai membeli tiker.. ada spec 3D, 2 tiket, soalan kuiz dan pamplet

Maklumat The Shore Oceanarium Melaka 

Alamat: 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka.

Tel: +606-2829966 Fax:+606-2831003

Email: Info: oceanariummelaka@gmail.com  Sales & Marketing: sales1.oceanariummelaka@gmail.com

Website: https://www.oceanariummelaka.com/


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Syafi hari tu masuk sampai tak nak keluar.

    ReplyDelete
  2. Walaupun boleh dikatakan tiap minggu balik kampung di Melaka, tapi belum ada kesempatan nak singgah kat sini. Errmmm... lepas dah tengok pengalaman kawan-kawan yang ke sini, macam seronok je nak singgah nanti

    ReplyDelete
  3. Wah, kalau masuk sini, saya yang lebih-lebih teruja nanti.. heheh InshaAllah akan pergi juga. Terima kasih infonya.

    ReplyDelete
  4. seronoknya kat sini. Bukan takat anak-anak je yang enjoy masuk sini. Mak pak pon sama nihh, bolehlah selfie sepuasnya. Memang cantik tempat untuk bergambar

    ReplyDelete
  5. Menarik ni mama, bolehla masukkan dlm list utk jalan2, hehe.
    Tq sharing.

    ReplyDelete
  6. Walaupun dah nak masuk empat tahun tinggal di Melaka, tapi saya tak pernah lagi ke The Shore ni. Ingatkan nak pergi tapi bila tengok harga tiket tu, terpaksa cancel. Kalau ada student discount okay sikit😅.

    ReplyDelete
  7. Okay boleh masuk dlm bucket list utk singgah next time hehe thank you for sharing kak :)

    ReplyDelete
  8. menariklah mama tempat ni, sesuai bawa budak2 jugak, sambil bercuti cuci mata dan poket, kutip ilmu sekali.

    ReplyDelete
  9. Lama tak ke Melaka, kalau ke Melaka. Boleh singgah sini. Mcm best

    ReplyDelete
  10. haritu dah pergi the shore tapi xsempat nak masuk oceanarium ni.menarik dalamnya

    ReplyDelete
  11. boleh pergi lepas ni..harga pun lebih kurang Aquaria je

    ReplyDelete
  12. kita pun da pergi..memang seronok terutamanya pengalaman dekat VR room tu

    ReplyDelete
  13. Kena bawa Imani pergi sini ini.. dia suka sangat tengok ikan dna hidupan laut lain..

    ReplyDelete
  14. memang ada plan aritu nk pegi tp ntah mcm mn sy ternampak tiket msk nya mahal sgt... ke...sy slh tgk? pastu trs cancel hehehe

    ReplyDelete
  15. Wahhh... menarik, teman pun lama dah tak berjalan kat bandar Melaka nie... Thanks for sharing... Nanti plan untuk jenjalan kat sini...

    ReplyDelete
  16. menariknya kak, macam2 ada... tapi nya tak boleh datang masa cuti sekolah comfirm penuh ni

    ReplyDelete
  17. Macam2 ade blh msk list bercuti ni...

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. Pernah pergi... syok jugak...lelagi bawak bebudak...teruja tengok ciptaan Allah....tapi baru lepas beberapa bulan pergi, Covid melanda pulak.. Sedih betul.. Baru plan nak p lagik...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post